KUIH BAKAR PISANG

P1240011
Assalammualaikum, seperti biasa N3 sebelum masuk tidur dan merangkap idea untuk anda bersarapan esok. Dah lama juga nak mencuba kuih bakar pisang, tapi sebab belum ada "resa" nak buat, jadi mat abaikan macam tu saja. Tapi tadi ternampak beberapa biji pisang tergolek malang, terus terfikir nak buat. Petang tadi lepas hujan, mat pun buat lah, dan kebetulan kawan abg mat datang, maka mat gebu pun hidangkan lah kuih ni tadi bersama mee hoon goreng, kuih ni dan hot blueberry tea..hmmmm nyaman....

P1240013
Kuih bakar pisang ni buatnya teramat lah mudah, cuma seperti biasa mat gebu akan menderhaka mana yang patut, bukan apa, sebab buat ikut apa bahan yang ada dalam stok, bukan sesuka hati mak timah lenggang aku nak derhaka. Kuih ni satu je, nak potong kena tunggu betul2 sejuk, baru dapat potongan yang licin dan menarik. Lagi satu kan mat terlupa nak tabur bijan atas diaa..huhu. Tapi tak pelah, masih nampak lawa dan hansemm kan kuih tu. Terima kasih kak ummi kuatan, sebab mat ambik dari blog dia di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram pisang (mat guna pisang embun)
3/4 cawan gula pasir (atau ikut manis)
1 cawan santan
1 cawan susu cair (mat guna santan jeee)
2 camca besar mentega, dicairkan
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan mentega, alas dengan aluminium foil, sapu sedikit mentega pada aluminium tadi. Panaskan tin dalam oven selama 5 minit.
  2. Kisar pisang tadi bersama 1 cawan santan, gula dan garam hingga halus, masukkan semua bahan2 lain dan kisar sekejap hingga sebati.
  3. Keluarkan tin tadi dari oven dan tuang no. 2 dan sambung bakar selama 1 jam hingga kuning keemasan. Kalau suka boleh juga tabur bijan sebelum dibakar.
  4. Mat bakar 55 minit, lepas tu mat tukar fungsi oven pada "Grill" dan sambung membakar selama 5 minit lagi hingga permukaannya coklat keemasan dan sedikit berkerak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong..

Post a Comment

7 Comments

  1. Erkss...CMG...pisang2 ni mmg feveret den...lagi2 lately ni tekak nak jee apa2 benda yg buat dr pisang...huhu..

    ReplyDelete
  2. 1st dengar kuih bakar pisang...tp nampak mcm sedap je abg mat...:))

    ReplyDelete
  3. sedapkan mat kuih ni, kak rose potong masa panas2 lagi... pada kak rose la makan panas2 lagi sedap...

    ReplyDelete
  4. salam...zla kat sini hanya mkn kek pisang dipasaran sjer..hehehhe

    ReplyDelete
  5. tuan, saya belum rasmikan oven baru saya ni...
    tgh ambik aura resepi tuan...boleh ye..hehe

    ReplyDelete
  6. salam sya...
    Betul2..kueh bakar ni pun sedap dan mudah nak disediakan.

    salam emy...
    Hehehe, nak bagi tau, sebenarnya saya pun 1st time dgr kuih bakar pisang...

    salam kak rose...
    Saya semalam nak potong panas2 segan, sebab nanti tak cun, maklumlah nak masuk belog masak2..

    salam azila...
    Eerkk..tak pee, pstt..ada permintaan laa..tapi nanti saya bagi tau..rasa2 nya Ben dah tau kot..

    salam eq...
    Waaa, dengan rasa berbesar hati, sila2 skodeng mana yang kenan...Patut lah ada bau kedai jee blog Eq tu..haha

    ReplyDelete
  7. salam..
    kreatif la cik mat ni..
    rasanya resepi cik mat bnyk yg buat sendirikan?
    sy suka tgk koleksi teko n pggn mngkuk klasik tu..mcmana la cik mat simpan ye..msti byk

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.