KOKTEL BUAH-BUAHAN SEGAR.

P1230595
Salammmm, wahh sangap2 dah, ngantuk ke...Ok sebelum anda dan anda masuk tidur sila lah cuci mata untuk mendapat modal mimpi malam nanti yea. Esok kan Ahad, hujung minggu, boleh lah buat pencuci mulut ni untuk keluarga. Pujian mat beri pada Kak Maz dari blog Ilhamdapur, atas idea segar dia ini. Walaupun nampak simple dan mudah, tapi rasa dia sungguh menyegarkan. Selalu kita guna yang koktel dari dalam tin tu, dah tak segar. Tapi yang ni memang segar dan cukup bersari. Kalau ikut resipi asal, ada letak pisang, tapi mat dah kehabisan pulak, jadi ganti dengan buah betik, sedap lahh.. Ni idea bagus kalau anda adakan jamuan ringan untuk teman2 atau majlis hari lahir anak2. Kat dapur kak ummi kuantan pun ada resipi ni, jangn lupa mencuba nanti yea...salam sayang dari DTS - Mat Gebu.

BAHAN KUAH :-)
1/2 tin susu cair (mat guna 200 ml susu sejat "IDEAL")
50 ml susu segar (mat letak air je)
Gula secukup rasa (mat guna kurang lebih 1 1/3 camca besar)
Secubit garam
Daun pandan (yang ni mat letak)

BAHAN LAIN :-)
Strawberry secukupnya
Pisang secukupnya
Buah kiwi secukupnya
Buah mangga secukupnya
Betik secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 kuah dan masak dengan api kecil hingga gula larut. Sejukkan, kemudian dingin kan dalam peti sejuk. Jangan lupa keluarkan daun pandan tadi.
  2. Buah2an tadi yang mana perlu dikupas, buang kulitnya dan dadu sederhana besar, begitu juga buah2 yang lain. Isi kan ke dalam bekas2 yang sesuai, pastikan setiap buah2an terdapat dalam setiap bekas.
  3. Tuang no.1 yang telah didinginkan ke dalam bekas yang berisi buah2an segar tadi sebagai kuahnya. Hidangkan segera....Selamat mencuba..

Post a Comment

17 Comments

  1. saya harus buat ni masa cuti sem jap lagi.....yeah!

    ReplyDelete
  2. salam myra...
    Yessss...saya sokong anda..

    ReplyDelete
  3. salam.. wah! nampak senang.. Abang Mat,kira minuman berkhsiat gak kan?

    klo berkhasiat. boleh ar try ntuk buat kompetensi kat skolah nanti..hehe

    ReplyDelete
  4. salam..
    alamak dah gosok gigi..
    boleh mimpi mkn dessert mlm ni..
    sedapnyaa..zzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  5. bnyak lagi masa nak buat nih...heheh! ni mesti amalan! ...

    ReplyDelete
  6. salam mat,
    koktel memang menyelera kan.. tapi ada yang kata tak elok makan buah dengan susu.. jadi racunlah pula..

    tapi.. susu yang macamna tak tahu pula.. susu segar, susu tepung, susu pekat?

    ReplyDelete
  7. salam..

    betul kata cikgu tu...tak elok makan dgn susu...nanti kita google ttg hal itu

    cik mat..

    wah..saya memang suka koktel...tapi tak reti2 buatnya..insyallah akan cuba dari hari kehari

    ReplyDelete
  8. Salam Mat,
    Kalau akak tak sempat letak susu cair, baru cuci buah je anak2 dah bawak lari....lagi nak potong kecik2...waduh2...mcmana ni....(hi3 guwau di mlm minggu..)

    ReplyDelete
  9. salam cik mat...

    menariknya koktel tu...pandai cik mat menyusun buah2 tu hgga buat org tergoda...x boleh jd ni..nk kena buat ni...

    ReplyDelete
  10. salam amir..
    Boleh dikategorikan mcm tu lah juga..

    salam fara...
    Heheh, mimpi jgn tak.

    salam keyrill...
    Senang ni boleh buat bila2 masa jee.

    salam cikgu isza..
    Hmm tu lah, kalau macam tu yogurt buah2an tu pun tak elok lah..kena cari sebab2 ni.

    salam ayu...
    Mushkil juga kan..hmmm

    salam velasrizal..
    Terima kasih sudi tinggal komen yea.

    salam ct..
    Heheh boleh2 bila nak tu..

    salam kak yatie..
    Kena buat masa budak2 pi sekolah kan kak..hehe

    salam aishsh...
    Uikk, menraik yea, hmm tergoda tak?.

    ReplyDelete
  11. salam...

    waaa....xleh blah laaa!! nak makan!!!

    ReplyDelete
  12. hujan lebat laaa..sejukkkk..hhuhu..nant time panas terik baru wat..baru laa kaaawwwww..heheh =)

    ReplyDelete
  13. simple...menarik n sedap!!!!

    ReplyDelete
  14. bestnya.. cmg, kalau tak taruk susu camne eh.. okey tak? replace dgn air ke.. (utk yg x leh tolerate susu)
    ALL IN ONE

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.