BEN ASHAARI

Sunday, November 21, 2010

DAGING KICAP BERIANI.

P1240053
Salam semuaa, hehe, jumpa lagi dengan satu lagi N3 di petang Ahad ini. Ok petang ni mat letak satu N3 masakan dari daging korban yang mat terima tempoh hari, tapi mat masak 300 gram saja. Mula2 tak nak masak, tapi kan tengok pada ke pejalan daging tu, terus mat secara tak sedar diri memasaknya...waaaah alasan sikit punya baik, jangan percaya eks. Fikir juga tadi nak masak style apa lah agaknya. Terfikir ada baki rempah nasi beriani, apa kata mat masak ala2 daging beriani tapi letak kicap, kira macam masak kicap berempah, boleh tahan sedaap..haha, takkan mat gebu nak kata tak sedap, dah aku yang masak, tak caya nanti cuba yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*tumbuh halus)
1 camca teh minyak sapi
2 biji kentang, belah 8 setiap biji, rebus 1/2 empuk dan goreng garing
1 batang leek, kerat dan rendam
1 biji bawang besar hiris kasar
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 pokok daun ketumbar, hiris kasar
3/4 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
4 camca besar kicap manis
1 camca besar rempah beriani + 1/2 cawan air, kacau rata
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Garam jika perlu
Hirisan daun ketumbar sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, cuci bersih dan perap dengan bahan tumbuk halus, perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan minyak sapi tadi dan biar cair. Tumis kayu manis, bunga lawang dan cili kisar hingga garing, masukkan rempah beriani tadi dan kacau rata. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, dan kacau rata, biar daging kecut. Tambah kicap, daun ketumbar dan gula melaka. Kacau rata dan biar masak dengan api kecil.
  3. Bil daging empuk, masukkan bawang besar, cili merah dan leek tadi, kacau dan biar 4 - 5 minit hingga layu, rasa dan jika perlu masukkan sedikit garam, kacau rata dan boleh diangkat. Tabur dengan hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Mat gunakan daging batang pinang yang cepat empuk, tapi jika ingat berkuah boleh tambah air. Kalau anda guna daging biasa, boleh juga direbus dahulu hingga empuk sebelum dimasak, gunakan air rebusan sebagai kuah...

9 comments:

Ati Masrif said...

salam mat gebu.

nampak pun dah rasa sedap, tak payah letak air ke..dah boleh empuk?

Mat Gebu said...

salam puan..
Sebab saya guna daging batang pinang, ianya cepat empuk...

iqbalhakimi said...

waah,,nie mesti kes banyak sgt dapat dgg korban..tgk gambar pun dah nampak sedap nie..boleh suh mak try nie..hehe

ckLah@xiiinam said...

Best resepi ni. Terima kasih bnyk2...

Anawahid said...

daging korban ada lagi x berusik, rempah baryani ada... tinggal nk cuba jerk!!!!... kompom diawang2an kan mat... hehe... ni layan ngn nasik putih ke mat... hehe

aishah said...

salam cik mat..

gelak sorg2 saya baca ayat2 cik mat tu...mmg cik mat pandai buat lawakla..

nmpk pun dh sdp lauk tu..blum rasa lagi..

Mat Gebu said...

salam iqbal...
Hahaha, pandai2 je koo...jgn lupa suruh mak cuba nanti.

salam cklah...
Harus cuba ni..mudah disediakan

salam anawahid...
Ha ah, makan nasi putih saja, kalai dgn nasi beriani pun sedap.

salam aishah...
Hehehe, tu lah ada masa saya mengong juga tatau nak tulis apa.

fawwaznuha said...

menarik dan sedap ni..kena cuba lah..alang2 dh banyak stok daging korban huu..
tapi kalau derhaka sket psl xde rempah beriani x mnjadi la pula kan ;(
http://enjoycooking.fathaz.com

~ Mamma Olyn ~ said...

salam Mat Gebu, semlm baca N3 ni trus g dapor wat masak daging ni, sedapppp sgt, rasa balance even i guna rempah kari je(rempah beriani xde) nak try lagi la, thanks Mat Gebu:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.