BEN ASHAARI

Tuesday, November 16, 2010

BISKUT RAYA 2010....RESIPI DARI JELITA...

P1210287
~:TAT GULUNG STRAWBERRY:~

P1210186
~:BISKUT CINTA AYU:~

P1210182
~:BISKUT KACANG RANGUP:~

Salam semua, esok kalau dipanjangkan usia, umat islam akan menyambut Aidil Adha. Sebenarnyakan mat agak sibuk juga hari ni, tapi dari blog tak berisi dengan N3, elok mat share 3 jenis biskut yang tersiar di Majalah Jelita September 2010, keluaran hari raya. Untuk mereka yang tak sempat beli, mat share kat sini yea, lain kali ada masa, letak yang lain pulak. Biasanya raya haji ni kita hanya sambut ala kadar, yelah sebahagian negeri kat hanya bercuti sehari saja. Pada mana pengunjung blog yang ahli keluarga mereka sekarang ini berada di tanah suci, mat doakan mereka semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan selamat pulang ke tanah air, insya Allah serta mendapat haji yang mabrur, insya allah...

TAT GULUNG STRAWBERRY....

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram minyak sapi
50 gram margarine
1 kuning telur
40 gram gula aising
1/2 camca besar tepung kastard
Tepung gandum secukupnya
1/2 camca teh esen vanilla
Jem starberry untuk tat, secukupnya
Sedikit pewarna merah jambu
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, margarine dan kuning telur hingga sebati, masukkan gula aising dan pewarna merah jambu, kacau rata.
  2. Masukkan tepung kastard dan esen vanilla, kacau rata dan masuk tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh ditekan. Rehatkan sebentar.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan tat gulung, tekan memanjang. Letakkan sebiji inti jem strawberry yang telah digentel bulat. Gulungkan dengan doh sehingga menutupi jem tadi. Buat hingga siap. Alih ke dalam loyang pembakar.
  4. Sapu dengan kuning telur dan hias ikut kretiviti masing2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT CINTA AYU....

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram mentega
20 gram lemak sayur
45 gram gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 kuning telur
150 gram tepung gandum*
30 gram cornflakes, kisar halus*(*disatukan)

BAHAN HIASAN :-)
1 kuning telur
Gula hiasan bentuk hati secukupnya
Croquant secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, lemak sayur dan gula aising hingga sebati, masukkan esen vanilla bersama kuning telur, putar rata. Masukkan tepung + emping jagung kisar sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Biar sekejap.
  2. Canai doh tadi setebal 1/2 cm, terap dengan acuan bentuk hati dan alih ke dulang pembakar. Sapu kuning telur, tabur croquant dan hias tengahnya dengan bentuk hati.
  3. Bakar dalam oven yang telah panaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

BISKUT KACANG RANGUP....

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
55 gram gula asing
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred "B"
150 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)
185 gram kacang tanah, buang kulit dan tumbuk kasar
Ceri merah secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, gula aising, telur dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh. Bancuhan agak lembut.
  2. Kacang tanah diletak dalam bekas besar. Ambil 3/4 camca teh adunan tadi, dan golekkan atas kacang tanah, alih dalam dulang pembakar, leperkan sedikit dan hias dengan ceri merah.
  3. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

10 comments:

nurazzah8 said...

Salam Cik Mat,

sedap tu biskut Raya...

Semoga semua jemaah haji mendapat haji yang mabrur! Amin

K.Nor said...

slmt hari raya buat che mat sekeluarga.. maaf andai ada silap salah k.nor.. halal ya mana2 resipi yg dicopy .. mekasih

~ yus ~ said...

Salam,

baru pertama kali saya lihat kuih tart yang tepung nya berwarna pink. Menarik. Lebih menarik bila pinggan yang di gunakan untuk meletaknya adalah Royal Albert Old Country Roses itu.

Salam Kenal dan salam Aidiladha

Yatie said...

Salam Mat,
Selamat Hari Raya Aidiladha utk Mat sekeluarga..moga ceria2 selalu..akak tak wat biskut raya...buat kek yg sempoi2 jek...cuti mmng satu hari jek...

izahdaut said...

salam cik mat..
selamat hari raya aidiladha jugak buat cik mat sekeluarga...comel sungguh sekut sekut cik mat semua2 nih..geram tengok!!

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam aidiladha..

wah..gini rupanya kuih cinta ayu..sangat cantik sesedap rasanya...

terima kasih cik mat....ayu suka sangat....nanti ayu kongsi degan kawan2 blog dan fb yer..

Mama Kembar said...

aiseh kecuq ayaq liuq dah ni tgk tart tuh... tp malas buat kuih, cik mat posto posto mai kat mama boleh? heheh

Yours Truly said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha Che Mat!

Eyriqazz said...

Salam Mat gebu,

kuih muih nampak sedap dan mengujakan..dush,jom kak ina kl bawa saya terjah rumah mat gebu..

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaa..sempat lagik tuuuu tayang sekut raya....hehe..akak tgk gambauuu je laaa....ok la Mat, SALAM AIDIL ADHA BUAT MAT, MAKYAH DAN ABAH MAT....makan rendang tuh, jangan tercekik ye Mat...ko jgn ketat muka sehari dua ni tauu....tabbbaiiikkk..! hehehee..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.