BEN ASHAARI

Monday, November 22, 2010

ASAM PEDAS IKAN CAMPUR.

P1240069
Salam tengah hari, cuaca mendung lah kat sini, tapi tak hujan. Di Johor hari ni cuti sebab menyambut hari keputraan Baginda Sultan Johore. Hari ni masak yang ringkas, resipi ulang tayang saja. Semalam abah mat pi mancing, dapat lah beberapa jenis ikan, ada ikan pari, gelama dan satu lagi jenis tu, tatau ikan apa. Memandangkan ikan tu dalam kuantiti tak banyak tapi cuma banyak jenis. Atas permintaan mat pun masak lah asam pedas ikan tu campur2, bersama nenas madu..hmm i like madu, banyak khasiatnya..hehehe... ok. jom kita semak resipi tak berapa puluh kali ulang tayang..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan pari jenis kecil, kerat 4
3 ekor ikan gelama, disiang
1 ekor ikan tanda saiz sedernana, siang dan kerat 2
1 biji nenas madu masak ranum
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1/2 inci halia, dititik
3/4 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3/4 inci belacan
1/2 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi diperap bersama garam dan jus limau kasturi selama 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Nenas, dikupas, dan potong serong, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus bersama serai, lengkuas dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Masukkan nenas dan gaul rata, masak sehingga nenas layu. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml), kacau dan biar mendidih.
  4. Masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan2 dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula, sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok tak de masalah..
  5. Biar mendidih perlahan 3-4 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ulam2 dan sambal belacan.

5 comments:

Khai Adry said...

salam cmg ...... wahhhh menarik dan lazat sungguh nampak asam pedas tu cik mat nasib baik khai puasa ari ni .... kalau tak dah turun pergi cafe opis dah ni .....

LugieAmir said...

Asam pedas lauk wajib 'orang umah' kita! Owang melakeeee la katerkaaan...So... resepi yg ini..wajib masuk senarai!

WanShila said...

mmg superb!!

fara dean said...

salam cik mat..
lauk feveret..alangkah bahagianya klau sy jd anak angkat cik mat..mesti jd gebu juga sy..hihi

Mat Gebu said...

salam khai...
Hehe, boleh juga buat menu berbuka nanti...

salam lugie...
Sama lah, tekak saya orang Johor pun suka asam pedas...

salam wan...
Hmm, terima kasih.

salam fara...
Hahaha, tergelak ni baca..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.