BEN ASHAARI

Wednesday, November 3, 2010

ACAR IKAN TENGGIRI .....SUP TELUR & KENTANG.

P1230477
Assalammualaikum..ni hari mat gebu nak share lauk2 senang jee, maklumlah dah hari2 update, sampai tatau dah nak masak apa, jadi apa je yang mat masak, mat masukkan kat blog. Pagi tadi ada tanya bonda, "nak masak apa hari ni?"...dia jawab ringkas, "masak apa-apa"...Hmm, 34 tahun dah mat gebu bernafas, tuaa kan, tapi aku tak pernah pulak tau ada nama resipi "masak apa-apa". hahaha., peningg pala, penggsann!.. Oleh yang demikian, lepas mat urusan kerja2 yang sepatutnya, maka operasai pun bermula, akhirnya mat masak jelah acar ikan tenggiri (sayang, lobak merah habis pulak) dan juga satu masakan hujung bulan, time gaji tinggap ala2 hujung jari jeee...nak tau lauk apa, terus kan bawah ni yeaa......

sup telur dan kentang
Jeng..jeng..jeng...hmm dah semestinya sup telur dan kentang, lepas tu kan masukkan jelah apa sayur yang rasa sesuai, macam mat ada cendawan black fungus, boleh masuk, ada fucuk, boleh juga dan soo hoon jangan lupa bagi penyeri masakan. Lepas tu nak nampak ala2 5 bintang, masa nak hidang tu tabur lah sikit hirisan daun bawang dan bawang goreng, hahaha typical mat gebu nya style, ala2 orang zaman dulu2 kan..biasalah mat gebu kan konservetif, old fashion and ortodox. Tak kesah lah kan, janji hati mau baikk...Salam sayang dari DTS - Mat Gebu..

ACAR IKAN TENGGIRI....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tenggiri jenis kecil
2 biji timun, kerat, buang empulur, hiris memanjang
1/2 batang lobak merah (tak letak), hiris memanjang
2 biji cili merah, kerat, buang biji dan hiris memanjang
9 biji bawang merah, belah 2 setiap biji
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap ulas
1 inci halia muda, hiris halus
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1/4 cawan cuka makan
1/2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi disiang, kerat sederhana, cuci dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, goreng embal2 (atau garing, tu terpulang yea). Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, udang kering, cili kisar, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cuka dan gula serta serbuk kunyit, kacau rata dan masak hingga pekat. Masuk ikan tadi bersama lobak merah, bila lobak sedikit lembut, masukkan timun dan cili merah, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..
SUP TELUR DAN KENTANG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred B
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap biji, rendam
5 keping cendawan telinga kera, cuci dan potong
1 keping kecik tauhu kering @ fucuk, kerat dan rendam
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam
1 liter air rebusan ayam @ 1 kiub ayam "Maggi"
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan kentang, kacau rata dan tuang stok ayam (atau air dan juga kiub pati ayam, kalau guna). Biar mendidih dan masukkan fucuk serta cendawan.
  2. Masak hingga kentang 1/2 empuk, jika kurang kuah, tambah sedikit lagi air. Kecil api, pecah kan telur satu persatu dalam kuah tadi, pastikan ianya tidak betindih. Biar masak perlahan sehingga telur mengeras. Kacau perlahan2.
  3. Masukkan soo hoon, perasakan dengan garam secukupnya dan serbuk lada hitam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

4 comments:

Mimiey.. (^-^) said...

slm abg mat..
acar ikan tenggiri tu sedapnye mkn dgn nasi panas..sup telur tu selain smk mase ujung bulan,time mls nk msk pn leh jugak kan,hehhehe... mkn dengan smbl belacan sikit,perggghhh....

Tomato Gurl's Life said...

sup telur dan kentang tue menyelerakan..insyaAllah sok jupa..hihi

Siti Indrawati said...

Salam Ah Mat Gebu..wow sedapnya lauk tghari ni,cuaca pun panas memang menyelerakan..paling x tahan acar tenggiri tu..sedapnya!

Mas said...

che mat, dua2 lauk tu mas suka tapi yang sup telur tu telur mesti tak keras...baru sedappp..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.