SPAGHETTI OLIO

Spaghetti Olio
Assalammualaikum, salam hujung minggu semua. Dah sarapan?.. Ke masih tergolek manja atas tilam memasing, yelah kan hari Ahad kan cuti, jadi nak juga bermalas2. Pagi ni mat tiba2kan terrasa nak makan spaghetti paling senang dibuat, cepat dan sedap serta tak mengecahkan dapur. Jawapannya mestilah spaghetti olio. Pernah makan tak?...alaa yang dok2 bandar besar atau diluar negara mesti pernah kann, jangan pulak kata tatau. Zaman IT ni kalau kata tak pernah nampak atau dengar..hmmm susah lah nak kata. Mat sendiri yang dok bertapa kat kampung pendalaman ni biasa dah makan benda2 macam ni, bukan apa, kita perlu ambik tau juga jangan nanti bila orang2 bercerita, kita ala2 blurr...susah lah nak masuk dalam meja bulat dia orang, betul tak?..Tapi kan sebenarnya mat gebu sangat2 pemaluuuu...serius u, kalau orang tak biasa kan nanti muka mat gebu jadi merahh...hehehe...percaya ke?...Resipi ini untuk 2 orang makan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti
1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji green capsicum, dadu
1/4 biji red capsicum, dadu
4-5 biji cili padi, dititik (optioanl)
1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)
1 helai bay leaf
5 biji buah zaitun hijau
5 biji buah zaitun hitam
6 ekor udang besar, dibersihkan
1 biji tomato merah, didadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis (guna minyak zaitun biasa, bukan jenis "extra virgin")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang, red dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  3. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan...

Post a Comment

16 Comments

  1. Betul-betul 'hoo liow'..undangnya betul-betul mengancam..idea yang bagus untuk masak hari ahad ni..Thanks Cik Mat memberikan idea...

    ReplyDelete
  2. salam cik mat, manalah nak cari buah zaitun hitam n hijau tu, any substitue? ke x yah buh?

    ReplyDelete
  3. wah cikmat.. meriah!!! chun baru nak aplod spageti nih. paling senang dalam semua2 jenis pasta kann. cikmat punya version lagi marbeles ahh :)

    ReplyDelete
  4. salam.. ni feveret spageti saya.. hmm tapi resepi saya lain ckit laah.. bezanya cuma guna bawang putih utk menumis.. dan tambah parmesan cheese.. anak2 sedara semua suka.. anyway thanks mat gebu for the recipe!

    ReplyDelete
  5. salam cik mat, nk tanya, apa beza basil, oregano dll tu?bau dia ke yg lain?

    tp bila saya wat carbonara, letak oregano, pergh..sedap bau dia..

    ReplyDelete
  6. salam cik mat, kenapa tidak extra virgin olve oil yer?

    ReplyDelete
  7. salam cikmat..ya rabbi rase mcm berkurun gile tak jenguk dunia blogging ni.hhuuu..ni sy cuti hari ni, tu yg dpt balik rumah n tgk blog.heheh..spageticikmat tu nmpak sgt2 unik la..ade cili padi siap!i loike..hehe.anta la sket kat selayang nun masakan cikmat tu..baru keje 2 minggu sy dah turun 4 kg..sob22..

    ReplyDelete
  8. nak tumpang glemer mat gebu..hihi

    ReplyDelete
  9. salam eddie..
    yeaa betull..sekejap je masak yang ni..

    salam cu734ngel...
    Sama lah kita..hehe.

    salam kak rose...
    Boleh beli kat Tesco, tapi kalau tak de pun tak pe..boleh abaikan.

    salam che chun...
    Betul, senang dan sedap...

    salam giha...
    Biasa lah tekak melayu..

    salam atulhani...
    Kalau letak keju tu mmg sedap, tapi as usual laa, guna apa bahan yg ada dalam stok..hehe.

    salam yusparisa...
    Bau dia berbeza, basil tu satu family dengan daun selasih, tapi selasih negara kita bau dia agak kuat sikit. Oregano bau dia berbeza dan byk digunakan dalam masakan barat.

    salam Bb Hussain...
    Selalunya kalau xtra virgin tu guna utk salad dressing dan boleh juga drizzle atas pasta. Rasa dia pun agak kuat berbanding minyak zaitun yang guna untuk menumis.

    salam mis lolly...
    Terima kasihh...cun miss lolly ni hari..hehe

    Salam Dr Liana...
    Alahh kesiannya..tak pe dr Liana boleh!!..erkk turun 4 kg waahh bertambah cun lah mcm tuu..terima kasih singgah blog mat gebu ni yea..

    salam ijad...
    Erkk..mana ada mat gebu glamer..adehh..terima kasih untuk ijad juga...

    ReplyDelete
  10. sedapnya... nak try sebab kebetulan semua bahannya ada... nyum nyum...

    ReplyDelete
  11. oo baru tahu extra virgin utk dressing..Bb penggemar olive..lagi kuat rasa n bau lagi suka.that's y Bb guna je extra virgin oil utk menumis..thanks yer ;)

    ReplyDelete
  12. blh ke guna extra virgin tok wat nie..kat umah tu je yg ada..huuhuh

    ReplyDelete
  13. salam CMG saya dah try dah resepi CMG ni...thanks for sharing!...:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.