BEN ASHAARI

Thursday, October 28, 2010

SAMBAL KERING SULUR KELADI

sambal kering sulur keladi
Salam semuaa, penatnyaaa.. apa lah agaknya...ada laahhh Ok petang ni nak share satu masakan yang mat suka, tapi ada risikonya. Pernah makan sulur keladi?..mesti pernah kan. Sekarang ni mudah nak dapat, dipasar2 tani atau pasar2 basah pun ada jual. Tapi kan kadang kala nasib juga, ada kala sulur keladi ni agak menggigit (terasa gatal bila dimakan), walaupun kita sudah melakukan proses sepatutnya sebelum dimasak. Apa2 pun insya allah, jika kita beli yang tersedia jual tu, kemungkinan besar jenis sulur keladi yang tidak akan mendatangkan rasa gatal lepas dicelur. Ok mat letak yea resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus sulur keladi, yang siap dijual dipasar tani atau pasar basah
10 - 12 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
1/3 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sulur keladi dicuci, toskan dan celur bersama asam gelugor dan sedikit garam hingga 1/2 lembut. Selalunya yang beli mereka dah siap siang, jika tidah anda perlu mengikis kulit luarnya dahulu baru dipotong2. Kemudian toskan. Ketepikan.
  2. Udang tadi digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga perang keemasan, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masukkan udang dan juga sulur keladi tadi, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan..

11 comments:

Mas said...

che mat, sedapnya keladi, mas sukaa..

Kak Rose said...

mat, masa kecik2 dulu bapak ada tanam banyak keladi... dan sulur pun free je, fresh lak tu..... sekarang pokok keladi pun x nampak dah. apa lagi sulurnya!

NurulAsyikinAziz said...
This comment has been removed by the author.
suri solehah said...

cek mat..baru tahu keladi leh buat sambal jugak..selalu duk tengok mak masak asam pedas atau msk lemak je...sempitnya pengetahuan huhu

Just Mom in Riyadh said...

Salam Ben, thks sharing all good recipes here.. all the best!

Kasawari said...

salam Uncle Ben.. huhu.. jangan marah Mat.. Gurau di pagi Jumaat yg sejuk.. jom tengok Ben 10.. hehe

ohoeya858.blogspot.com said...

npk pedasss tol u :)

papepon kompom kecurrr..

linda said...

Slm brader mat... Ni keladi yg biasa org buat msk asam rebus or asam pedas tu eh??? Wah, sronok2, nk try!!!!

fara dean said...

Salam cik mat ..
amboii bunyinya mmg tradisional abiss..

CT said...

Wah! Sedapnya Mat...opppsss bukan Mat btg keladi ya...hehehe

NurulAsyikinAziz said...

alamak saye mintak maaf, saye tersalah taip nama sbnnaya. saye tau ni blog cik mat. btullll. saye mmg tauuu. tapi pk ke lain. saye mmg tau sangat2 ni cik mat pnye. maaf2 :(

baru sedar pasal post ni. maaf eyh sgt2. saye mmg tau ni cik mat pnye
maaf eyh cik mat