BEN ASHAARI

Sunday, October 31, 2010

PEPPERMIINT MUFFIN WITH CHOCOLATE

peppermint muffin with chocolate
Hmmm, kenapa yea rasa malassss..eh silap2..tak boleh kata malas, bunyi dia tak sedap didengar. Hmm kenapa yea rasa kurangg rajinn sangaattt?...Haha, sedapp sikit didengar, betul tak. Hari ni mat cuti masak..alahh cakap je cuti, tapi masak juga, biasalah nama pun mat gebu, cakap tak serupa bikin punya olanggg...Apa yang penting mat dah masak, nak makan ke tak itu terpulang, tak de paksaan, aku kadang2 jemu dahh, asyik nak jaga hati orang jeee...frust weyyy..mana boleh tahann..makan diri!!. Untuk mengisi ruang N3 blog hari ni mat letak resipi "peppermint mufffin with chocolate". Ini resipi oter dari resipi yang ada, biasalah, nak cipta resipi baru kita bukannya pro...cuma amatur saja..

P1230402
Tapi kan rasa dia sedap dan harumm, cuma jangan terlebih esen pudina, kang takut berangin satu badan..hehehe, coklat pulak mat guna seperti gambar dibawah tu. Kalau nak guna coklat masakan pun ok, tak de masalah. Ianya lembut dan rasa agak ringan tak delah macam "heavy" sangat. Satu adunan boleh dapat 10 biji, ini bergantung pada saiz muffin cup yang anda guna, kalau guna yang kecil, dapatlah lebih. Hmm, apa lagi yea nak tulis...rasanya sampai sini je dulu, kita semak resipi...

Contoh coklat yang mat gebu dalam resipi ni...makan macam tu memang sedap..adehh macam mana lah tak gebu, tapi i makan jimat yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 g mentega
85 gram gula halus
2 biji telur gred A
175 gram tepung gandum*
10 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak)
80 ml susu segar
30 gram coklat susu, didadu kecil
Beberapa titik perwarna hijau muda
2-3 titik esen pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang, jarak masa antara 1 biji telur ialah seminit. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati.
  3. Masukkan pewarna hijau muda dan esen pudina, putar sebati. Akhir sekali masukkan coklat susu tadi, gaul rata.
  4. Sudukan 3/4 penuh dan bakar 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidangkan...

9 comments:

Ummi said...

Emmmhhhh....muffin pulak daaahhh...menciiisss..huhuhuuu..naaakkk..

anymz said...

cik mat.,hari2 minggu ni kalau dapat muffin mesti best..tapi biasa la akak ni jakun sikit,makan kek ke,muffin ke mesti nak cicah kopi o...hehehe

kakchik said...

salam cik mat. kalau takde orang yang nak makan, biarlah, kakchik nak. tentu sedap sekali muffin yg cik mat buat tu.

mamasyipah said...

salam cik mat... eh eh ada muffin sedap ni nak buat gak laa.copy resipi ya.

Mimiey.. (^-^) said...
This comment has been removed by the author.
Mimiey.. (^-^) said...

slm abg mat..
sy tadi pn dok tercari2 pudina sbb nk buat kek peppermint yg umah kak ummi tu tapi xjumpa lak. ni jln umah abg mat nmpk lak peppermint muffin ni,lagila keinginan nk beli esen tu kuat...sedapnye mkn time ujan2 camni,hehhehe....

linalucx said...

slm abg mat..
tgok sedap nyer muffin tu..
sy selalu imiginasi
kalau la resepi abg mat
leh jd realiti bile dibuka,
kn best.
leh la sy test sume resepi yg ada..
hehehe....

http://linalucx@blogspot.com

nurul said...

Slm abg mat. sy slalu tgk blog abg mat tp xpnah post komen. sy pnah wat muffin coklat tp jd kering kesat je bila mkn. nak tanya kalau bakar muffin guna api atas @ api bwh @ guna dua-dua skali

Gadish Lollipop said...

sedap nye muffin nieh .
nk try lah nnti .
buat untk encik boyfie yg suke sngt mknanan2 mint .

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.