BEN ASHAARI

Friday, October 1, 2010

MASAKAN KAMPUNG RINGKAS TAPI SEDAP.

P1220740
Assalammualaikum..hehehe, minta maaf lah yea, sebab lewat masukkan N3..bukan sebab terkejut dengan "DTS-Mat Gebu", tapi ada hal lain tadi. Hari ni mat masak paling ringkas dan paling senang. Biasanya kalau masakan kampung terutama jika kita masak lemak, tak kesah lah samaada kobis, pucuk ubi dan lain2 lagi, sambal belacan dan seangkatan dengannya serta ikan masin "WAJIB" ada. Seperti yang anda lihat hari ni mat masak kobis masak lemak putih, ada ikan sepat masin, sambal buah kuini dan juga petai jeruk sebagai pembuka selera. Ringkas bukan. Masaknya pun cepat dah tidak mengambil masa yang lama, sesiapa tak boleh makan ikan masin, boleh ganti dengan ikan goreng...



Dalam gambar tu, nasi je mat tak letak. Paling mat suka tu sambal buah kuini, tadi kak ummi kuantan tanya, mana dapat buah tu, kan tak musim sekarang ni. Ini buah kuini istimewa, pokoknya telah menderhaka pada keturunan si kuini itu sendiri, maka dengan itu dia telah mengeluarkan buah tanpa mengikut musim, begitu lah ceritanya....hahaha, caya ke?. Bila pandang jeruk petai tu teringat mat pada "Mama Zieza"... Masa dia datang hari tu, terlupa nak tapawkan, mana taknya, mat gebu sibuk borak..minta maaf yea mama..Pada teman cyber mat gebu, Ben Ashaari...lain kali eks, kalau ada rezeki, boleh tapaw lebeh jeruk petai tu...Bennn....itu petai jeruk bukan kacang yea. Erkk, apa2 pun, koo memang HEBAT LAHH!!...Nak letak ke resipi..hmmmm..tak payah boleh tak?....hehe..

LEMAK PUTIH KOBIS...

BAHAN-BAHANNYA:-)
1/4 biji kobis bulat
1/2 camca besar udang kering
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 biji cili merah, hiris serong
600 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kobis dihiris kecil, cuci dan toskan. Udang kering direndam 10 minit, cuci, tos dan tumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bawang merah, bawang putih, udang kering dan santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan kobis dan kacau rata. Masak sekejap.
  3. Masukkan soo hoon (toskan), masak hingga soo hoon lembut. Tuang pati santan, masukkan cili hiris dan perasankan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

SAMBAL BUAH KUINI ..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji buah kuini, ambil isinya
15 biji cili padi thai warna merah, cuci dan toskan
2 biji bawang merah, bakar hingga layu
1 inci belacan, bakar hingga harum
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk cili padi hingga hancur, masukkan belacan dan bawang merah, terus menumbuk hingga lumat dan halus. Masukkan secubit garam dan buah kunin tadi, tumbuk sedikit hingga buah hancur, gaul rata dan boleh dihidangkan.

PETAI JERUK...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Beberapa papan petai
Garam secukupnya
Air masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Petai dicelur hingga berubah warna menjadi kepeerangan. Sejukkan. Picit petai tadi hingga isinya keluar. Buat hingga siap.
  2. Cuci isi petai tadi hingga bersih dan tidah berlendir. Jangan buang kulit yang menyaluti isi petai. Pilih isi petai yang elok, jika terdapat lubang kecil, asingkan.Itu bermakna isi petai tak elok dan mungkin ada anasir luar didalamnya.
  3. Masukkan isi petai dalam botol bersih, letak garam secukupnya. Jangan terlalu masih, agak2 yeaa. Tuang air masak hingga petai tenggelam, kacau rata hingga garam larut. Tutup botol dan biar di tempat gelap selama 3-4 hari. Kemudian simpan dalam peti sejuk.

13 comments:

qasehadam @ nurul said...

sukeee sangat ngan petai jeruk n ikan sepat ya ampon sambal buah kuinnin pun ade sedap dimkn ngn nasi panas..petai tu tembam2 je kan bile gigit mst kuar jus yg sedapp tu..terliur dah ni

zaitun @ kak tun said...

kalau masakan kampung mmg menyelerakan....ya ampunnn, petai jeruk adusss..cedapnye!!!

izyanty collection said...

o...petai jeruk kena rebus dulu rupanye,.. baru tau

giha lalala said...

umangg sodapnyo!!

CuteOven said...

salam CMG
kecurnya.....

-rahz- said...

set pinggan tu yg paling klasik.. cam kat umah arwah embahku aje..

mokjadeandell said...

Salam CMG
awatlat CMG suka menyiksa kalbu... tak tertahan rasanya terlior dgn masakan itu...cukup buat mengigau dalam mimpi ku....sambal kuinin,ikan kering,sayur lemak kobis,jeruk petai ( macam M.zain dlm nak cari kayu...nak cari kayu )

hana said...

huwaaaa.. tak sanggup tak sanggupp! rasa cam nak terjun bangunan nengoknyer! kijam ko matt....

SYaMiLa said...

masakan macam ni yg paling best...bab ikan kering tu yg tk thn yea...wangi dn sedap...lapar la pulak mlm2 ni...he3...

nba-Nur said...

Salam.. Sedapnya masakan kampung.. Terliur dibuatnya...

nba-Nur said...

Salam.. Sedapnya masakan kampung.. Terliur dibuatnya...

Wahida Ibrahim (Galeri Wahida) said...

sedapnye...suka betul kalau masakan ada petai..huhu..

badariah said...

resepi cam ni makan sselalu pun tak jemu.x pernah mkan prtai jeruk selalunya mkn cam tu je