BEN ASHAARI

Sunday, October 24, 2010

MASAK LEMAK vs MASAK SINGGANG..

lemak cili padi ayam kampung
Salam semua, buat apa tu, hujan tak tempat anda semua?..Kampung mat dari pagi cuaca mendung, dan sekarang tengah hujan. Elok juga, masa2 jerebu ni kan hujan turun. Perasan tak tajuk tu, masak lemak vs masak singgang, ada dua jenis masakan berbeza satu tu bersantan dan mesti lah kolestrol agak tinggi, yang lagi satu masak singgang serani, kita tumis juga tapi guna minyak sedikit dan ada rasa masam..yang dah semestinya feberet mat gebu. Resipi mat letak pun yang biasa2 saja. Yelah yang mudah, pendek kata boleh lah bagi idea pada mereka yang sudi singgah. N3 semalam tu mat nampak macam tak berapa ok kan?..Jangan risau itu masalah biasa, kita kan manusia, normal lah ada masalah..kalau semua asyik OK jee, macam tak thrill pulak hidup ni...

singgang serani
Yang atas tu mat masak lemak cili padi ayam kampung, tah kenapa bonda 2 hari lepas sembelih ayam kampung milik nya, banyak juga dalam 4-5 ekor dan besar2 koo. Memandangkan ayam2 ni ayam otai, kenalah mat masak dalam periuk tekanan. Perihal singgang serani tu, mat pasti semua dah tau kan, banyak kali mat letak resipi dia kat sini. Tapi tak kesah lah, kot2 ada yang tak dapat cari, boleh lah tengok yang ni pulak. Ikan tu terpulang, mat guna ikan pari, kalau suka, ikan kembong atau tuna pun sedap....Untuk semua, selamat menjamu selera, maaf jika ada terkasar bahasa...

LEMAK CILI PADI AYAM KAMPUNG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, anggaran 1kg, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji, rendam
4 batang serai, dititik
3 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan cili padi kampung, jenis hijau*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci cekur (optional)*
1 inci halia*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/4 inci belacan*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan ayam tadi bersama bahan kisar halus dan serai titik. Masak hingga ayam kecut, tuang santan cair dan masukkan sedikit air. Biar mendidih hingga ayam lembut. Masukkan asam gelugor dan kentang.
  2. Bila kentang empuk, tamba pati santan, garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap lagi dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi...
CATATAN MAT GEBU :- Oleh kerana mat guna ayam kampung jenis 'otai", mat masak dalam pressure cooker, dengan meleburkan semua sekali kecuali santan pekat, garam, gula dan kentang. Masak selama 20 minit, lepas tu, masukkan kentang, masak hingga empuk, tambah pati santan. Perasakan dengan garam dan secubit gula...dahh siap..tapi bergantung pada jenis periuk tekanan masing2.

SINGGANG SERANI....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 keping ikan pari, pilih jenis lembut (pari helang)
10 biji belimbing buluh
2 batang serai, dititik
4 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ikan bilis "maggi" (optional)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/3 inci lengkuas*
1/3 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
2/3 camca teh lada hitam biji*
20 - 25 biji cili padi*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dibersihkan, perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci dan toskan. Belimbing buluh, dibelah 2 tapi tak putus untuk setiap biji. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan serai dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan asam belimbing, masak sekejap, rasa, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
CATATAN MAT GEBU :- Singgang ini agak masam, jadi siapa yang kurang gemar, boleh kurangkan bilangan asam keping tadi atau tak payah letak, memandangkan belimbing buluh pun sedia kala masam...

9 comments:

IQBAL ZARIN said...

cik mat memg suka singgang ye? hehe... nak try kat rumah nanti.

Sis-Lin said...

hehehe..aku masak singgang ayam hrni...
singgang la respi senang ek..main campak2 jek..tp aku tumis.. :)

L.O.V.E.L.Y. M.A.S.H.A said...

salam en mat ....sama la resipi kita ari ni....lauk singgang...hehe

p/s: blh x sy nk add en mat di blog sy...minta izin..tq

Bb Hussain said...

dah lama x makan masak singgang ni. arwah ayah paling suka makan..

Idalara said...

pg td baru masak ayam masak lemak cili padi ni...bila tguk resepi mat gebu..rupanya ada kekurangan resepi akak pg td...tp anak2 tetap mkn hingga menjilat jari..

Mimiey.. (^-^) said...

msk lemak ke,singgang serani ke, 2 2 nmpk sedap abg mat. ni kalau mkn dgn nasi panas, letak smbl kicap skt,mst mkn xhengat donia ni,hehhhehe...

Idalara said...

Terimaksih singgah blog picisan akak..tak sngka blogger femes mcm mat gebu sudi mencemar duli ke umah akak dan jadi folower..

thanks..

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

Mr Mat, bahan selalu tak cukup! huhuuhhu...nantilah keyrill try lagi ek!

ohoeya858.blogspot.com said...

C'Mat.. ari ni 'Hari Kuning' eikkk.. bestnyer ayam kampung..