KERABU JANTUNG PISANG vs ASAM REBUS?..

Kerabu jantung Pisang
Salam hujung minggu, buat apa tuu. Ni hari mat gebu masak yang simple2 dan dalam kategori berprofile sederhana. Mat pun ada kala terlalu malassss nak masak, jemu, macam nak muntah. tapi kenang kan itu "tanggungjawab" pada ke dua ibu bapa, kena juga meng ikhlas kan diri, apa lah sangat nak dibanding kan setakat memasak 1-2 jenis lauk yang mudah2...kadang2 kan mat gebu rasa "macam" tak de ruang untuk diri sendiri, nasib baik ada blog....hmm, eh macam luahan perasaan pulak kan....tak pe lah selagi terdaya, kita sabar jee lahh. Bukan untuk meraih simpati sesiapa cuma ada kala mat gebu sendiri perlu melegakan otak ku yang berserabut ni...adehh, bila dah tulis legaa siki, ada orang kata buka pekong di dada..haha, lantak lahh, janji dada aku tak de pekong!!...

Asam Rebus Terung
Ok, berbalik pada menu ringkas hari ni, mat buat kerabu jantung pisang, yang tu sah2 mat gebu punya, dan lagi satu lagi mudaaahhh sangattt..iaitu asam rebus terung, mat letak pulak ikan masin cekik leher. Lepas tu kan makan dengan sambal belacan, ulam dengan kacang botol, peria katak, "budu" dan juga ikan goreng..wahh meriahh nyaa,,tu semua lauk2 budget atau profile rendah. Kalau kat kampung, kira lauk paling kerap tuu..tak herann dah. Jadi minta mat pada semua, jangan bosan yeaa..kalau ada je masakan singgang, asam rebus atau yang mudah dan ringkas...

KERABU JANTUNG PISANG ...

BAHAN-BAHANNNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah
10 - 15 ekor udang sederhana besar, kupas kulit, cuci dan celur 30 saat, toskan
4 biji bawang merah, hiris halus2
2 helai daun limau purut, hiris halus
4 camca besar susu sejat "Ideal" (atau boleh guna santan kelapa)
2 camca besar air
3-4 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang di kupas kulitnya hingga jumpa bahagian yang lembut. Belah 2 dan rebus hingga lembut dalam air mendidih yang dicampur sedikit garam dan 1 keping asam gelugor. Toskan, biar sejuk, perah sedikit dan hiris halus. Masukkan dalam mangkuk.
  2. Sementara itu, satukan bahan tumbuk halus bersama susu sejat (atau santan) dan air, kacau dan didihkan sekejap, tambah garam dan gula secukup rasa. Matikan api dan biar sejuk.
  3. Dalam satu bekas, masukkan jantung pisang, udang yang telah dicelur, hirisan bawang merah, hirisan daun limau purut dan juga no. 2. Gaul rata dan perahkan jus limau kasturi secukupnya, ini bergantung pada citarasa masing2, nak masam atau sederhana. Hidangkan segera...

ASAM REBUS TERUNG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji terung kari (atau 1-2 biji terung biru)
4 ekor ikan masin selar kuning (atau ikan cekik leher)
1 helai daun kunyit
2 keping asam gelugor
Sedikit garam dan gula
Air secukupnya
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar ikan bilis*
1/2 inci belacan*
1/3 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar bersama ikan tadi ke dalam periuk, tuang air secukupnya. Masukkan asam gelugor dan biar mendidih. Tambah terung dan daun kunyit, masak sekejap.
  2. Masukkan sedikit garam dan gula, kemudian rasa, jika perlu tambah sedikit garam lagi, Bila terung lembut boleh matikan api. Hidangkan panas (kalau nak guna serbuk perasa pun bolehh)..

Post a Comment

12 Comments

  1. sedapnya asam rebus terung tu.... yumyumyum... :)

    ReplyDelete
  2. Kerabu jantung pisang untuk buah hati,
    Asam rebus terung sangat di gemari,
    Hajat di hati ingin menikmati,
    Apakan daya nak buat tak berapa ngerti.

    ....hehehe

    ReplyDelete
  3. sodappp wooooo....
    biaq ringkas tp sedap lg ringkas...hehehe

    mat..jom pi bercuti dua org mat..kikikiki gosssippppppz

    ReplyDelete
  4. memang best masakan camni mat..hendak-hendak untuk akak yang dah tua ni..kena jadi kesihatan

    ReplyDelete
  5. salam MLD...
    Betul tu, kalau ganti dengan nenas madu pun seeedappp..

    salam mr eddie...
    BURUNG KELICAP MERDU BERLAGU,
    SAMBIL MINUM DI TEPI PAYA,
    JANGAN RISAU ATAU PUN RAGU,
    BLOG PAK TUA ADA RESIPINYA..

    salam linn...
    hahaha, berehhh....erkk, tapi kita bercuti kat rumah mak koo jelah, sambil cari2 pinggan lama..hahaha..

    salam kak ina KL..
    Sesuai utk yg ter gebu mcm saya juga kak..tapi tulah kalau dah hari2 ngadap singgang ikan...rasa mcm berpinau juga mata...hehe

    ReplyDelete
  6. sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap.

    encik gebu, sila masak tuk saye kikiki.

    ReplyDelete
  7. Salam CMG, wooo sedapnya lauk tgh ko tu Mat, tanya sikit Mat mcm mana tak nak bagi jantung pisang tu lebam bila direbus. Terima kasih...

    ReplyDelete
  8. perggh!feveret saya tu kerabu jantung pisang..=)

    ReplyDelete
  9. Salam Mat,
    Lama tak mkn jantung pisang...takpe dah balik Msia ni senang sikit nak cari klau teringin...kalau lauk mcm ni mmng kegemaran akak sekeluarga sebenarnya....lagi2 suami akak, klau asam pedas, asam rebus dan singgang...mmng kegemarannya...mau bertambah2 nasi dan lauk...kih3..
    Psst= tak perlu malulah Mat...kalau ada jodoh dan waktu pasti suatu hari kita bertemu....akak pun segan gak nak jumpa Mat yg popular ni sebenarnya....

    ReplyDelete
  10. salam miss lolly...
    Haha..sett, anytime...

    salam rosidah...
    Saya kan selalunya, kalau rebus, siap2 kan air, jerang hingga mendidih + 1 asam glugor dan sdkit garam. Baru masukkan jantung, jantung tu dah kupas jangan belah dulu..itu style saya lah, tatau org lain..

    salam kalamhati...
    Waahh sama lah kita.

    salam kak yatie..
    Erkk kak yatie, jgn kata saya popular...yg tu sesuai utn Ben, saya ni cuma biasa2 jee..kalau kedai buku popular tak pelahh..

    ReplyDelete
  11. waaaa.... sama la menu kita hr ni... Hr ni mak masak asam rebus ikan parang campo lada besar yg dibelah je... Sodappp... hehehe...

    ReplyDelete
  12. nyummy..nyummy..sedapnyer nampk...memg suka makn jntung psg dulu2..tp skrg sush sgt nk dpt...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.