CHILI CON CARNE

Chili Con Carne
Salam semua..buat apa tu, dah nak masuk tidur ke, mustahil lah, baru jam 10 malam. Malam ni sebelum mat gebu dibuai mimpi (tu pun kalau tidur nyenyak), mat nak share satu resipi dari alam orang2 Portugis atau Eurasian. Tau tak mereka ni siapa?..Mereka ialah orang2 Portugis yang berasal-usul dari zaman penjajahan mereka di Melaka dulu, bila dan bercampur dengan orang2 tempatan, maka gaya kehidupan mereka pun telah banyak berubah dan menyerap budaya2 orang melayu, china dan india. Tapi mereka masih mengekalkan ugama asal mereka, iaitu "Kristian", walaupun ada juga segelintir yang telah memeluk Islam. Masakan ni kalau kita perhatikan ada sedkit persamaan dengan "kacang phool" orang arab, mungkin ada pengaruh arab juga. Sedap dimakan bersama roti perancis, atau capati dan mengikut citarasa anda masing2..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kidney beans, ditoskan
1/2 cawan sos tomato
250 gram daging cincang
1 biji tomato merah, dadu kecil
2 biji bawang besar, dadu kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar hirisan daun ketumbar
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*tumbuk halus)
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun ketumbar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, masukkan rempah kari, bawang besar dan daging cincang dan kacau rata. Tambah tomato cincang, tomato sos dan juga air, kacau rata. Biar mendidih.
  2. Tambah kidney beans, kacau dan masukkan lada hitam, masak hingga pekat dan hampir kering, gunakan api kecil. Masukkan hirisan daun ketumbar, kacau rata.
    Perasakan dengan garam secukupnya dan juga gula.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar untuk hiasan sebelum dihidangkan bersama roti perancis.....hmmm...

Post a Comment

6 Comments

  1. Mat, amboiii dengar bunyi macam beriya2 jek entry esok tu..wat akak seriau jek...entry akak insyaAllah jam 12 lebih kang kuar kot..hahahaa..Waaah ni resepi kan nak nyebut ala2 kongkang ye Mat...naik terseliuh lidah akak..silap2 sebut leh jatuh longkang...wahahah..terkejiii, sori eks!

    ReplyDelete
  2. kak ummi..
    tulah ayu pun susah nak sebut...
    baik betul idea cik mat kita nie

    pasal entry tu....ayu pulak yg excited...hahhaha

    ReplyDelete
  3. pernah tengok resepi ni dalam buku memasak westerner. pernah tengok jami oliver buat jugak. rupanya cik mat pon tak kurang hebatnya :)

    ReplyDelete
  4. salam kak ummi...
    Hahah, keji tau ada ke nyebut ala2 konkang..akak nya kang jam 12.01 minit pagi baru keluar. Dah keluar nanti baru tau..

    salam ayu...
    Haha, tu masakan Eurasian atau orang2 Serani..ha n3 kak ummi tu nanti yeaa..dia moncol.

    salam cek chun...
    Saya biasa jee puan, tak hebat,masih merangkak lagi..

    ReplyDelete
  5. salam Cik Mat..

    wah sedap masakan ni.. saya selalu buat utk anak2.. makan dgn cornbread, corn chips or tortillas.. panas2.. letak pulak shredded cheese bebnyk.. pergh.. shiok.. pastu minum pink lemonade.. hehehehe

    selalunya org Mexican suka makan masakan ni.. ada resipi yg letak dark chocolates utk pekatkan lagi kuah..

    ReplyDelete
  6. salam kak fitty...
    Selamat hari raya, maaf zahir batin.. Betul2.hmm, kak cuba selit2 resipi kat blog akak tu...mesti bess..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.