BEBOLA UBI GORENG....BUKAN MAT YANG BUAT!!..

Bebola Ubi Goreng
Salam semua, bertemu kali terakhir...lepas ni nak tutup blog..sebab mat gebu "down" sangat..huhu, caya kee?. haha, tak lah mat gebu kalau kecewa pun cuma akan bercuti jee, malas lah nak nak tutup blog, ala2 jiran terdekat mat yang ada buat N3 pasal down sangat, nak tutup blog lah, eee, mak aii..pakkal dok jauh kalau dekat sini, nak ajeee "peeeeenggg' kan sekali, nyampahh, ramai orang bagi moral support, dia pi gatai2 nak tutup blog, geli telinga mat gebu mendengarnyaa!!. Sabar2..jangan emosi dia memain jeee..Ok nak share satu pasal bebola ubi goreng ni, sebenarnya kan ini bukan mat yang buat, tapi kakak sedara mat gebu yang bawak. Bila mat makan tadi, sama koo macam mat gebu buat...macam mana tu, sapa nak jawab?..

P1230346
Jadikan sebelum ianya hilang ditelan oleh mulut2 naga dan buaya, elok lah mat ambik gambar dan buat N3, boleh juga lah bagi idea untuk sarapan esok atau minum petang. Ini cuma ubi getuk, iaitu ubi yang direbus empuk, kemudian dicampur dengan kelapa parut putih, sedikit garam dan gula, lalu ditumbuk hingga lumat. Kalau nak goreng macam gambar diatas, kepal2 kan lah jadi bebola, nak sama saiz guna scoop ice cream. Lepas tu celup tepung dan goreng macam pisang goreng tu, makan dengan sambal kicap. Kalau anda orang Jawa mesti tau kan apa itu ubi getuk...hehehe...Ok mat berkongsi dengan anda resipi dia...

Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti untuk menggoreng pisang)
Sambal kicap

Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....

Post a Comment

16 Comments

  1. wah,,,,,,,


    ayu paling suka sekali ubi getuk..
    tapi...bila makan..ada problem la..sapa mau tanggung?...

    ReplyDelete
  2. huk huk... sedang menanti masa untuk.. melabuhkan tirai ..

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Mat.

    Malam2 menziarah blog, entri ubi getuk mengingatkan zaman kolej. Suka sangat makan. Setiap kali balik kuliah, akan singgah kat gerai ubi getuk dan beli sorang seringgit. ;p

    Dan sekarang, tetiba terasa macam mengidam lah pulak. Macam mana tu? ;p

    ReplyDelete
  4. lapar pulak tengok ubi getok ni..

    ReplyDelete
  5. CMG,
    getuk ubi mmg best, especially klu pekena dgn kopi o kaw!!! mmg terangkat!

    ReplyDelete
  6. baru semalam mkn tp hat beli laaaa..kira yg terbaik n tersedap kot kat s.alam ni kikiki

    ReplyDelete
  7. emm..memang makbeless...bole la buat utk mak mentua nie...

    ReplyDelete
  8. cik mat share la cara2 wat sambal kicap tu..siap dengan guna kicap cap apa..huhuh saya nak tahu gak rahsia sambal kicap asli..

    ReplyDelete
  9. huarghhhhh... ngak tahan kang mas.... bisa masuk lam baldi bunuh diri! hahahahaha

    ReplyDelete
  10. Yeap mmg sedap ~ singgah di gerai pagi tadi beli untuk sarapan :)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. sedapnyeee...

    I br nak follow this blog! best bangetttt....

    ReplyDelete
  13. hari2 sye jdi silent reader..tpi hri ni xboleh tahan sme ubi getuk CMG..terus perut bunyiii..uwaaa..nak cri jgkla jap lgi kat warung corner bangi lama..=DD xsbar tunggu lunch break..

    ReplyDelete
  14. Salam. Slamat pagiii C'Mat.. Sihat hdknye awk ari ni ye :)

    amboi amboiii.. getuk ubi.. kemain lg posing ala kerabat diraja kuning menyala :)

    lama tak mkn nih.. dlu slalu dpt bli kt dpn Maybank Tmn Molek.. tp skrg tidak lg huk2..

    ReplyDelete
  15. suka ubi getuk tapi lama tak buat..kat penang ni jarangla nak jumpa..bebola ubi tu kekdang je ada

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.