BISKUT SUJI BRUNEI

Biskut Suji Brunei
Assalammualaikum, salam semua, dah pagi Selasa baru sempat masukkan N3, sebenarnya tadi mat ada perkara yang harus diselesaikan sikit, jadi N3 Biskut Suji Brunei ni tertangguh sekejap. Tau tak, mat kan macam dah malas nak buat biskut ni, tapi memandang kan biskut suji Brunei ni agak "HOT" di Tanah Malaya tahun ni, maka mat usahakan juga membuatnya malam semalam. Resipi asal kata terap, tapi mat gebu malass, jadi sebagai alternatif dan sedia maklum kuih2 suji asli yang biasa, semua jenis bulat, digentel. Jadi yang ni mat buat kaedah yang sama, lepas siap dibakar dan dibedak, mat isi dalam paper cup kecil yang berbunga sungguh sweet...Resipi asal dari "Harlina Mahdar RN". Terima kasih sudi berkongsi resipi, mat kongsi pulak di blog yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi (jenama Gheeblend)
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kuranng lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram).
  3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
  4. Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil..

Post a Comment

10 Comments

  1. memang sedap biskut ni kalau makan masa raya maybe tak berapa suka sangat sebab banyak sangat juadah kan tapi lepas raya mesti cari punya

    Cek Nuffnang Pertama RM540.15

    ReplyDelete
  2. kakliza dah rasa sekut ni..
    fuh sedap..dari dapur Ilham Dapur...
    lepas raya kakliza nak buat.....

    ReplyDelete
  3. salam sharinginfoz...
    Betul2..benda dah hujung2 baru bess...situasi kita adalah sama..

    kak liza...
    Buat jgn tak buat kak lizaa...just nice teksture dan rasa seimbang..

    salam eqbalzack...
    Hehehe, terima kasih...tu ibarat anak dara saya...

    ReplyDelete
  4. Salam dan selamat hari raya untuk Mat yang hari-hari Gebu...
    Apa agaknya mat masak untuk hari raya ek...mesti best...nanti kita sekodeng dari Pontian...

    ReplyDelete
  5. salam mat,dikesempatan ini cm nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.Minta ampun dan maaf dan halalkan jika terdapat kesilapan semasa keluar masuk blog mat mencari resepi.

    selamat hari raya,semoga mat sekeluarga sentiasa dilimpahi kebahaian dan rezeki yg berlipat ganda.Amin.

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut lebaran mat.Insyaallah lepas raya ni nk try la biskut suji brunei tu.Asam pedas ikan pari tu tul2 menyelerakan.

    ReplyDelete
  7. Waaahhh dah merebak merata dah Suji Brunei ni...nampak sedap tul ya Mat...bolat2 jek kukis tu...gebuusss..hehe, xda masa sgt dah akak nak mengukis ni..huhuuu. Rasa yg ko ni je la nnt ek..

    ReplyDelete
  8. ooo..gini le rupanya suji brunei yer abg mat....br la wa tau...

    ReplyDelete
  9. Salam MG, dekat 8thn saya dok Brunei tak pernah makan pun biskut ni. Selamat hari raya!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.