BEN ASHAARI

Thursday, August 12, 2010

SINGGANG AYAM HALIA

Singgang Ayam Halia
Assalammualaikum, selamat lah sudah kita menjalankan ibadat puasa untuk hari ke - 2. Berbuka apa hari semua?.. Mat macam biasa lah mereka2 mesti makan nasi, walau pun ada benda2 lain..Hmm kita nak masak benda lain pun malas dah, kerja jadi banyak. Hari ni mat masak singgang ayam halia, hidangan ala2 sup, tapi tak guna minyak, rebus saja. Nampak ada minyak kat gambar tu ialah dari si ayam tu sendiri. Mat campurkan cendawan butang bagi menampak sedap rasa kuahnya. Hidangan ni cepat dan kalau nak masak waktu bersahur pun ok. Jom kita semak resipi senang ni yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam sederhana, potong sederhana besar
1 tin cendawan butang, toskan airnya
3 inci halia, kupas dan hiris halus
5 biji bawang putih, diketul
2 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap cair
Sedikit gula
1 liter air atau secukupnya
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
1 camca besar lada hitam biji, ditumbuk lumat

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 lain kecuali cendawan dan gula. Tuang air secukupnya, kacau dan jerang dengan api besar hingga mendidih. Kemudian perlahan kan api, biar renih hingga ayam 1/2 empuk.
  2. Masukkan cendawan butang tadi dan terus memasak hingga ayam lembut dan cendawan masak. Masukkan secubit gula, kalau kurang masin boleh tambah sedikit garam atau kicap cair.
  3. Boleh taburkan hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng jika suka..

7 comments:

aeinio said...

tersangatlaa sukanya akan resepi senang ni... tq mat..

kisahwanida said...

mesti try ni CMG.... saya selalu wat singgng ikan jer. X tau laks ayam pun leh masak singgang

Hani in Canada said...

Bila ternampak singgang ayam halia ni, Hani teringat makan lauk camni bila lepas bersalin dulu(dalam pantang). Serba serba semua pakai halia. Tapi sedap ... thanks for sharing, CMG!

lady D said...

yeay...dah ade resepi untuk pantang...heheh...

SYaMiLa said...

hmm...sedapnya...cara pun simple..sesuai sgt bg sya yg tk reti masak ni..he3..

armouris said...

info tentang halia di SIHAT SELALU - Khasiat Halia

Okid said...

rupanya memang ada menu ayam singgang ni..bkn main lagi ku berlawan mulut ngan asben...kata pelik laa pe yg dia request tu..rupanya mmg btul2 ada singang ayam...hik3..kena blk mintak maaf laa ngn asben pasni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.