BEN ASHAARI

Saturday, August 28, 2010

ROTI SARDINE GULUNG

Roti Sardine Gulung
Salam sahur semua, hmm, dah buat kueh raya ke?...Mat sebenarnya malam semalam nak letak N3 biskut raya, tapi gambar belum sempat ambik, insya allahh dalam minggu ni. Hari ni kami ada projek membuat tumpi dan rempeyek, bila bonda mat menikah dengan abah mat seorang berketuranan jawa (walaupun dari segi sejarah sebelah nenda belah ayah mat, ada keturunan cina peranakan Melaka). Bonda yang kecik2 dulu menetap di Rembau, sudah pasti pulut, rendang, lemang menjadi makanan utama. Tau tak depa kan tak buat ketupat tau dulu, lepas menikah dengan abah mat je mereka baru buat ketupat segala... Begitu lah sejarahnyaaa.. Erkk, nak cerita pasal N3 mudah ni, sebenarnya ni jelah yang mat buat untuk bagi pada anak2 jiran belakang ni..alahh hai, idea pak mat makin seloww lahh..hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 keping roti putih
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan serbuk roti (kaler oren)

BAHAN INTI SARDINE :-)
1 tin sedang sardine, ambik isinya
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
1 cm halia, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
1 camca teh kicap cair
1 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 pokok daun bawang, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan sos cili, kacau rata dan masukkan sardine. Kacau rata, tambah kicap cair, masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan hirisan daun bawang, kacau rata dan matikan api. Biar sejuk sebelum digunakan.
  2. UNTUK ROTI SARDINE GULUNG :- Ambil 1 keping roti putih, canai hingga leper. Isikan 1 camca besar inti, ratakdan dan guling seperti swissroll. Sapu telur pada hujung roti dan gulung terus hingga melekat. Kemaskan dan susuh dalam bekas. Buat kaedah sama pada baki roti dan inti.
  3. Panaskan minyak pada suhu sederhana untuk goreng terendam. Golek roti sardine gulung tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan serbuk roti, rata dan goreng hingga kuning keemasa. Angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga siap.
  4. Hidangkan bersama sos kegemaran....

6 comments:

MamaFaMi said...

Pak Tuo kalau kasi apo pun mosti sodap nyo lah... Takkan mano eh Pak Tuo kotandusan ideo do... tengok yo la nanti! Bomacam macam laie kluar kek sini...

eqbalzack said...

erk?!sedapppppp!

ain said...

teringat rempeyek ngan tumpi mak akak. mmg sedap!!!

Sis-Lin said...

aku selalu bt..tp selalu sngt x sempat amik gambo..skli bt skli licin..huhuhu

Izza Hani said...

salam en mat, sy buat link resepi ni di blog ya. sebab tips canai roti tu amat sesuai dgn resepi saya.

LIZA said...

Salam...saya pun ada ambik resepi cik mat ni..nak try buat..baru nak belajar masak...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.