BEN ASHAARI

Sunday, August 15, 2010

PERTANDINGAN PENCARIAN TETAMU!!...CHEF NORZ...

Assalammualaikum semua, sedikit N3 selingan. Anda kenal Chef Selebriti Norzalina Nordin?..Juga penulis novel hebat selain pesonaliti TV dan juga sering muncul di majalah2 dan akhbar2 ternama di Malaysia. Kehebatannya juga memang telah diuji...Serius ni, mat sendiri telah bersua secara peribadi dengan beliau ketika Kak Lina (or Kak Norz) singgah di pondok hamba. Apa yang anda lihat di dalam kaca TV, begitu lah juga sikapnya di luar...psstt..tau tak, dalam novel tulisan beliau berjudul "Menanti Kasih"...ada terselit watak "Mat Gebu" dalam tuu...hehehe, segan lahh...

Di sini mat ingin mewar-warkan satu pertandingan pencarian tetamu seramai 4 orang dan pemenang akan diraikan oleh Chef Norz sendiri, tentulah dengan air tangan beliau yang sudah pasti sedap... Syarat2 nya anda boleh lihat dalam gambar diatas, klik untuk lebih jelas lagi.... Tarikh tutup penyertaan 31.10.2010 dan tarikh makan malam bagi pemenang pada 27.11.2010.... Sekian wassalam...


No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.