PENGAT KELADI

Pengat Keladi
Salam semua, n3 sebelum petang, mat nak share pengat keladi. Kalau di Johor kan, orang dia suka makan pengat tika berbuka puasa. Ada macam2 jenis, dan mat sebenarnya paling suka pengat nangka. Baru2 ni kak ipar mat ada buat pengat ubi kayu...hmm sedapp..Tapi yang ni mat share pengat keladi, alah hai pengat keladi pun nak share kee..haha, eh betul, nak tak, ambik lah bekas. Kalau ikut kan tak payah letak resipi pun boleh...mesti ramai tau buat. Kalau nak meriah, boleh tambah keledek, labu dan ubi, kalai nak letak bubur cha-cha pun sedap juga...ok jom jeling2 sikit resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku sederhana keladi minyak
1 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 liter santan cair
200 ml santan
1 ketul gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Keladi, dikupas, potong dadu sederhana besar, cuci dan rebus hingga sedikit lembut. Toskan. Gula melaka, gula pasir dan 1 helai daun pandan di masak dengan 2 cawan air hingga gula larut, tapis dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan keladi, baki daun pandan, santan cair dan sagu, masak hingga mendidih hingga keladi lembut. Tuang air gula dan masukkan santan pekat, tambah sedikit garam. Kacau dan biar mendidih. Kalau pekat boleh tambah sedikit air. Hidangkan panas atau sejuk...

Post a Comment

12 Comments

  1. dah sampai anak tekak ni...blom rasa lagi.yum yum :)

    ReplyDelete
  2. bila lah boleh rajin nak memengat ni ek..?klu beli kat bazar, ada je yg kureng!!!

    ReplyDelete
  3. mmg sedap pengat keladi...dh lama xmkn n betul org johor mmg suka mkn pengat ms buka pose

    ReplyDelete
  4. Waaaaaaahhhhh....sedapnya pengat keladi...mmg suka..tp jarang dpt makan, sebab jarang buat...sbab jarang buat sebab jarang dapat, oleh itu jarang lah makan...wahahaha..kira jarang2 jek..bukan kadang2 tau...hahhaha

    ReplyDelete
  5. Sedap menu.. Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera sempena kemerdekaan negara tercinta..

    ReplyDelete
  6. aku klu bt mmg nnti derhaka mat..sbb aku x mkn keladi..so aku bt nnti ltk pisang..hehehehe

    ReplyDelete
  7. huk huk.. kegemaran my 'Mak' ni..

    ReplyDelete
  8. Adui terliur nengok pengat keladi tu....kalau dekat nak jg bawa mangkuk.

    ReplyDelete
  9. mat org Johor dulu2 panggil bubur keladi atau pengat keladi yg dibubuh sagu rumbia sebagai "mahkota tehentak intan bertabur."

    ReplyDelete
  10. best tgk pengat keladi cik mat wat..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.