BEN ASHAARI

Thursday, August 26, 2010

PANDAN LEMON HONEY TEA

Pandan Lemon Honey Tea
Sejak beberapa hari ni kan, mat kena pantang terutama air batu (adoiii makk, tak tahan lah nampak ais krim raspberyy dalam freezer...), lepas tu time berbuka mat minum lah pandan lemon honey tea suam, hmm nyaman jeee.... i likeee. Semalam kan, saja2 lah ambik gambar nak share kat blog masak2 ni, bagi meriah sikit. Mat guna BOH tea yang dalam sachet tu, dia tulis "Gold Blend", memang dari dulu mat minum teh yang sama sampai sekarang ni. Kali ni mat letak 1 helai daun pandan dalam air teh. Hirisan lemon tu letak bila teh dah dituang ke dalam cawan, jangan lupa sedikit madu....madu lebah yeaa bukan madu kongsi2 tuuu...hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1200 ml air panas
2 uncang teh BOH siri Gold Blend
1 helai daun pandan, disimpul
Lemon, dihiris kepingan
Madu secukupnya..

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rendam uncang teh dalam air panas selama 10 - 15 minit bersama2 daun pandan. Tuang teh tadi dalam cawan pilihan (mat gebu dah pasti guna cawan "cun"..hehe). Tambah madu secukupnya, kacau dan masukkan 1 keping hirisan lemon. Biar sekejap dan anda boleh menikmatinya...hmmm nyamann dan segar.....hehe (minum waktu berbuka puasa yeaa...bukan jam 7 pagi!!).

7 comments:

ohoeya858.blogspot.com said...

Nyaman nyerr kalau dpt menikmati "tea O limau panas satu"..
semlm tak dapat nak try resepi sotong goreng kari C'Mat.. waaaaaa.. jammed.. hrp ari ni dpt la wat hdk nyerr..

zaitgha said...

Cuba teh Ahmad dgn mint leaf....pun nyaman jugak...

Janna Rusly said...

Salam... cian En Mat..huhuhu.. betul kata zaitgha tu..cuba guna Ahmad Tea (breakfast) pon sodappp.. tak pahit walaupun pekat.. saya dah guna Ahmad Tea sejak 2005 lagi, masaitu p London. beli la ole-ole kat sana untuk member2 opis, rupanya kat Carefour and Giant sini ada jual.. huhuhuhu

Sis-Lin said...

argggh bru lega masuk kali ni..sejuk nyaman...
Ahmad Tea? x prnh jumpa plk yek?..agak2 kat pasaraya besar tu ada jual ke?..

noorcahaya said...

cantik nyer gambaaaaa manelah tak majalh2 semua suke curik gamba awak....

Janna Rusly said...

Sis-Lin, Ahmad Tea cuma ada dijual carefour, giant. ahmad Tea ni buatan London la.

jusco and parkson and tesco jarang2ada teh tu) kedai runcit jauh sekali laaa...confirm takdak.. huhuhuhu

Teh Hijau said...

kalau sesiapa nak beli Teh Hijau Ahmad Tea secara online boleh order de kat blog saya..harap tuan blog tak kisah saya datang promote dekat sini,hehe... [Menjual Green Tea Ahmad Tea]

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.