LEMAK PEDAS TERUNG TELUNJUK

LPTT
Assalammualaikum semua, hari ni agak lewat mat letak N3, bukan apa, keadaan sungguh tidak mengizin kan, tekak dah ok, selsema dah ok, demam tak de dahhh...TAPI....suara seksi mat gebu tenggelam timbul..alahh macam mana ni, tak dapat lah mat gebu nak menggoda nyonya kedai baking, bagi kurang harga..susah lahh ini macammmm...hahaha, nak muntah ke..sabar..sabar, bawak bertenang yea semua. Jadi mat kena lah berpantang, kata tidak pada..air batu (tak relaaa..tapi terr paksa, sedapnya eskremm), benda bergoreng (curi2 sikit), yang pedas (adehh yang ni memang kena tinggal...terpaksa tau)...akhirnya ku makan hati berulam jantung Tak pe lah, ku pasrah, walau bagaimana pun aktiviti memasak tetap berjalan seperti biasa ..tanggungjawab tuu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 - 15 biji terung telunjuk
1 genggan ikan bilis tamban
2 batang serai, dititik
3 keping asam gelugor
600 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
20 biji cili padi merah*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung telunjuk, dikerat tangkai, belah dua tapi tak putus untuk setiap biji terung, rendam dalam air berisi sedikit garam. Ikan bilis tamban, dibuang sisik, rendam, belah dua dan buang tulang tengahnya, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk halus, serai titik, ikan bilis tambam dan santan cair. Kacau dan didihkan. Masukkan asam gelugor dan terung.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga terung lembut sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api...sesapa nak tambah serbuk perasa pun ok..ikut suka masing2..

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam Cik Mat..ala siannya suaranya seksi koo..hehehe tp masakan Cik Mat tetap menawan hatiku hehhheheeh..dari ptg td asyik jenguk dapur Cik Mat..ingtkn x masak erk mana boleh x masakkan nak buka apa?x kan nak melopong pulak hehheee..

    ReplyDelete
  2. salam cik mat...alhamdulillah dah sihat... dtg intai masak ape harini...hehehe...nampak sedaptu...

    ReplyDelete
  3. whoaaa aku suka makan terung..bagus utk kesihatan kan....
    aku nnti nak cuba..aku asyik msk belacan je..huhuhu

    ReplyDelete
  4. akak tgh membygkan cam ne rupa terung telunjuk.hehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.