BEN ASHAARI

Saturday, August 21, 2010

LEMAK CILI PADI TETEL

Lemak Cili Padi Tetal
Assalammualaikum, salam sabtu, diam tak diam dah masuk 11 Ramadhan hari ni, cepatnya... mat pun dah beransur sihat, cuma batuk saja yang masih berbaki. Seksa koo batuk, macam nak pecah dada, nak tersembul biji mata..adehhh..sabau jee lah aku. Tekak pulak payau nyaa, agaknya kan kalau makan "eskrim" baru sedap nihh..wahhh...kah nyamah lah sikit dalam 2-3-4-5 sudu..hahaha, tu dia, tak serik2. Hari ni mat masak lemak cili padi tetal dan mat campur sekali dengan cendawan black fungus atau cendawan telinga kera. Yang tu kalau tak suka tak payah letak, boleh ganti dengan kentang, rebung jeruk atau kacang panjang, ikut suka luu lah nyaa...

Lemak Cili Padi Tetel
Tetel tu nak rebus dulu pun ok, tapi mat cuma masukkan dalam periuk tekanan bersama bahan2 rempah, serai dan santan cair, masak 15 minit, bila dah empuk (bergantung pada pressure cooker masing2 yea), kemudian salin dalam periuk lain, masukkan cendawan, asam gelugor dan pati santan. Masak sekejap hingga cendawan masak. Tambah garam secukup rasa. dah ok..Periuk tekanan atau pressure cooker ni ni menjimatkan masa dan tenaga, terutama gas memasak. Cuma perlu gunakan ikut langkah2 yang telah diajar, jangan koo orang main belasah je guna, kang meletup, kena kat muka, dahh sopak..erkkk takuttnyaaa!!!...hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging tetel, cuci dan toskan, jika beras hiris kecil
100 gram cendawan telinga kera @ black fungus
1 liter santan cair
300 ml pati santan
3 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
Garam dan gula secukup rasa
3/4 cawan cili padi kampung*
3/4 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1 inci halia*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tetel tadi bersama serai dan bahan kisar halus, gaul dan jerang hingga tetel kecut. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih hingga tetel empuk. Jika kekurangan air, tambah dengan air panas.
  2. Masukkan asam gelugor, dan cendawan tadi, tuang pati santan dan beri perisa garam secukupnya dan secubit gula sebagai pemangkin (sesapa nak guna serbuk perasa pun boleh.). Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala. Matikan api dan boleh hidangkan..

10 comments:

kak Erna said...

salam mat..aduh..lauk kegemaran akak ni.

suzzsuzie said...

tak pernah makan la macam ni...tp nampak sedap sgt.......

ain said...

sodapnyaaa!! cerita psl tetel ni kan mat, terigt akak lst week pi tengok anak kat seremban, singgah bazar ramadhan paroi beli asam pedas tetel. time nak mkn sahur, tengok2 tu bukan asam pedas tetel, lemak semata mata. Terui tak jd makan. huhu!

MamaFaMi said...

Tetel? Oh no no...not for me. I no eat tetel... :D Selamat gue...

Siti Indrawati said...

Selamat beradu Cik Mat..ops! saya x pernah makan tetel almaklumlah masa kecik2 dulu mak n nenek ckp makan benda2 mcm tu nanti bengap..hai kata2 org tua..mcm2..tp kan tengok gambar mengudes tekakku di bulan posa ni..mintak semangkuk heheheh..

Fiza Nordin said...

cm, cube ko pangkahkan tulisan "lemak cili padi @ mat gebu" tu kat tgh2 gambo... sure deme2 tu tak syunat gambo & watermark ko lagik! ekekeeee

* cabot balik sblm cm naik hangin 1 badan!org mandi guna air, aku mandi gulai lemak cili api lak nnt!kahhhhhh

gurau2 bolan pose yek cm... ;P

hana said...

waaaaaa tetelll mana aku nak carikk! kompom sedap glosssss.. perghh! ngencess!

Mawar Melati said...

tetelan.... sedap 2.. lbey kan cili api, pergh!

Fareen Najwa said...

Salam abg cik mat gebu

Hari sabtu last week pun saya masak daging lemak cili padi, tapi versi daging salai. Bukan saya yg salai, beli kat pasar punya yg dah siap salai. Masak dengan ubi kentang. Tatau pulak leh letak black fungus ye. Mmmm... (ngah imagine rasa black fungus dlm gulai lemak)

MarDiah said...

mkn dgn roti pun sedap. hb masak style n9 2d ago...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.