BEN ASHAARI

Wednesday, August 11, 2010

KETUPAT SOTONG.

Ketupat Sotong
Assalammualaikum semua, selamat lah kita berpuasa hari ni. Berbuka apa tadi?..Mat hari ni berbuka yang biasa2 saja...yang ringkas dan yang mudah2. Cuma hari ni mat buat ketupat sotong, sebenarnya kan abah mat minta buatkan semalam...Tapi kan bukan tak nak buat cuma mat rasa malas sangat semalam...boleh macam tu?..Tapi hari ni mat buat lah, mat tak pandai nak agak banyak mana pulut untuk sotong. Tadi mat rendam 300 gram pulut dapat dalam 8 ekor sotong yang saiz agak besar, tu pun pulut ada berlebih sedikit. Mungkin 300 g tu boleh buat untuk 10 ekor sotong bersaiz besar. Kalau anda nak buat, pandai2 lah yea agak2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram beras pulut, cuci dan rendam 45 minit
250 ml santan cair + sedikit garam dan kacau rata
9 - 10 ekor sotong bersaiz besar
1 liter santan
6 biji bawang merah, hiris halus
1 camca teh halba
2 batang serai
1 inci halia, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, satukan pulut dengan 250 santan tadi, kacau dan tuang dalam bekas, kukus 25 minit hingga pulut tanak, kareh pulut tadi dan sejukkan.
  2. Sotong dibersihkan buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian putih, bersihkan juga kepala sotong. Lab dengan paper towel hingga kering. Ketepikan.
  3. Ambil satu sotong tadi dan isi dengan pulut 3/4 penuh, kemudian masukkan kepala sotong dan semat dengan lidi sate yang dikerat pendek atau gunakan toothpick, kemaskan dan buat hingga siap.
  4. Panaskan santan tadi, bila mendidih, masukkan serai, halba, bawang merah hiris, halia dan sotong, kecilkan api, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, kacau perlahan dan masak hingga kuah pekat.
  5. Keluarkan sotong, hiris dan tuang kuah atasnya sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!!

8 comments:

cikgu isza said...

salama mat,
selamat berpuasa..
ooo... namanya ketupat sotong..
saya selalu bising bila mak masukkan pulut dalam sotong tuu..
rupa2nya memang ada menu yang begitu yer..

Sarid Derus said...

salam mat;
kita dulu slalu makan gak..
mak buat..
nak buat sendiri tak pandai..
ni yg buat rindu kg halaman ni huhuhu..

MamaFaMi said...

Salaam Mat..
Ini bukan sotong kurita yang terror menelek tu kan? Ish kalau betul, mesti kaki judi semua cari ko Mat pasal ko gi makan tukang telek diorang! Hahahaha....

C-Tiey Hamid said...

Salam Abang Mat
Kali pertama kite nak komen kat blog yang menarik nih..sblm ni silent reader jer
Selalu gak la wat ketupat sotong..dedulu blm kawin tau ketupat sotong versi kelantan jer...yang kuahnya letak gula merah tuh..manissss..
Bila dah kawin ngan org Ganu, tau satu lagi versi. Terengganu nyer versi sama ngan yang Abang Mat buat nih..x manis dan rasa halba, halia n bawang..
Tapi, kedua2 versi yang kite tau, pulut tu x dikukus terlebih dahulu...pulut yang dah direndam dimasukkan terus ke dalam sotong. Masak sotong hingga la pulut masak.
Bila Abang Mat cakap pulut di kukus dahulu..terfikir gak...senang gak eh cara nih..x yah tunggu lelama..
Apapun..kite cukup suka ketupat sotong....sedappp...*

inaku79 said...

cik mat, masa kecik2 dulu saya suka btl klu kena ketupat sotong yg ada telur. mmg best la... hahaha sian kt sotong, x sempat bertelur dh ditangkap org nk dijadikan ketupat....hehehe.

yatyusz said...

Wah sedapnyer! Terus teringat kat mak di kampung. Air tangan ibu lah katakan, dia selalu buat nie bila kami adik-beradik balik ke kampung. Trg style gak cam C-tiey Hamid citer.

salsabila said...

Salam.
Cik Mat, biasanya kalau mak saya buat, kalau pulut tu lebih, masukkan je sekali dgn santan. pulut tu akan pekatkan kuah santan tu. sedap..bila makan, kami slalu kaut pulut tu banyak2 dr kuah ;)

Nor Aslinda Alias said...

Baru nak try ptg nanti...amik resepi kat sini, tq yer.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.