BEN ASHAARI

Wednesday, August 18, 2010

KACANG PANJANG GORENG ALA JAWA

kacang Panjang Goreng Ala Jawa
Assalammualaikum semua, dah selamat berbuka pastinya kan. Apa menu anda hari ni?..Mat cuma masak yang ringkas2 saja. Malam ni mat share lauk senang sangat..yang lain2 tu kemudian yea. Ini cuma kacang panjang yang pokoknya ada rumah mat, ingat lagi N3 pasal farmville Mat Gebu?...Erkk, dah lupa..aiseyy men..takpe, nanti boleh lihat disini. Kenapa mat kata ala2 jawa?, sebab abah mat ni kan dia kalau masak apa2, mesti suruh letak belacan, lagi satu dia suka makan taucho, biasalah nya, dia pun ada darah baba nyonya belah mak dia (nenek sebelah abah mat)...Jadi guaa sudah banyak kacuk, serupa itu rojak laaa nyaa...Ok, mat letak resipi senang ni, jika sudi, boleh lah mencuba...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 tangkai kacang panjang, hiris serong, cuci dan toskan
20 ekor udang sederhana bersar, buang kulit, cuci dan toskan
1/2 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam hingga lembut
1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 1/4 cawan air
1 camca besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji lada merah, hiris serong
1 biji lada hijau, hiris serong
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA ;-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, hirisan cili merah dan hijau, tumis hingga harum. Masukkan sos tiram dan belacan tadi, kacau dan masukkan udang. Biar sekejap.
  2. Masukkan kacang panjang dan soo hoon (toskan dahulu). Gaul dan tambah garam secukup rasa. Masak hingga kacang sedikit lembut tapi masih rangup dan kuah pekat. Hidangkan..

5 comments:

ain said...

salam mat...geram pulak tengok udang2 tu!!!

izahdaut said...

salam cikmat..kire goreng kering je la kan sayur nih..hhmm menarik..tapi tak letak tocu pulak?ngehehe..kang rasa rojak plak semua nk campur..kan

A-Y-I-E said...

Salam CMG... nak tanya la.. raya nanti ada kemana-mana tak? Iaitu selepas raya ke-5...

A-Y-I-E said...

Salam CMG... nak tanya la.. raya nanti ada kemana-mana tak? Iaitu selepas raya ke-5...

noorcahaya said...

ooooooo suhun kene potong pendek. patot pn kalo buat suhun melekat tak besepah2.. heheh boleh ckp bersepah2

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.