BEN ASHAARI

Monday, August 2, 2010

JOM KE FARMVILLE MAT GEBU!!..SIRI 2

Salam semua, berjumpa kembali dalam siri ke - 2 "Jom ke farmville mat gebu"..hahaha, adehh dah macam rancangan TV koo, kalako pun ada, sebenarnyakan ini n3 selingan sebelum mat letak apa2 N3 masakan, saja lah kita kongsi apa yang tau, dunia masak2 ni kan luas, selagi ada benda yang berkaitan masak2 kita boleh buat N3. waima pinggan mangkuk pun boleh, tapi yang tu dah ada blog sendiri (disini...), jadi tak payah leer nak menyibuk kat blog masak2..tak gitu. Ok jom kita sambung lagi dalam mengenal pokok yang ada di farmville mat gebu...jommmmm....


Tuu belah kiri tau tak pokok apa?..Yang tu lah pokok kacang panjang..nama botani ialah "Vigna unguiculata sesquipedalis (L)"..perghh patut nama kacang panjang, menjela nama nyaaa...tu baru nak berbunga, tapi kan pokok ni cepat tau..kejap je nanti dah banyak kacang berjuntaian. " Solanum melongena " atau nama melayu ni terung telunjuk, yang ada di farmville mat, pokok nya tahan lama dan rajin menghasilkan buah..sampai tak termakan dah...comey kan terung tu, ala2 jari mat gebu u..hehehe...


Jeng..jeng..jeng...pokok apa kah itu dalam gambar kiri?...ada kah pokok limau kasturi?..Limau nipis atau limau tambun (batuk2 kak ummi). Kalau dah daunnya bersenggan ala2 no 8, sah2 lah itu pokok limau purut @ kaffir lime kata omputeh, nama botaninya ialah "citrus hystrix", penggunaan daunnya lebih meluas, bahan paling penting untuk memasak tom yam, di samping tu boleh dicampur dalam kerabu, rendang dan serunding (tapikan abah mat pernah tanam dulu satu jenis pokok limau purut tak de pinggang, rupa macam daun biasa jee). Sebelah dia pulak tu pokok apa?...Haa, apa? limau purut?...ishh sapa lahh yang ajar tuu (Cekgu Ben kah?..erkk, ampon!)..Itu lah limau kasturi atau " Citrofortunella microcarpa" nama dalam buku botani. Paling popular lah senang kata, bayangkan makan sambal belacan tak de limau kasturi...mana ada kick..mati napsu!!....


Kenal daun meranti?..Kalau anda orang jawa, tak kenal daun meranti, sah2 bukan jawa ori, gambar kiri tu lah pokok meranti, daunnya ada rasa lemak2 pahit dan sedap dibuat masak lemak dengan keledek, goreng pedas, atau dibening. Nama saintifik bagi pokok meranti ialah "solanum americanum miller", yang mat tau dia ada dua jenis, satu meranti hutan, daun besar2 dan satu lagi jenis kampung, daun kecil sikit. Ok sebelah tu pulak kita panggil daun selasih @ sweet thai basil, kat eropah pun ada juga daun selasih, tapi ada perbezaan sedikit. Nama saintifik bagi selasih ni ialah "ocimun sanctum", ada lagi satu jenis kita panggil daun kemangi, orang peranakan suka guna herba2 macam ni dalam masakan mereka..


Perasan tak ada tersentil beberapa biji buah anggur tu?..Beberapa hari lepas kan, kami dapati pokok anggur di farmville mengeluarkan buah yang pertama setelah hampir 3 tahun ditanam. Waaaa..bessnyaa, anggur atau "vitis vinifera" dalam bahasa botani berasal dari kawasan medditerranean. Harap2 anggur tu dapat lah bertahan. Ok lepas tu kan tadi mat tengok belimbing buluh atau nama saintifiknya "Averrhoa bilimbi"tengah berbuah juga tapi tidak berapa lebat. Belimbing buluh merupakan tumbuhan biasa bagi kita orang2 Malaysia, terutama di kampung2, boleh dikeringkan dan diguna dalam masakan sebagai pengganti asam gelugor....


Ini mat nya feberet, cili padi juga dikenali sebagai "Capsicum frutenscens", walau pun kecil, tapi kepedasannya menyengat. Kat rumah kami pokok2 cili tumbuh semulajadi, mungkin sebab dari najis burung. Tu pic yang mat ambik, dia tumbuk bawak pokok limau kasturi. Ok gambar last tu apa?...Haaa apaa, pokok lalang!!...haha, tu lah serai atau serei kata orang2 nyonya melaka. Nama botani serai ialah "cymbopogon citratus"..payah nya nak sebut. Kegunaanya meluas, sangat penting dalam masakan orang2 melayu, siam, indonesia dan peranakan. Benda ni wajib ada bagi setiap rumah2 orang melayu (dan peranakan)....Arghh terus ngantuk dahh ni, rasa nak tidurr laaaa.. Ok dulu jalan2 ke farmville mat gebu, insya allah kalau mat pi ke farmville lain, nanti mat share lagi....byee dulu dan salam sayang paling hangat dari mat gebu untuk semua...

17 comments:

Neny said...

waaa..mat..sy mmg kagum la ngan org yg rajin bercucuk tanam ni...ni la baru farmville ada hasil namanya...kalau setakatc FV kat FB tu buang masa je la..mcm la boleh petik buat makan pon! mudah2an balik mesia ni rajin la sy bercucuk tanam cam mat!

MamaFaMi said...

Cemana pokok kat Farmville ko ni gumuks gumuksss belaka ye? Ko boh baja apa Mat? (Mintak mintak janganlahhh dia cakap baja asli!). Mmm cam terujalah...mama pun nak ameklah gambar farmville mama... eh, mama ado ko farmville.. pasu ville adalah...ahahahaha

ina said...

seronoknyerrr....mcm2 ader.. nk msk, jeling2 jer farmville tu... fresh pn fresh...ni rasa nk bercucuk tanam jgk ni...hehe..

Mat Gebu said...

salm neny...
Hahaha, kami ni dok kampung, tapi pokok tu, hasil tangan dari ahlik keluarga saya sekali..

salam mamafami...
Hahaha, baja asli but no from me lah hoo, guaaa guna baja ayam, kalau itu kimia punya ok juga cuma dia tak bagus utk tanah, tanah jadi keras..not so good...mama panas gak N3 Pasu ville...hehe

salam ina...
Yess..jom berfarmville real punya. tapi kan kalau kat kampung, tanah luas, bes kan tanam2 ni, exceli kami dok kws tanah "lot", tak besar sangat..

azila said...

salam..wahhh,teruja btol tgk tanaman en.mat neh.cerah biji mata baca entry neh, nak2 lagi siap tanam anggur lagi.kagum btol..erm..pasni saya nak try tanam kacang panjang la plak..hehehe

ohoeya858.blogspot.com said...

Salam. Sehat awk hdk nyer Che Mat.. Awk ni mmg rajin la Che Mat.. Manyak mende ditanamnya.. Tp mmg tau.. Yg pokok kunyit kt 1st post tu kita 1st time taw tau he3.. Ni d tmbh lg..

DeLLa said...

suspen je..ingatkan nk tepek gambo farmville FB..hehe...faramville real cenggini la ok..mcm mak sy kat kg..kat FB tu buat ape ye dak?jeles aaa tgk cik mat ni...serba serbi berkebolehan!!

Sally said...

Salam CMG..seronok kan bercucuk tanam ni..nak2 pula tanaman menjadi, jeles tengok anggur mat tu..

Ummi said...

Wawaaah..pagi2 terasa diri sendiri masuk kebun laaaa...bestnyaa...eh nnt akak pi rumah ko kan, xnak la tgk pinggan mgkuk ko semua, bkn dpt bwk balik pun...Baik akak jelajah belakang rumah n keliling rumah ko, dpt gak petik anggur, petik belimbing, petik terung, cabai segala..nak2 pokok telang, basil tu haa..susah tul nak hidup...Wah akak baru nak tanam anggur, ko dah tuai hasil..wahahahaa..xpa akak tanam stoberi, dlm plastic bag cam kat CH tu kan..atur beg2 terus masuk ke dlm tingkap rumah akak, terus ke ruang tamu..nnt sapa2 dtg, petik je laa..kan kan...uwaaaaa...hanya mimpi di dalam mimpi...aduiiii...Mat, jari telunjuk ko tu cuba ukur dgn terung telunjuk tu...sama saiz ke tak? ekekeke...Apapun, mmg kagum, nasib baik limau tambun xda...tu budak Ben dah kenal ke limau2 purut n kasturi tuh? hehehe

KC said...

rajinnyer berkebun...jeles saya hehe

z.r.k.z said...

caiyok cikmat! teruskan membagi inspirasi!

-pn.zaza

selipar buruk said...

saya sangat suka tgk blog MG ni. tanaman dia subur, gambar lawa, menarik. Ko memang DBOOOOOOOM MG. Aku bg 5 bintang

MAMASYAZA said...

cili padi n serai sudah semestinya wajib ada kat blakang umah

Kak Rose said...

Mat, rajin nya ko... nak masak je pi keliling rumah suma ada dah.... kak rose nak gak tayang pasu ville yg seciput nih....tp tanam pokok cili asik mati jer... apa petua ya?

Suejoshua said...

Waaaaaaaa Mat, sukernyer aku tengok farmville nko! mesti masakkan nko selalu sedap2 kan cz dapat bahan2 pun yang segar...
Aku kalau tanam apa2 pun akan kojol Mat! tangan takde ong! selalu kalau nak tanam apa2 aku akan suruh mak aku tu, dia main campak jew dah boleh tumbuh! aku kalau main campak, jadi sampah jew Mat! haru toL!
Apapun teruskan dengan usaha nko tu Mat, semuge menjadi peladang berjaya..hehe :D

Lady Waleane said...

besnye farmville mat...

Aida Awie said...

byknye pokok yg saya xde... best kalau dapat melawat blog2 camni. Letak lagi gmbar2 pokok edible garden ye. xpuas tgok. sy pun tnm serba sediki, tp pokok2 yg xgna byk ruang je. maklum ruang kecik... singgah jenguk backyard saya nnt.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.