BEN ASHAARI

Monday, August 9, 2010

GULAI SIPUT BEREMPAH

Gulai Siput Berempah
Salam dan berjumpa lagi dengan N3 sebelum masuk tidur..hahaha, aneh je bunyinya kan, boleh percaya ke mat gebu tidur awal...tatau nak kata mat ni mata kadang2 payah nak lelap, ada sekali tu tidur jam 4 pagi, jam 5 aku bangun dahh...huk alahh...jangan bulan puasa aku tidur terus tak bangun2 sudah laaa....erkk. Anda makan siput sedut?...pasti ada yang tak makan, tapi mat gebu semua makan yea, jangan tatau, tempoyak, budu, cencaluk...bolehh....tak de hal punya. Ok ni nak share gulai siput berempah, macam masakan biasa2 je, cuma ada tambah rempah ratus dan guna daun selalsih. Saja share kot2 lah boleh tambah idea anda untuk memasak esok hari....Jom kita tengok resipi dia, macam mana lah agaknyaa kann...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kilogram siput sedut
1 pokok sedang keladi sayur
2 batang serai, dititik
1 genggam daun selasih
1 keping asam gelugor
1/2 inci lengkuas, dititik
800 ml santan cair
300 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
7 biji bawanh merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1 1/2 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput dicuci bersih, kerat hujungnya sedikit, anggaran 3 senggan cengkerang siput tadi, buat hingga siap dan cuci kembali dalam air yang banyak. Cedok keluar siput menggunakan tangan untuk mengelakkan sepihan kulit terikut. Asingkan dalam tapis. Keladi sayur tadi dibuang kulit luarnya, kerat2 dan celur dengan asam keping sehingga lembut sedikit, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan siput, bahan kisar halus, sera, lengkuasi dan asam gelugor. Jerang atas api sekejap. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan batang keladi tadi, santan pekat dan kacau.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah daun selasih dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan lauk2 yang lain....

6 comments:

cikgu isza said...

salam mat,
siput oh siput..
kampung saya kat sungai siput,
memang banyak siput sedut..
masa arwah opah ada.. kami selalu redah sungai cari siput..
boleh dapat dalam satu guni 25kg tu..
kenyang anak beranak..

paling suka buat gulai kembahang.. perghhh..

kembahang pun dah susah nak jumpa.. huhuhu

Sueozana said...

Salam Mat..

Sedap nampak gulai siput Mat ni.. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak n selamat berpuasa kak Sue ucapkan kpd Mat n family. Semoga diberkati Allah..

Nanti bulan puasa kak Sue skodeng dapur Mat lagii...wslm.

Kak Rose said...

mat, mengancam sungguh gulai siput tu, ari tu tengok kat rumah yat maria... skrng kat sini lak... berjangkit jangkit... dan selamat berpuasa pada mat dan keluarga....cis! jangan sebut x bangun2... nntii x dapat resepi yang sedap2 lagi.

dbalkis said...

wah..favourite ni..nanpak menggiurkan..cume lama sket la nak berperang dengan siput tu sebelum dia masuk periuk kan?

Shereen said...

My favourite ni..orang Baba panggil 'siput nyonyot' and some x-rated punya panggil 'siput hisap p#*@*#*'.Kat NZ ni memanglah tak dapat cari.Balik Msia nanti I nak makan sampai muntah!!

Sabrina said...

Makkkkk nak makan siput sedut masak lemak cili api.. balik je kampung nanti nak request kat mak gini bleh ke? Hehehehe.. Sab rasa takleh lah jenguk blog Mat selalu.. sakit jiwa dibuatnya tgk semua makanan ni.. Hik hik hik

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.