BEN ASHAARI

Friday, August 13, 2010

DULU 5 SERINGGIT, SEKARANG 4 SERINGGIT.

kuih 4 = rm 1
Assalammualaikumm....Wahh...lepak jee...excelikan puasa tahun ni agak mencabar juga, bayangkan baru masuk 3 hari, mat sendiri semalam nyaris nak "pancit" koo...ishh segan jee, tapi masih maintane, lepas masak dalam jam 6 petang tu, tiba2 mata aku berpinau koo, mcm nak pitam...waaaa..ini sudah mendatangkan keraguan. Lepas duduk sekejap dia ok dahh. Ha N3 selingan ni mat nak share kesah semalam petang. Abang mat, bonda dan bak (ayah), pi ke Rengit dan mereka singgah satu gerai menjual kuih-muih melayu dia satu tempat ni nama "Sungai Besar" terletak antara jalan Benut - Rengit.

Tahun lepas kan dia jual kuih sekeping 20 sen.. Lepas tu rasa kuih pun not bad, and saiz pun sama standard dengan kuih yang 3 seringgit tu. Tahun ni harga dia naik dah tapi 25 sen satu, kira murah lah tu memandangkan harga gula semua dah mahal. Gerai ini cuma beroperasi di bulan Ramadhan sahaja. Mungkin juga mereka ni bukan lah nak duit sangat,. Mereka berniaga dan beramal jariah dalam masa yang sama. Moga Allah memurahan rezeki mereka..Insya Allah...

17 comments:

mannira said...

en mat..kat kl..ni 5 biji RM2.00 dah tak de kuih yg RM1 3 biji dah... nak dpt yg 25 sen pun..mmg tak la kan...

anis said...

salam mat.
masa sahur tu cubalah mkn spirulina, insyaAllah. Selamat berpuasa ya.:))

~ Mummy Gee ~ said...

Ok lagi tu Cik Mat kuih 4 singgit. Kat KL ni sekeping at least 40 sen, klu popih dan 50-60 ... susah dah nak cari yang 3 singgit. Tp kat kg saya di PSulong, BP boleh beli kuih 5 singgit. Saiz besar dan rasa sedap...

azila said...

salam..en.mat, kat cafe ofis kuih 50 sen dah satu....huhuh

PUTUBAMBU said...

ish..ish..ada lagi org jual kuih ngan rega semurah itu yek..

kalau kat tgh2 KL ni..kuih yg 50 sen pun..kecik jek... 3 x kunyah dah selesaii mat oii..!!

semoga Allah murahkan rezeki mereka sekeluarga..aminnn..!

hana said...

waa matttt.. tuh sedara aku tuhhhhh! wakakakakakaaa..

..nOj.. said...

masih murah lg tu. kat tempat2 lain dh 5 2.00 dh. moga murah la rezeki diorg ni. bersedekah sambil berniaga

Janna Rusly said...

semoga bertambah2 lagi rezky buat keluarga yang menjual kuih RM0.25 tu. ameen..

En Mat Gebu yg Gebusss.. Pasar Ramadan kat Putrajaya ni lagi hebat.. RM0.50 sebiji, dah lah tu size kuih tu kecik,,tak berbaloi pun.

~~zAnAfAhMi~~ said...

selamat berpuasa mat...
murah ler tu, kat Sabah ni lagi cekik darah, kalau sedap tkpe la, berbaloi jugak tapi....hemm...buat sendiri lg sodap!

cplud miera said...

salam. murah la tu mat, kt nilai ni rm2 5keping je..huhu~ bykkan mkn kurma wktu shur tu

Ummi said...

Alaaa Mat, apa lah sangat harga kuih tu dibandingkan dgn kesedapan air tangan mokcik tu haaa..ko kira sedekah je laa...xpun bg teko sebijik kat dia...gerenti dia jual murah2 lepas nih kat ko..hahahhaha

Aishamirafiq said...

Mat... murah sgt tu...kat Singapore tak dpt harga mcm tu tau... Nak mkn buat sendiri lagi untung & sedap... hahaha.... Terima kasih laa pada mat kerana share resepi kat kita org nie...

izyanty collection said...

kuih 10 sen pun ada gak cini..tapi kecik2 comel yang penting sedap..

Ya ALya said...

baru tahu kt johor ada nama tempat sungai besar,sama lak kt tempat saya ni,tapi negeri selangor la....

kt tempat saya masih ada lg kuih harga 20 sen,tapi kt kantin sekolah saya la.kalau area lain 25 sen sebiji la...

moga dimurahkan rezeki mereka sekeluarga

Fid said...

mat gebu
keropok lekor yang kemetot2 tu pun sekarang 4 seringgit dulu panjang tapi 5 seringgit
diesel naik tangkap ikan kos pun naik kot heheheh
Fid
http://yuitsumuni.com

geraugebang said...

dah dekat dengan umah kita tu...

ecah said...

mat, ecah nk pulang ke kg (perak)..mknn murah2..kt shah alam ni bapak mahal..even area student pon price stil same..

I AM A MUSLIM!! NOT A TERRORIST!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.