BEN ASHAARI

Saturday, August 14, 2010

DAGING KUNYIT BERKENTANG

Daging Kunyit Berkentang
Salam semua, dah bersahur ke?...Mat pagi2 ni makan daging goreng kunyit..mmm dengan nasi panas..wahh...nyaris tak sedar diri...ngeriss kan. Ni masak sikit je sebab daging tu berbaki dalam 300 gram. Resipi ringkas2 saja lah untuk bulan ramadhan ni. Kalau yang to complicated nanti orang kata leceh. Kalau hujung2 minggu ke lain lah kan. Mat masak lain sikit gayanya, ala2 ungkep, masak sampai jus pada daging tu kering, dan akhir sekali mat masukkan sedikit minya masak bagi garingkan daging...Ok jom semak resipi, nanti boleh masak untuk berbuka puasa pulak....Layannnnnn....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
1 biji kentang, kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 biji lada merah, hiris
1 biji lada hijau, hiris
1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam (seeloknya siapkan sebelum anda masuk tidur). Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan kuali, masukkan daging tadi, kacau dan tuang air. Bila mendidih, kecilkan api dan masak hingga daging lembut. Masukkan minyak masak, gaul rata dan biar daging sedikit garing.
  3. Tambah kentang, hirisan bawang, hirisan cili hijau/merah dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...hmmm...no comment yeaaa...

7 comments:

geraugebang said...

Salam,
Mat...beriya sahur ek...

Mat Gebu said...

salam gerau...
Hahaha, makan ni je dgn nasi..tapi pepagi manalah lalu sangat...PAKSA!!

izahdaut said...

cikmat...very good idea..bleh try esok tuk sahur!!maceeeh

Sarid Derus said...

salam mat,
memang dok tengah carik idea nak masak daging yg simple..timakacih..:)

lady D said...

alaa...xle nak try masakni...hubby gout..xle makan daging..hmmm...btw, smlm berbuka baru try mat punye resepi asam pedas melaka...and hubby puji sedap giler...tq for the recipe:))

hana said...

alapakkkk.. best nihh! nak tiru wat sahur lah! kompom aku makan banyak! wakakakakaaa

LINA said...

da masak semalam...sedapla,suami pon puji..tq mat gebu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.