BEN ASHAARI

Tuesday, August 31, 2010

BISKUT CORNFLAKES LEMAK

Biskut Cornflakes Lemak
Ok..nak share resipi biskut derhaka..hahaha, mat gebu, kaki derhaka yeaa...aiman tak kesah..."kamesah"..kan mamafami. Tapi ini biskut kan sedappp, halus dan cair di mulut..lagi kalau jenis mulut naga, lom sampai lagi dah cair, kena bahang dia. Resipi asal dari Puan Aini Salim yang femes di Singapura tu, tapi mat guna bahan2 apa yang ada, menjadi pulak dan sedapp..alah mat gebu, takkan kata tak ok, dia yang buat..ehh..serius wak..kalau tak caya nanti boleh try, jgn terus buat banyak, buat 1/2 adunan dulu...Tanpa berlengah lagi dan membuang masa membebel, jom kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
140 gram mentega berkualiti tinggi
180 gram tepung gandum*
100 gram tepung kentang (boleh beli di kedai baking yeaa)*
80 gram cornflakes, kisar halus*(*A)
65 gram gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 kuning telur

BAHAN HIASAN :-)
1 kuning telur, untuk disapu
Gula manik warna-warni untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh.
  2. Bagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran. Alih ke dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur guna manik warna-warni tadi. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

9 comments:

Kengkawan said...

ada ya tepung kentang rupanya... kena cari nih

ijad said...

cik mat gebu budaknya nakal
suka curi jambu
blog dia terkenal
tiap hari ada resepi baru

Siti Sadiah said...

Apa penganti tepung kentang? kalau tak ada mcm mn?

Mat Gebu said...

salam kengkawan...
Ada..boleh beli di kedai baking..

salam ijad...
Hehehe, tak sempat nak balas pantun..apa2 pun terima kasih yeaaa..

salam siti saidah...
kalau tak de,boleh ganti dengan tepung jagung..

yangbaik said...

nampak cam sedap jer...
mesti nak cuba
tapi bila nak buat
bibik dah nak balik endon
huhuhuhu

Orang Kecil said...

salam..kalau guna tepung kastad? dan gula aising tu ganti ngan kastor..leh x?

Siti Sadiah said...

Thanks! sudah pun buat with mash potato flakes instead sbb tepung jagung tengah tak ada kat pasaran kat sini. It went great and anak2 pun suka...Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga kat Havana, Cuba...We like your blog...now nak cuba nasi mentega kismis and daging pandan tomato pulak for Raya..maybe kena substitute with ayam..

Liza @ Adzriel AB said...

intai resepi..

Fara Kecik said...

Apa yang derhaka?nak tau resepi asalnya, boleh tak Mat?