ASAM REBUS PERIA & IKAN MASIN

Asam Rebus Peria & Ikan Masin
Salam sahur semua...wahhh, dah bangun ke?...Ada yang menonggeng2 lagi tu...haha, cepat dah nak time ni, kang siang haus, mula lah mata berpinau, ada tu juling terus. Teringat anak buah mat dulu, kalau bulan puasa, dia makan oren, dah lah tu siap bunyi2.. "slruuppp" depan kita time2 tengah hari..ya allahh!!, keji kan, sabau je aku. Pagi ni sahur satu lauk dah banyak kali ulang, tapi bukan menjadi kegemaran semua betul tak?.. Peria katak yang pahit tu, berapa kerat sangat lah orang yang suka betul tak. Tapi bila dimasak asam dengan tulang ikan masin kurau, perghhh..sedapp nkooo...hehehe.. Ok jom semak resipi campak2 ni yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji peria katak, saiz besar
4 keping tulang ikan kurau masin
2 helai daun kunyit, disiat
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
15 biji cili padi merah siam*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/3 inci belacan*
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria katak dibelah 2, buang biji dan belah, tapi jangan putus untuk setiap belahan. Cuci dan rendam dalam air garam. Ketepikan. Tulang ikan masin kurau, dicuci dan rendam 20 minit.
  2. Satukan, bahan2 kisar halus, tulang ikan kurau, asam gelugor dan air, kacau dan jerang hingga mendidih. Masukkan peria katak (toskan dahulu). Biar masak, tambah garam secukup rasa, daun kunyit dan secubit gula. Bir mendidih, rasa dan jika ok boleh matikan api..

Post a Comment

3 Comments

  1. moning abg mat! ahaksss... peria aku ader lg setengah bijik! tp itu ikang masin tadakkk! huH! nape la tercampak kat negara xde ikan masin nih!

    ReplyDelete
  2. Salam CMG..wah sedapnya nengok ikan masin ni...meleleh air liur daku..

    ReplyDelete
  3. Patutnya kat atas tu kena tulis, dilarang keblog ini pada waktu siang dibulan puasa kerana dikhuatiri tak dapat menahan nafsu. hhehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.