BEN ASHAARI

Tuesday, June 1, 2010

SINGGANG IKAN.

Singgang Ikan
Salam semua, N3 terakhir dari pak tua yang tak berapa nak sihat sangat, lauk2 orang sakit..boleh juga makan bagi wanita dalam pantang, atau yang tak pantang dan juga yang pantang nampak. Ini singgang ikan jenis semua main lebur, dan rebus saja, tak de minyak2 bagai. Tapi singgang yang mat buat ni sedikit masam, biasa lah orang tekak tak sedap memang nak makan yang masam2 sikit (hahaha, koo orang jangan ingat aku ngandung pulakkk!!).. Mula2 macam malas nak masukkan dalam blog, tapi saja lah letak walaupun dah banyak kali ulang tayang...alahh astro tu koo orang bayar, rancangan dia pun ulang tayang banyak kali juga...kesahh kee?...tak kann?... Yang ni free, tak yah bayar, jadi layannnn jeee lahhh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan saiz besar (tak ingat nama, boleh guna 3 ekor ikan kembong)
4 biji cili hijau
3 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1 biji bawang besar, dihiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci kunyit hidup tua, diketuk
1/2 inci halia, diketuk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan, cili hijau dibelah 2 tapi tak putus, ketepikan. Dalam periuk, satukan bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit hidup. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan masak hingga mendidih.
  2. Tambah cili hijau, kiub ikan bilis, asam gelugor dan ikan tadi, kecil kan api dan masak hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan juga secubit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun bolehh..).
  3. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...sedap u hirup2 kuah dia masa hangat tuuu...hhmmm...

11 comments:

Ummi said...

Mat, tiba2 akak pulak rasa nak demam menjelang wiken nih..apasaiii eh..hadoiiiii...hehee, tp x la seteruk ko rasanya...ahakss!!

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
Hahaha..ayooo kak, baik cepat pi bercuti..ke tioman...kalau nak bes lagi ajak abg pi rumah hana kat Jepun tu...hehe

Sheriffa said...

Salam...xper ulang tayang pun...sy suka...hehe

My Life My Journey.. said...

Memang sedap kalau masam2 kan Matt.. Warna kuning tu bangkit selera, makan dgn nasi panas2 mau dua tiga kali tambah ni.. Lepas tu hirup kuah dia.. huaaaaaaaa tak tahan, nk blk Msia cari ikan fresh2 masak pindang...!!!!!!!

selipar buruk said...

singgang la sedap. lagi bertambah mkn tau

rafidah said...

Salam Mat,

Kekadang bahaya gak makan hok yg rebus-rebus ni, sbb da sedap asek nak tambah nasik je..

anna said...

salam cik mat,
saya anna. baru kat blog cik mat ni. saya mula kenal cik mat ni kat myresepi. nak ucap makasih bebanyak sebab kongsi resepi. mintak halal ye sebab saya dah cuba beberapa resepi. alhamdulillah menjadik n gebus mcm tuan nye name gak.. tahniah gak nak ucap kat cik mat sebab masuk jelita bulan ni. syabas gak kat cik mat sebab sudi berkongsi dgn kami semua.moga Allah membalas ilmu2 masakan yg cik kongsikan.

Penyulawa aka Mama Ghock said...

gaya cam ikan tongkol tu... ikan cencaru pun sedap di singgang... mmg my favourite nih...

Yatie said...

singgang pun sodap...
aytie, sawanila.com

Aziela said...

Salam Cik Mat....

Sukernyer saya bila baca posting Cik Mat. Kalau ulang tanyang ke..baru ker...saya x kisah...saya rasa semua macam baru jer....

Moga Cik Mat cepat sembuh la yer... Ini idea nak masak ujung minggu nie la rasanya. Singgang ikan kembong ( singgah Pengkalan Balak jap masa nak balik Melaka, carik yang fresh ), sambal belacan dengan ulam and jantung pisang rebus....nyum..nyummm

Minta halal resipi yer Cik Mat.....

haha said...

cik matt, arwah mak saya dulu dia tambah daun kunyit muda, koyak2 kn campak dlm priuk...pehh...harum bau nyer..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.