BEN ASHAARI

Wednesday, June 23, 2010

REBUNG MASAK LEMAK.

Rebung Masak Lemak
Assalammualaikum, salam Rabu, macam mana hari ni, semua ok ke?...Kampung mat tengah hujan masa N3 ini sedang ditulis. Sejuk sikit lah. Hari ni mat masak satu lauk biasa. Ala2 peranakan, rasa macam dah lama juga tak masak lauk2 nyonya ni. Masakan mereka tak lari jauh dari kita orang2 melayu, sama je. Kebetulan ada rebung, jadi atas permintaan mat masak lah lemak, tapi kita twist sikit ala2 peranakan, namun masih mengekalkan citarasa kemelayuan, ok jom kita layannn pantun dulu, lepas tu baru resipi....

MAIN CEKI TEPI JENDELA,
SAMBIL BERMAIN, MAKAN SIREH,
INI LAUK SENANG NAK MASAK LA,
TAK KIRA USIA SEMUANYA BOLEH..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g rebung, hiris nipis, celur dengan sedikit garam, toskan
300 g udang, dibuang kulit, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat2
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah (mat guna cili kaler "oren")
1/2 inci belacan
9 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebung dihiris nipis, kemudian rebus 5 minit dengan sedikit garam, toskan. Udang dibuang kulit, cuci bersih dan tos. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan rebung, serai titik, udang dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Jerang atas api hingga mendidih. Kecilkan api dan terus memasak hingga rebung lembut.
  3. Tambah asam gelugor, santan pekat dan daun kuyit. Perasanakn dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan lauk2 lain..
CATATAN MAT GEBU : Rebung tu ada juga orang celur dengan air kelapa, dan hasilnya rebung bertambah manis. Kalau nak masak dengan daging salai pun sedap, tukar cili tadi kepada cili padi...

12 comments:

aisybasyirah said...

OOO saya baru tau nyonya pun makan rebung ya Cek Mat..Sedap...nye..

CekWa said...

best.. mmg kegemaran saya.

Suejoshua said...

Lauk2 jenis yang lemak2 ni memang selera aku r Mat, memang terseksa mata ku melihatnya apatah lagi tekak aku, sib baik kat sini ada gak rebung walaupun aku pernah beli dengan harga Dkk45(Rm38) sebatang kecik, dah r belum diproses, kena potong sendirik dengan bulu2 sikit tu buat tangan aku miang lagi, tak berbaloi rasanya! kalo kat Mesia dah siap bungkus2 dlm plastik kan...huhu

CT NoArIzAh ArIs said...

Suka sgt lauk ni tapi skrang tak ada geng nak mkn kt umah.

Siti Indrawati said...

Hai Cik Mat..memang sesuai bebenorlah lauk ni time hujan2 n mendung2..sungguh menyelerakan tekakku..

Datin El said...

salam che mat

hujan2 pekena lauk mcm ni mmg sodap ..kalau org perak suka bubuh tempoyak sikit dlm kuah ni..

mat main ceki tu camne ek..

Mat Gebu said...

salam aisybasyirah...
Yess...kaum cina dan peranakan antara penggemar rebung, selain kita orang2 melayu..

salam cekwa...
Hehehe, saya jugaa..

salam sue...
Tuu dia, harga, kalau kat mesia tu mau anak beranak, siap ajak jiran sebelah lagi, makan sama..tapi tak kesah lah sue..janji dpt..

salam ct...
Uik, ada ke yang tak suka makan. tapi kalau tak de geng pun tak bess juga makan2 ni..

salam siti...
betul tu, time2 hujan ni bess kan makan lauk mcm ni..

salam datin el...
Masalahnya datin, kat rumah saya ni ada yg tak makan tempoyak, kalau saya semua jalannn jeee..pstt datin, ceki tu tak bley main, "haram"...tu kan ala2 permainan mahjong bagi nyonya peranakan, ala biasa lah datin depa tu "macam" je melayu tapi masih cina, tu yg terror main judi..lagi pun mana2 bibik peranakan yg kaya2 kan, depa suka show off u, berlagak kan..ni kalau lah ada nyonya2 peranakan baca, sah2 saya kena carut 10 kg dgn dia org...erkkk...

naqhiah khalida said...

bestla..boleh try nih.dlm peti ais masih ada stok rebung.(^__^)

syalinda johari said...

my fevret recipe neh.. sedappp

Mat Gebu said...

salam naqhiah...
Cuba jgn tak...bagi feedback yea lepas tu.

salam syalinda...
Rebung masak lemak ni kegemaran ramai kan...

aibaks said...

masak lemak rebung.. pergh.. memang lazat.. lg2 klu dpt rebung yang muda.. uhu...

Sakinah said...

Salam,

Wahh rebung fevret saya..nak try la pula resipi ni. Ikan pari masak kari dan soto ayam dlm list nak masak minggu ni.tak pernah masak lagi.tertarik betul dgn masakan CMG.