BEN ASHAARI

Wednesday, June 23, 2010

KEK CHIFFON GULA MELAKA.

Kek Chiffon Gula Melaka
Assalammualaikum, selamat pagi semua...Terkejut kee, tengok pagi2 buta dah ada N3 kek chiffon di blog mat gebu. Alaaa, jangan salah faham, kalau pagi2 buta macam ni dah ada N3, apa lagi sah2 leer auto publish...tul tak. Ok, sebenarnya ni projek semalam, biasa lah sebab pada mat kek chiffon gula melaka ni nampak macam "rare", kalau chiffon pandan ke, coklat ke, macam dah biasa. Tapi kan satu keistimewaan kek2 chiffon ni, ianya cuma guna minyak jagung atau minyak masak, dah lah lembut, gebu pulak tu. Sesuai untuk orang berusia, dan juga yang kurang bilangan gigi (erkk..terasa tauu, sebab ai pun gigi kurang...hehe)...

Kek Chiffon Gula Melaka
Resipi asal mat dapat dari blog geng masak2, orang yang berada di seberang tambak sapa lagi kalau bukan "Ayu Singapore"...Terima kasih pada Ayu sebab sudi berkongsi resipi dan mat pulak seperti biasa termenderhaka sikit dari resipi asal, sebab ikut bahan2 yang sedia ada....tapi alhamdulillah menjadi dengan elok...nasib baik..hehehe...

BAHAN-BAHAN "A" :-)
4 kuning telur
3 camca besar minyak masak
95 g gula melaka, hiris halus*
65 g air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*disatukan, masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan)
95 g tepung kek (mat guna tepung gandum)
1/4 camca teh baking powder
15 g sebuk santan segera
Secubit garam

BAHAN-BAHAN "B" :-)
4 putih telur
30 g gula halus
1/4 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, siapkan tin chiffon berukuran 23 cm atau 9 inci, tak payah disapu mentega atau margerine. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 "A", kacau dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar, tambah cream of tartar, putar hingga putih telur kental. Ambik 1/4 putih telur tadi dan gaul rata dalam no. 2 hingga rata.
  4. Tuang bancuhan tadi dalam baki putih telur dan adun dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit hingga masak.
  5. Terbalikkan tin kek dan biar ianya sejuk dalam keadaan terbalik. Kemudian sisip tepi tin dengan pisau tajam, tarik keluar dan sisip pula bahagian bawahnya. Tanggalkan dari acuan dan boleh dihidangkan.

11 comments:

hana said...

ohaiyouuu pakcikkkk! aku dtg pg2 neh! ko nak tau tak! aku br jerk mencipon resepi ko smlm! lom sempat masuk n3! arini nampak cipon lain pulak! haiyaaaaaa.. ini kalang asben aku ckp, dh xde kuih lain ke nak buat! wakakakakakakakaa.... ahh! tak kira, masuk list minggu depan! muahahahaaa...

Watierman, rmanbkr said...

Salam Cik Mat....Akak nak tanya soalan suci belia gitu...kalau tak guna loyang chiffon tu boleh tak? Akak kalau buat guna loyang lubang tengah juga tapi untuk kek biasa tu..ala bundt pan tu le!yang non-stick tu...Boleh tak Mat! TQ ya Mat!..Dah teringin sangat nak buat ...orang kata try...barang sebiji..yang kecik pun jadilahkan!

Siti Indrawati said...

Salam Cik Mat..aduh hai celik mata tengok blog Cik Mat dah ada kek pulak..mesti sedap ni sebb jarang2 dgr kek chiffon gula melaka..bila nak buat ni?apa pun wa caya sama lu lah hehehehe..

Rin said...

assalamualaikum..cik Mat, first time rin post comment kat blog cik mat ni.......gebusssssssss!! memang tergoda sesangat tengok kek2 cik mat ni...:-)

Ummi said...

Mat...waaaah pakat2 mencipon belaka eiiii...ni wat kita jeles nih...harap2 x fail la kalau akak buat..huuhuuuu

aisybasyirah said...

oooit En Mat Gebu..gebu sunguh kek cipon tuh.. kalo nak buat kene cari loyang lubang tukan baru jadi ciponnya kan.. saya tak der loyang lubang tuh lagi..

Yatie said...

Salam Che Mat,
Kat rumah Hana dok akak berpantun...kat sini takmo lah....tak terjawab nanti...apa pun kek ni mmng GEBU...arini akak buat apple pecan muffin...resepi cilok dari sini...terima kasih ya....

Datin El said...

salam che mat

memang gebus giler..sian tau kite tak pernah buat chiffon kek ..takut tak menjadi..tunggulah kalau gigi dah jarang bolehlah cuba..hehe..jamu mata n telan airlioq jelah kat sini..

Ayu said...

salam che mat,
cantiknya chiffon mu itu..
tinggi dan kulitnya tu cantiklah..
alah derhakanya tak adalah derhaka sangat..cuma tambah daun pandan aje kot?..hehe

ummu_hanis said...

yang ini kak ummu musti buat gak hujung minggu nih... dah lama dah berkire kire nih... adehhh.. nnt kak ummu tayang kat mat naaaa.

My MAA said...

Salam Cik Mat,

Saya baru first time masuk blog u nie...menarik blog nie....suka cara u present ur work here...rasa senang membacanya...penerangan yg jelas dan terasa ada keikhlasan dlm mengajar cara2 membuatnya....keep it up.

I just nak tanye (maklum x pandai masak) cream of tartar tu yg mana ye? Thanks cik Mat.

Maz.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.