BEN ASHAARI

Sunday, June 20, 2010

DALCA KACANG KUDA

Dalca Kacang Kuda
Salam hujung minggu semua, harap2 semua sihat sejahtera hendaknya...Dah minum petang?. Biasanya hujung2 minggu ni ramai kan ahli keluarga berkumpul. Ok hari ni mat nak share satu resipi biasa2 yang boleh dikatakan femes sangat di Malaysia dan Singapura. Kalau sebut dalca saja mesti semua orang tau. Masakan dalca ni kita versatile, boleh makan dengan nasi minyak, beriani, roti, lempeng pekak, roti jala atau belah2 Johor ni orang panggil roti kirai dan juga roti canai atai roti prata. Kalau lepas sehari dalca akan jadi lebih sedap. Tapi kali ni mat tak guna kacang dhal sebaliknya diganti dengan kacang kuda atau chickpeas dalam bahasa omputeh. Rasa dia lain sikit tapi tetap ada rasa ke"dalca"annya..tak lari mana pun...

Dalca Kacang Kuda
Petang ni kan mat makan lah dalca tu dengan roti canai @ roti prata. Tapi roti canai ni bukan buatan sendiri, tapi instant punya. Hmmm, nampak tak kacang kuda yang tergolek2 atas roti cabai tu..ishh sedap u..terasa bila digigit. Lagi satu dalam dalca ni mat tambah 1 camca besar kerisik untuk menambah keharumannya. Bagi kita orang2 melayu, kerisik antara elemen penting dalam masakan samada rendang, kari, gulai serta kerabu. Bagi kaum peranakan cina, mereka ada juga menggunakan kelapa yang digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk, cuma teksturenya tidak lah sehalus macam kerisik....sekian dulu penerangan hari ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging (nak sedap pilih yg ada "tetel")
200 ml pati santan
1 liter santan cair
1 biji terung, didadu besar2
2 biji kentang, didadu
1 batang lobak merah, dipotong berbaji
10 tangaki kacang panjang, kerat2
2 cawan kacang kuda yang telah siap direbus
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
2 biji tomato, belah 2 setiap biji
1/2 inci lengkuas, diketuk
2 biji cili merah, belah 2 setiap biji
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging
1 keping asam gelugor
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaha

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging disiang, cuci bersih, toskan. Kemudian rebus hingga empuk, asingkan daging dan stoknya untuk kegunaan kemudian. Rempah kari daging tadi dibancuh dengan 1/3 cawan air, kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum dan bawang kepeerangan. Masukkan lengkuas danbahan2 kisar halus, tumis hingga pecah minyak, tuang bancuhan rempah kari, kacau dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan kentang, lobak merah dan daging tadi, kacau rata dan tuang stok daging dan santan cair, kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk. Tambah asam gelugor, bunga kobis, kacang panjang, kacang kuda dan terung. Biar mendidih perlahan.
  4. Tuang pati santan dan masukkan kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala, biar mendidih pada api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan lada belah, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran anda..Sedap juga dimakan bersama nasi putih..

8 comments:

hana said...

haaaaaaa inikah dier dalca kacang kuda yg ko katakan aritu?! yeaaahhh! aku nak kopi! bukan kopi itam! tp kopipes! wakakakakaa...

ummu_hanis said...

aduhai mat....
gemuk akak balik ni kang...
adehhhh.

Terry ♥ said...

omgawsh.. sedap nya tengok..
ni belum rasa lagi niehh..
nakk tryyy

aibaks said...

bes gak pekene dalca ni..time2 kenduri kawin selalu de dalca ni..ehe

Sari Yusa Ibrahim said...

teringat lak lagu...




kudaku lari gagah berani...

blogwana said...

Cik Mat...
Kite suka resepi ni!! nak try...

yan said...

Meleleh air lir tengok roti banjir tu...

Mat Gebu said...

salam hana...
Ha ah ini leer diaaa....rasa2 koo kacang merah tu kalau kita buat dalca sedap tak ek?...

salam ummu...
Hehehe, cikgu ni..bukan gemuk la, tapi baju mengecut masa dicuci.

salam terry...
Kalau rasa i jamin u tak pingsan dan masih berfikiran waras yea..

salam aibaks...
Yeaa betul, hidangan wajib tu masa kenduri kawen..tak kira mana negeri anda duduk..

salam sari...
Uikk..kuda ku lari tu sama ke dengan kuda hitam?.

salam blogwana...
Terima kasih, nanti dah try bagi feedback yea.

salam yan...
Memang kan, kalau roti canai, kuah banjir baru lah sedap..