COCONUT BUTTER BUN.

Coconut Butter Bun
Salam petang Ahad, buat apa semua, kalau ikut mood memang malas nak buat apa2, tapi pada mat berblog masak2 ni banyak cabarannya, jika blog penulisan cabarannya bila orang mengkritik, menghentam penulisan dan blog kita, manakala blog masak2 pulak menghadapi masalah kecurian gambar2 dan resipi2 oleh mereka yang suka mencari jalan mudah.. Sebelum kes majalah Saji ni, masa tu mat masih bergerak aktif di My Resipi, ada juga manusia yang bijak, tapi sayang penCURI telah mengcilok resipi2 kami, termasuk gambar2nya sekali dan dibuat e-book, lepas tu jual RM 50!.. Ada sekali tu mat pernah call orang tu tapi tak nak angkat, lepas tu dia jawab melalui SMS, kata minta maaf dan telah tutup laman web dia. Jangan lah pandang sepi kami blogger masak2, yelah blog masak2 ni kan ada orang pandang "low class", jadi sapa ada peduli...anda silap yeaa!!...

P1200688
Berbalik pada resipi hari ni, mat ambik inspirasi dari buku Alex Goh, dan ada juga mat derhaka kan sikit tekniknya memandangkan kita guna bahan2 yang ada, tapi cuma sedikit saja, bab inti kelapa, kalau ikut resipi dia guna kelapa kering, tapi mat guna kelapa parut segar dan terpaksa melakukan sedikit penyesuaian. Nak guna kelapa kering pun ok, tapi sudah pasti rasa dia macam berhapas. Lagi satukan, teknik membentuk tu macam mudah, tapi mat kurang berpuas hati lah dengan hasilnya...ada tu ok, ada tu pulak....hancur koo, terkangkang habis...erkkk, segan nak share malu..hehehe...

BAHAN-BAHAN DOH :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
1/4 camca teh garam
2 camca teh instat yeast
30 g telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan timbang)
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
150 ml air suam (kalau guan Breadmaker, guna air sejuk)
30 g mentega

BAHAN INTI KELAPA MENTEGA :-)
150 g kelapa parut (pilih kelapa berkulit basah)
100 g gula halus
1 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla
60 g mentega


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI KELAPA MENTEGA :- Putar mentega bersama gula hingga berkrim, masukkan telur dan esen vanilla, terus memutar hingga kembang. Tambah kelapa dan gaul rata. Tuang dalam kauli dan masak guna api kecil sambil dikacau kerap sehingga inti kelapa mentega kering, sejukkan dan bagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2 kan dan simpan dalam peti sejuk sementara mengunggu doh roti siap.
  2. UNTUK DOH ROTI :- Satukan instant yeast dengan air suam, kacau rata dan biar berbuih. Sementara itu satukan tepung roti, susu tepung, bread improver, bread softerner, gula dan garam, gaul rata. Masukkan telur dan adun, tuang bancuhan ragi, gaul dan uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal (kurang lebih 20 minit diuli tanpa henti). Bulatkan doh, letak dalam mangkuk yang telah disapu sedikit minyak, bungkus dengan plastik dan perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam BreadMaker, pilih setting unutk "DOH" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  3. UNTUK COCONUT BUTTER BUN :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap. Bahagikan doh tadi kepada 10 bahagian sama besar. Ambil satu doh, leper2 kan dan letak 1 biji inti kelapa tadi, balut kemas2 dan leper kan. Tabur sedikit tepung dan canai leper (macam dalam gambar). Kemudian lipat dua dan lipat lagi sekali. Potong 1/2 bahagian doh tadi (seperti dalam gambar) dan terbalikkan secara berhati2. Susun dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi selama 45 minit, sapu telur pada permukaan roti dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan roti atas jaringan atau boleh juga dimakan panas2...

Post a Comment

9 Comments

  1. Kipas jangan tak kipas! Biar sejuk sket hati Mat, selepas dirampok ya! Hihii... sabor dik, sabor tu sebahagian dari imannnn....

    ReplyDelete
  2. pencurian foto ni memang tengah marak dmana-mana, pak cik..
    kami di Ina pun bayak mengalami kasus serupa.
    Mari sama-sama kita lawan pencurian foto & konten blog.
    cik Mat & kawan2 bisa ikutan di page:
    http://www.facebook.com/pages/Lawan-Pencurian-Foto-dan-Konten-Blog/109458419075884

    ReplyDelete
  3. alahai...napa la ada jgk org2 yg suka shortcut dlm nak carik rezeki ni..x takut ke x halal nnt rezeki tu..tp paling x sngka plak mjlh yg dah femes amos tu pon nak cilok gambar org..sabar ek bro MG..

    ReplyDelete
  4. salam..c'mat.saye baru je jd pengikut blog c'mat ni.mmg best r tgk resepi2 c'mat ni.choc cake saye penah try mmg best..c'mat penah x buat peach cobbler??lau boleh nk la resepi yg simple dr c'mat...

    ReplyDelete
  5. Salam En Mat..

    Ish3x..mmg x patutla..Majalah masakan terkenal di Malaysia wat camtu..mmg nk untung aje..

    ReplyDelete
  6. salam mama...
    Hahaha, ni tgh sabar lah ni, nasib baik muka tak kedut 1000..

    salam deetha...
    Di mana2 pun baik Malaysia maupun Indonesia, pastu ada kasus serupa..saya sudah menyertai persatuan di FB tu, terima kasih atas undangannya..

    salam han...
    Ntah lah, masalahnya depa tu sungguh tak beretikah, saya pun bukan lah kesah sangat pasal gambar tu, cuma rasa tak puas hari dgn style mereka..mencuri..

    salam suziey...
    Terima kasih sudi singgah blog saya..oo cobbler yea..rasa2 saya ada resipi tu, insya allah, nanti saya share yea..

    salam lyza...
    Betul kan..memang tak patuttt..

    ReplyDelete
  7. salam mat..
    terima kasih sebab tunjuk step by step membentuk roti tuh..penah nampak roti ni dlm fp kawan (alfahanum) tapi takde step by step.. agak susah nak imagine nak membentuk jika takde gambar step by step mcm ni... hehehe.. apa2pun.. one day nak mencuba gak buat.. akak cilok resepinya yer.. TQ again!!

    ReplyDelete
  8. salam madiha..
    Sama2..kak, roti ni kan sedappp, serius ni..dediam ek, saya kan makan 2 ketul sekali hadap, ya allah terburuk lantak tetiba..hehehe

    ReplyDelete
  9. salam..nak tny website myresepi memang dah tutup ke? saya dah la selalu blajar masak dari situ..huhu..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.