BEN ASHAARI

Sunday, April 25, 2010

SATE HATI GORENG

Sate Hati Goreng
Salam hujung minggu semua, apa khabar, jom makan hati...habis lah lepas ni semua kurus kering, yelah makan hati...ahaks!...Sebenarnya mat saja nak menghabiskan stok hati lembu yang masih berbaki. Puas juga fikir nak masak apa, kebetulan "Kak Liza" call mat tadi, then kami borak2, lepas tu bila sebut hati lembu, terus secara spontan kak liza kata hati lembu goreng berempah...Eh, bess juga kan, tapi mat try buat ala2 sate, dah memang pakai rempah ratus pun. Rasa dia sedap u, kalau nak lagi sedap, perap lama sikit, yang ni mat cuma perap 1 jam saja, kalau perap semalaman lagi sedap. Kalau dihidangkan bersama nasi impit, timun dan kuah kacang pun sedap nihh, kalau sesiapa tak makan hati, boleh ganti dengan daging lembu (guna jenis batang pinang) atau daging ayam...

BAHAN-BAHANNNYA :-)
650 g hati lembu
1 camca besar gula melaka
2 camca besar pati santan (guna susu sejat pun ok)
Garam dan gula secukup rasa
3 inci halia*
2 inci lengkuas*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
7 biji bawang merah*
4 batang serai, hiris halus*
2 camca besar ketumbar*
3/4 camca teh jintan halus*
3/4 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh lada hitam*
1 inci kunyit hiudp*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati lembu tadi diperap bersama 1 camca besar tepung, selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Masukkan dalam satu bekas.
  2. Gaul hati tai bersama bahan kisar halus, garam, gula melaka, pati santan dan tambah sedikit lagi gula pasir (anggaran 1/2 camca teh). Gaul rata dan perap sekurang2nya 4 jam (simpan dalam peti sejuk).
  3. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak panas, masukkan hati yang diperap tadi, kacau rata dan perlahankan api. Masak hingga kering, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Matikan api, angkat dan tabur hirisan daun bawang dan hirisan cili merah sebelum dihidangkan.....

9 comments:

Ain said...

sedapppnyaaaaaa.....

nasib baik ain baru lepas makan....

Siti Indrawati said...

Salam Cik Mat..salam hujung minggu..sedpnya hati lembu kena ngn masakannya..memang menyelerakan..

hanieliza's cooking said...

Salam..
fuiyooooo...
sodapnyaa....
terliur den ni haaa...

cikgu isza said...

makan hati tau tak.. makan hati kalau macam ni..

tu tak bersyukur lagi.. untung dapat makan hati.. tengok orang sebelah tu.. hari2 makan tulang.. buat sup

:D

Mat Gebu said...

salam ain...
Rasa dia sama macam sate2 biasa, cuma hati lembu ni ada yg tak suka makan dan ada yang tak "boleh" makan..

salam siti indrawati...
Yeaa betul, tapi kan ada kala hati lembu ni bau dia kuat..tu yang saya lebihkan halia...

salam kak liza...
Kak lizaa!!..thank you so much for your brilliant idea..yelah dah nama sifu masak2 kan, kita sebut je, spontan terus kak liza bagi idea..hehehe

salam cikgu isza...
Haha, batul tu cikgu, ada jiran saya pun makan tulang jeee, sebab kurus beno, yelah kan sebab saya gebu, tu pasal nampak dia kurus..untung woo yg dah sedia kala kurus nihhh....

MamaFaMi said...

Salaam Mat. Patutlah senyap je semalam, ropanya dok 'mengipas' sate lepas 'dating' dengan Kak Liza over the phone ye...

Mat Gebu said...

salam mamafami...
hahaha, cittt, mana ada mengipas...kan kita "goreng"...mama pungggg...

izahdaut said...

salam cikmat.. slalu masakan cikmat banyak benor rempah ratusnya.. nak buat karang, ade je tak cukup bahan.salute la umah cik mat slalu je cukup blaka rempah ratus ribu nyeee

Mat Gebu said...

salam izahdaut...
Rumah saya kan rempah ratus terlebih dari cukup....hahaha macam2 adaaa..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.