BEN ASHAARI

Friday, April 30, 2010

ROTI EPAL BELANDA.

Roti Epal Belanda
Salam semua, N3 terakhir malam ni mat nak share resipi roti yang mat ambik dari buku masakkan dari chef tersohor negara, sapa lagi kalau bukan "Tok Wan" atau Chef Wan dari buku "Juadah Manisan Istimewa"...Asal mula ceritanya mat tak rancang nak buat roti ni, tapi kan masa kemas2 peti sejuk, tergolek kooo sebiji epal hijau malang...keseann guaa tengok tu epal, terus teringat resipi dalam buku tok wan...macam biasa lah, projek pun bermula. Tapi mat buat 1/2 dari resipi asal, kalau buat semua, takut jadi banyak..pingsan pulak nak menghabiskannya.

Roti Epal Belanda
Resipinya tak susah, lagi2 kalau anda semua ada "Breadmaker" di rumah masing2. Cuma kan resipi asal guna tepung gandum, tapi mat pi gatai2 pakai tepung roti...jadi kalau sesiapa nak buat boleh guna samada tepung gandum biasa atau tepung roti. Rasa dia tak manis dan sedikit berempah dengan penggunaan serbuk kulit kayu manis (yang ni optional, kalau tak mo tak yah letak)...Masa bakar, aroma dia sungguh harumm u, satu rumah boleh bau (tapi kalau koo dok dalam "istana" tak bley lah nak bau satu istana!!)....yang dalam bilik air pun ikut bau sama..hahaha, tak ke pelik tuu...Ok, tak nak lah bebel, eh sebut2 bebel ni teringat budak Ben yang kuat bebel's, dia tak berapa sihat tu.....banyak2 berehat yea Ben....Mari kita jeling2 manja kat resipi roti ni...Resipi dibawah ni mat salin dari buku tu...jadi pepandai lah yea bagi dua untuk buat 1/2 bahagian...

BAHAN ROTI :-)
1/4 cawan mentega
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan gula halus
7 g instat yeast
1 camca teh bread inprover*
1 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak, mat tambah sendiri)
1/4 cawan air
3 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla
1 biji epal, dikupas dan didadu

BAHAN HIAS ATAS :-)
1/3 cawan tepung gandum*
1/4 cawan gula halus*
2 camca besar mentega*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*campurkan semua dan gaul hingga sebati)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 roti kecuali mentega dan epal, gaul rata dan masukkan epal, uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang lembut dan kenyal. Bulat2 kan adunan, letak dalam bekas yang telah disapu sedikit minyak, bungkus dengan plastik bersih dan biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk roti dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", tunggu hingga doh siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, canai hingga mendapat ukuran kurang lebih 22 cm x 35 cm. Ratakan 3/4 bahagian bahan hias atas, tekan2 sedikit dan gulung seperti swiss roll. Kemas2kan dan alih ke dalam acuan roti bantal yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  3. Biar kan lagi 1 jam, tabur dengan baki bahan hias atas dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 40 - 45 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong...

7 comments:

MamaFaMi said...

Salaam Mat.

Cicah dengan nescafe, sedapnya Mat. Ko buat sebantal je ke? Mana cukup! Oh, tapinya, ada seketul je apple malang yang terpinggir, jadi, hanya ada sebantal je la roti yang dihasilkan yek...

Ms.Lilies said...
This comment has been removed by the author.
Ms.Lilies said...

cik mat...
7g yis tu brp sudu teh ye agak2?

hana said...

haiyyaakkkk... aku sudah jatuh chenta sama ini lotiii! kene carik epel dululah!!

Datin El said...

bilalah gua nak rajin mcm mat ni...turunkan petua sikit che' mat bior rajin sikit..hihi

Ummi said...

Mat, nnt akak buat roti durian belanda laaa..sedap kot..hehee..cantik jek ko buat gulungan tu kemas jek..akak kalau bab gulung2 ni mcm failed jek, nyampah tul!

Mat Gebu said...

salam mamafami...
Pandai mama, saya pun makan sambil minum kopi...hehehe

salam ms lilies...
7 gm tu kurang lebih 1 1/2 camca teh mcm tu, tapi kan saya buat 1/2 adunan, letak 4 gm, kurang lebih 1 camca teh..

salam hana...
Sana epal lagi senang kan..weyy bunga sakura tak leh makan ek?..kot boleh modifey jadi roti ke..

salam datin el...
Petua tu tak delah, cuma saya guna barang2 yg saya suka masa baking, jadi mcm teruja nak memabking sebab barang2 tu..hehe

salam kak ummi...
Ok...lepas dah buat tu, jgn lupa bawak bekal ke pulau tioman nanti yeaa...bab gulung pun saya tak xpert, cuma gulung lidah je saya boleh...hehehe