BEN ASHAARI

Sunday, April 18, 2010

RENDANG PEDAL AYA,M BERKICAP

Rendang Pedal Ayam Berkicap
Salam dan jumpa lagi dengan N3 terakhir untuk hari ni.....Masakan ni mat masak saing2 dengan assam kari ikan duri, cuma yang ni memang mat plan nak letak malam..sebab apa...sebab malam tak sama dengan siang...tul tak?. Bercerita pasal pedal ayam ni, ada orang kata tak elok makan organ2 dalaman ni, ntah lah guaa pun tatau nak kata apa. Yang ni mat masak atas permintaa ayahanda ku..kita hanya mengikut perintah..dah dia dulu masa kita kecik2, apa je nak, semua dapat...jadi setakat dia nak makan masakan macam ni, anytime mat boleh masak... Pstt kata orang2 tua, budak lelaki yang belum sunat pun tak bley makan pedal, nanti liat koo....kerat2 tapi tak moo putus (kulit dia yeaa...bukan kerat the whole "thing".....gila koooo!!!)..Tapi zaman modern ni, dengar cerita depa pakai "laser"..jadi yang liat macam selipar jepun pun bolehh zapppp....putus!..ahaks...Ok..jom semak resipi, kalau nak ganti pedal tu dengan daging atau ayam pun sesuai rasa2nya....Oh yeaa..lupa teman nak kabo, rendang ni tak guna "kerisik" yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g pedal ayam (kalau dapat pedal ayam muda), cuci bersih dan toskan
1 keping asam gelugor
2 cawan santan pekat
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
1 kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
5 kuntum bunga cengkih#
3 biji buah pelaga#(#rempah tumis)
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 camca besar gula melaka
2 camca besar kicap pekat
Garam secukup rasa
8 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1/2 camca teh lada hitam*
5 batang serai, dihiris halus*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang merah dan putih yang dihiris, tumis hingga harum dan bawang perang. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan rempah kari, kacau hingga rata. Jika kering, tambah sedikit air. Biar rempah garing.
  2. Masukkan pedal ayam tadi dan masak hingga kecut sedikit. Tuang santan, masukkan kicap pekat dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga kuahnya pekat. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.
  3. Kacau dan masak hingga kering. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi sekejap. Hidangkan bersama nasi hangat atau roti. Makan dengan roti canai pun sedap. Kalau nak pedas boleh tambah cili padi....

7 comments:

izahdaut said...

salam cikmat..haa ni suke ni tak pakai kerisik..baiknye dapat anak cam cikmat .betuah ayahanda..tang nampak buku tu yang mahal tuhhh

Mat Gebu said...

salam izahdaut...
Mudah2an yeaa...pstt nak tau rahsia tak...saya ni dlm kategori kuat melawan cakap juga...sampai sekali tu kan, kena tampau koo muka aku, berpinau mata, nampak bintang, burung semua...hehehe....

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam Cik Mat,

pedal ayam dimasak rendang,
hati ayam digoreng-goreng,
telan air liur saya memandang,
muka tak malu datang mengendeng..

~~zAnAfAhMi~~ said...

En Mat...kalau makan sekali sekala tkpe ler, jgn bedal hari2....org tua ni selera dia sekali sekala je, mkn pun ciput...selebihnya kita2 ni yg mengabiskan..hehe..

off topik jap, en mat tkde facebook ke? nk jgk tgk mcna rupa org yg jd idola akak ni....

mieoney said...

sedapnye...dh ler time2 lapar nie...lama dh tak mkn pedal ayam..nyum2 kalau beli ayam kat kedai pedal ngan hati ngan kaki ayam mesti tak amik sbb mydear tak mkn so ngan saya2 sekali tak mkn...huhu

cikgu isza said...

saya suka makan pedal, apa lagi masak kicap.. boleh cuba ni..

bebudak yang tak elok makan pedal atau yang seangkatan dengannya.. nanti suka bergaduh atau akal tak panjang.. nanti saya cari sebab kenapa. Kajian kes...

Mat Gebu said...

salam sari yusa...
AYAM KAMPUNG DIMASAK GULAI,
MAKAN DENGAN SAMBAL UDANG,
SEDENAK TAK JAUH DARI KULAI,
BILA SENANG DATANGLAH BERTANDANG

salam zanafahmi...
Yea betul, tapi abah saya ni, yang mana dua suka, yg tuu je dia makan, selera dia mudah tapi "cerewet"...hehehe

salam mieoney...
Saya kan, kalau organ2 dalaman ni makan juga, cuma tongking je tak reti, sebab tak sampai hati nak makan, "seksi" beno...hehehe

salam cikgu isza...
Masak kicap yeaa..hmm nak try jugak ni...Hmm menarik juga kan sebab musabab dia tu....