RENDANG NYONYA II..

Rendang Nyonya II
Salam semua, ok N3 lepas tadi kan ada mat tulis pada hidangan "nyonya" seterusnya kan, baik lah, ini lah dia...Rendang Nyonya II....bukan apa dulu mat dah letak satu resipi rendang ala2 nyonya juga. Kalau diperhatikan resipi mereka ni sama je, cuma ada perbezaan dalam penggunaan kerisik, sebab mereka lebih menggunakan kelapa yang disangrai (goreng tanpa minyak) dan ditumbuk halus, tapi tidah lah sampai keluar minyak seperti orang2 kita membuat kerisik. Penggunaan daun limau purut adalah wajib, termasuklah belacan dan buah keras. Penggunaan bawang pulak lebih kepada bawang merah kecil, bawang besar amat jarang mereka gunakan. Kalau mat kan, lebih suka guna ayam pencen atau ayam kampung untuk dibuat rendang, tapi kalau nak cepat guna je ayam daging, masih sedap dan okey banget!!...

Rendang Nyonya II
Oh yeaa...sebelum mat teruskan dengan resipi rendang ni, saja nak war-warkan, untuk satu lagi edisi menjelajah blog oleh "Ben Ashaari"...alaaa budak besi tu lahhh, tapi kan kali ni lebih menarik, penjelajahan khas untuk blog para2 ibu...yelah kan selalunya blog para2 ibu ni kan more to family matter, pasal anak2, pasal pengurusan rumah tangga, masakan (hmm i likeee!!) dan macam2 isu lagi lah..Jadi para2 ibu yang ada blog tu boleh lah singgah ke blog Ben untuk mengetahui bagaimana cara2 untuk anda mempromosikan blog masing2 supaya lebih dikenali dan disamping itu boleh juga bertukar2 buah fikiran...tak kira lah anda dok diam di tanah Malaya atau juga di perantauan, dunia blogging ni luas wooo!!!....Jadi apa lagi, peluang keemasan nih...klik sini untuk maklumat lanjut yeaa. Perhatian! - Khidmat pesanan itu dibuat tanpa ada pakatan sulit..harap maklum!!.....Sebelum tamatnya N3 ni, pantun lagi..hahaha sah leer ramai yang pitam dan muntah ijau lepas nih...

JERUK MANGGA DALAM PASU,
SEDAP DIMAKAN WAKTU SENGGANG,
AIKK...GUAA NAMPAK LUU MACAM LESU,
TAKPA2..MARI MAKAN INI RENDANG..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (kurang lebih 1.2 kg)..potong ikut suka
1000 ml santan
1 cawan kelapa parut
3 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, hiris halus
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
15 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
1 1/2 inci halia*
1 inci lengkuas*
5 biji cili merah (nak pedas tambah cili padi)*
1/2 camca teh lada hitam*
5 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kelapa digoreng tanpa minyak hingga perang dan tumbuk halus, tapi jangan sampai berminyak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan dan masukkan daun limau purut, kacau dan biar mendidih.
  3. Tambah sedikit garam dan masukkan asam gelugor. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Masukkan kelapa tumbuk dan gula melaka, terus memasak hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat. Kalau nak makan dengan nasi impit pun bolehh....Selamat mencuba....

Post a Comment

13 Comments

  1. salam cik mat
    kalu guna itik boleh tak??
    ntah knp., trase nak makan makanan esotik plak nie..hhuhuhuu....

    ReplyDelete
  2. salam sari yusa...
    Hahaha, tu lah kan, saya pun no comment...

    salam chemp..
    Kalau guna itik pun ok, cuma lebih kan serai n halia..kalau pedas lagi sedappp.....eh saya betul2 sekali makan daging itik, peha dia konto2 kan...hahaha

    ReplyDelete
  3. salam mat..lama tak tinggal jejak..oo sedap ni..gua minta sikit lu punya rendang ar hehe

    ReplyDelete
  4. teringin nak duk umah mat gebu selama seminggu. wah! best mesti dapat mkn sedap2.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. salam,
    makan rendang suami masakkan,
    rendang perak diberi nama,
    tapi diri tak lalu makan,
    takut diet x jadi pula..

    tolong mat gebu..
    suami memang suka makan masakan yang bersantan..
    jenuhlah macam ni.. huwaaaa..

    ReplyDelete
  6. no komen kalau hang sudi hantaq mai sepinggan..! :p

    om nom nom nom

    ReplyDelete
  7. salam cikmanggis...
    Boleh....luu kasi siap mangkuk, nanti guaa kasi isi sama itu rendang..

    salam m.n.hisham...
    hahaha, boleh2..tak de masalahh..

    salam cikgu isza...

    RENDANG NYONYA SEDAP RASANYA
    BOLEH DIMAKAN TAK KIRA MASA
    OOO CIKGU ISZA TGH BERDIET YA
    TAK PE MAKAN SIKIT AMBIK RASA

    Hmmm...tebiat org kita kan, santan tak boleh nak pisah..mcm org2 peranakan tu pengaruh dari org melayu kita lah...

    salam kak combi...
    hahaha, tu lah kak combi, hang dok sabah, jauh bebeno teman nak ngepos nyaaa...hahaha..

    ReplyDelete
  8. berdondang sayang dengan cik Awal
    Diiringi paluan pukulan gendang
    Terkejut gua ingat dah syawal
    Belum raya lagi lu bikin rendang


    Mat samlah rendang ni dgn rendang Johor dulu2 guna kelapa yg digoreng tanpa minyak pastu ditumbuk begitu saja. Buat opor johor pun mcm ni gak....hehehhee

    ReplyDelete
  9. wowwwww, bestnyaaaa....

    dapat makan sama pulut kuning lagik mantoppp nie....

    huhuhu.....tetiba rasa lapor....

    ReplyDelete
  10. salam kak zura...

    MAKAN SIREH DEPAN ANJUNG,
    KURANG TERANG PASANG LAMPU,
    RENDANG BUKAN SEBARANG RENDANG,
    TAK KIRA MASA PUN LUU BOLEH SAPU.

    Tu lah kak, saya pun dlm proses nak menyediakan hidangan johor tak lama lagi...insya allahh..

    salam ain..
    Yeaa betul, dah ada pulut kuning, kena pulak buat bunga telur...baby mana lahh yg nak kena cukur jambul nihhh!!.hahaha

    ReplyDelete
  11. salam cik mat... kak su singgah jamu mata dengan rendang yang menyelerakan tu... ya lagi memikat mangkuk pink buat isi rendang tu cantikkkkk...
    nak sampaikan salam suami akak pada cik mat yang pakar memasak ni... dia pun dah rajin memasak sekarang ni hehe.

    ReplyDelete
  12. salam kaksu...
    Terima kasih sudi singgah dan tinggal jejak, dan salam juga utk suami akak tu, saya turut berasa bangga nihh....mangkuk tu typical peranakan atau nyonyaware, yang kaum baba nyonya guna dulu2...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.