BEN ASHAARI

Wednesday, April 7, 2010

LEMAK TEMPOYAK IKAN KELI..

Lemak Tempoyak Ikan Keli
Salam semua, masa kemas kini kan folder2 masakan sat tadi, mat terperasan satu masakan yang belum masuk kat blog, walaupun resipi ni dah ada kat blog, lemak tempoyak ikan keli ni exceli typical masakan orang2 Negeri Sembilan...Arwah nenek mat sendiri orang Rembau dan Datuk pulak dari Labu. Satu keunikkan orang2 negeri ni, mereka datang dari "12 jenis suku", yang mat tau arwah nenek dari keturunan suku"Tiga Nenek" (masa 1st time dengar, aku gelak macam nak pingsan!!, tak senonoh kann!!), manakala arwah datuk dari suku "Biduanda Waris" (yang ni kalau ikut keturunan suku, boleh jadi "Undang"..apa itu undang?...boleh baca disini..). Ok, berbalik pada masakan ni, pada mat untuk mendapat masak lemak cili padi yang sedap, bahan utama ikan mesti yang segar, cili padi dan kunyit hidup ditumbuk halus bersama sedikit garam kasar. Kalau tak makan tempoyak, boleh abaikan. Selain penggunaan asam gelugor, asam belimbing dan jus limau kasturi pun boleh digunapakai. Kali ni mat campurkan rebung madu yang ada dalam stok....Ok jom kita lihat resipi yang mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan keli sederhana besar (nak sedap guna keli sungai)
8-10 ketul rebung madu (lihat sini cara memotong....)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor (kalau nak masam, tambah 1 lagi..)
600 ml santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar tempoyak
Garam secukup rasa
1/2 cawan cili padi kampung*
1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan keli dilumur dengan asam jawa, biar 5 minit, cuci dan siang. Bersihkan dan perap lagi dengan sedikit garam, sedikit tepung dan jus limau nipis selama 10-15 minit, bilas dan toskan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan cili padi, tempoyak, serai titik dan asam gelugor. Tambah santan cair dan kacau rata. Didihkan dan masukkan rebung. Masak hingga rebung lembut.
  3. Tambah ikan dan tuang santan pekat. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Masak 1 - 2 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man...
CATATAN MAT GEBU :- Jika tak guna tempoyak, boleh guna jus limau kasturi dan tak payah guna asam gelugor. Nak ganti rebung dengan belahan belimbing buluh pun ok, tapi masukkan last sekali. Kalau nak masukkan petai pun ok. Kiranya masakan ni versatile....lagi satu, kalau dah guna garam kasar semasa menumbuk cili padi dan kunyit tu, penambahan garam perlu dijaga. Garam kasar kalau kita guna untuk menumbuk cili dan kunyit, ianya akan mempercepatkan proses menumbuk jadi lagi halus. Nak bess lagi, hidangkan dalam mangkuk antik...

14 comments:

Ibu Mifzal Arsyad said...

yummy!!!

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

abg mat.rajinnya update blog dgn resepi y menyelerakan.....teringin nak rasa tempoyak...tapi tak reti..nak beli kat mana tak tahu,...(sedihkan?)...

wow...suka lah mlm nie, siap tahu `susur galur` family abg mat....yahoo..

cikgu isza said...

aduhh.. bab ikan keli ni.. boleh hancur diet jadinyer..

English House Decoration said...

Abg. Mat boleh ke kalau kita tumis dulu bahan asas supaya bau cili tu naik sampai ke hidung. Kemudian baru masok sanatan.

Mat Gebu said...

salam I.M.A...
Selain yang ini, ada satu lagi yang wajib, turut dimasak di Istana = Gulai telur itik..itu dari sumber yang saya tau lah...

salam puan siti...
Ini resipi tercicir sebenarnya...sebenarnya susur galur keluarga kami agak kompleks, termasuk ada darah keturunan baba nyonya..tu pasal saya ada satu segmen "Nyonya Delicacies"..

salam cekgu isza...
Yeaaa betull...kalau salai lagi bess..tul tak cekgu?..

salam english house decoration....
Kalau nak tumis dulu pun ok, bagi harum, tumis sekali dengan serai tadi...nanti cuba yea..

mommyYen said...

aduh..terus lapar melihat lemak tenpoyak itu..hehe..

Mat Gebu said...

salam mommy yen...
Kuah dia tu kan..kalau kita cicah lempeng pekak atau cekodok bilis...meletopss u...

hana said...

mak sedara aku orang rembau! aku suker cara dier masak! semua sedap2! klu blk kg mbah aku, mmg kompom dier yg tukang masak! perghhhh mabelessss!! rendang dier paling aku suker! mintak sket keli tuh! tempoyak lebihkan satu balang! wat stok! kekekekeke

Nor Hayati Ramlan said...

salam che mat, alamak windunya dah lama tak mkn tempoyak...kalau dpt rasa ni bestnya...pedas2..lemak2..wallah..uweenak temen..kih3..

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat... wallaaaaaaa.. dlm esbox tu ada 1 tupperware kecik tempoyak... ni nak kena cari ikan keli, takpun ikan patin.. dush!

Jiejah @ Iza said...

salam cik mat ,
ooo rupanya keli itu x perlu salai yer ??
saya ingat kene salai mcm ikan sembilang jugak hehehe

Mat Gebu said...

salam hana...
Memang kan, kalau Rembau atau N9 mari, ni lauk2 wajib mereka..tapi kan ada tu guna kelapa...kus semangat terperanjat tok nenek gua kalau dia tau....sikit je bahan, tapi kelapa 2 biji!!!

salam nor haryati ramlan...
Yeaa mmg betul, kuah dia pulak boleh buat cicah lempeng ke, atau pun roti..

salam sari yusa...
Ikan patin pun sedappp...

salam jiejah...
Ini terpulang pada individu..kalau rajin dan nakk lagi sedappp..salai lah pilihan terbaik..ni kita masak xpress....hehe

Ray said...

Mat...

Agak-agak kalau guna keli salai best tak??Bukan apa dlm fridge ada stok keli salai beli kat pasar tani la..:)

Mat Gebu said...

salam ray...
Kalau keli salai lagi sedapppp!!!...sebab ada bau2 asap....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.