BEN ASHAARI

Wednesday, April 14, 2010

DAGING PEDAS BERAROMA

Daging Pedas Beraroma
Salam semua, jumpa lagi dengan N3 terakhir malam ni, sebenarnya ni masak siang tadi. Kali ni try masak sesuatu yang ada pengaruh Siam. Menggunakan pes tom yam sebagai bahan rempah utama selain serai, lengkuas dan lain2 lagi. Ok berbalik cerita pasal pes tom yam, dalam pasaran ada macam2 jenis jenama kan, tapi mat setia mengguna pes tom yam jenama "LIFE", bukan nak kempen, tapi tekak ni rasa serasi sangat dengan produk2 mereka, tak lah kata yang lain tu tak elok...nak guna apa2 jenama tu terpulang pada hak individu, tiada paksaan. Lagi satu resipi ni kalau mana yang tak makan daging, boleh guna ayam, sotong, udang dan kalau suka, ketam pun boleh, no hal punya, kita yang buat dia...betul tak...Ok jom semak resipi, boleh try masak untuk santapan esok hari...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tom yam (mat guna jenama "LIFE")
2 batang serai, dititik
5 cm lengkuas, potong 3 dan diketuk
3 camca besar susu pati santan (mat guna susu sejat)
10 biji cili padi hijau, diketuk
10 biji cili padi merah, diketuk
3 helai daun limau purut
10 biji bawang merah, dihiris
4 ulas bawang putih, dihiris
5 cm halia, hiris
1/2 cawan air
1 camca besar sos ikan
2 camca teh gula
4 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
Sedikit hirisan daun limau purut, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan pes tomyam dan daun limau purut, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan masak hingga daging kecut.
  2. Tuang air dan santan, gaul rata dan masukkan kiub ayam (jika pakai). Tambah gula dan sos ikan, kecilkan api dan terus memasak hingga pekat. Tambah cili padi merah dan hijau, masak 1 - 2 minit lagi.
  3. Akhir sekali masukkan jus limau kastui, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Angkat dan tabur dengan hirisan daun limau purut. Hidangkan panas bersama nasi hangat. Kalau nasi tu lembut sikit kan lagii sedapp!!!...selamat menc

8 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam,,,,,,,
abg mat, ayu pun suka produk LIFE, agaknya terpengaruh dgn keenakan perisa tersebut kot.......

ayu nak cb khas utk zalie,,,,dia gemor yg podas2........TQ,

izahdaut said...

salam cik mat..
uiihh bace je bebahannye..sah sah memang la rasanya bagai dikayangan bile nguyah daging nih.. ishhh.. kalu ade tetamu bleh la buat nih..spesel nih..

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Yus pun suka brand Life ni. Tapi pes tomyam tak try lg.. kena cuba pas ni

Yatie said...

Salam Che Mat, tngk bahan2 pun dah tau mmng sedap....semalam baru msk bistik daging ikut resepi che mat...ni dah keluar resepi sedap lagi...adoyai mkn daging lagi arini...tapi best resepi2 kat sini..masuk list lagi
hi3....dah berderet2 list saya...

MamaFaMi said...

Salaam Mat...

Ooo Life ni ada pes tomyam gak eh? Mmm cemana leh tak perasan ni. Tak pe, esok esok kalau gi kedai, mama buka mata besar besar ngalah spot light, nak cari pes tomyam ni... hihii...

Mat Gebu said...

salam puan siti...
Saya pun sama, dari sos cili, sos tomato, pes tom yam, pes halia dan segala maknikam lagi lahh semuanya "life"..pstt, insya allah esok saya operasikan pes mee bandung tu yeaa..tungguuu..

salam izahdaut...
Rasa dia kan berherba2, rasa ala2 makanan siam, susah nak kata lah, kena rasa dulu baru tau..

salam sari yusa...
ooo lom try lagi yeaa...dptkan segera dipasaran....tuu dia, mcm lah LIfe tu pak sedara aku yg punya produk!!..hahaha

salam yatie...
Erkk, baru makan daging yea..tak pe2 can try other time ok..minggu depan ke...

salam mamafami...
Adaaa maaaaa, kaler dia nice tau guaa cakap sama luuu, oren-kemerahan....next time don forget bring touch light sama, kot2 lah tak perasan, boleh suluh2 kat celah-celah..........rak..

Datin El said...

salam Che'Mat..kite pun sesuai ngan
jenama life segala mende sos kita guna jenama ni..

dah dapat agak rasa daging pedas beraroma anak2 gerenti suka ni..bolelah kita try nanti..tq CMG bagi idea..kita dah no idea nak masak ape..

Siti Indrawati said...

Salam Cik Mat...saya pun mcm mamafami..x perasaanlah life ada pes tomyam..selama ni beli sos2 dia je..dalm peket @botol?nak g giant ni cari..n sungguh menyelerakan daging beraroma ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.