BOK CHOY GORENG KUPANG

Bok Choy Goreng Kupang
Salam Jumaat semua, hari ni mat dah ok, sihat dan ceria seperti biasa..tapi tatau lah esok lusa..apa2 pun syukur alhamdulillah apa yang Allah kurniakan untuk hari ni. Ok, suri2 rumah dah siap masak ke?...Eh jangan kata orang kerja2 ofis je tau main tenet, suri rumah pun sekarang dan maju, ada tu letak PC atau Laptop kat area dapur.. Untuk yang pertama ni mat share satu masakan paling senang didunia, tak kira lelaki ke perempuan ke, muda atau tua, semua boleh masak. Tapi kena hidangkan segera baru boleh menikmati keenakkannya. Mat letak ni saja nak share, walau pun ini cuma sayur2 biasa jeee...saja nak kongsi2 idea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 pokok "bok choy" atau sawi jepun
3/4 cawan isi kupang
1 biji cili merah, dihiris serong
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Secubit serbuk kunyit
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bok choy atau sawi jepun dileraikan dan rendam dalam air. Cuci bersih dan toskan. Asing batang dan daunnya, batang dihiris dan daunnya jika besar, kerat 2. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan isi kupang bersama secubit garam dan serbuk kunyit, kacau rata dan goreng 2 minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah, kacau rata dan masak hingga bawang layu.
  3. Masukkan sos tiram, kacau dan tuang air. Tambah batang sawi tadi dan masak hingga lembut. Masukkan daunnya pula, besarkan api dan kacau pantas. Tambah garam secukup rasa, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera selagi hangat...

Post a Comment

3 Comments

  1. abg mat........ayu pun suka makan sawi jepun,lagi segar lagi rangup... kupang tu buat ati ku..dup..dap..dup..dap jer...

    ReplyDelete
  2. salam che mat, wow ada kupang dan bak choy...my febret tu...klau yatie lauk mcm gini pun dah cukup...tak payah lauk lain lagi....jimat...hi3...

    Tapi kalau dpt makan kat rumah che mat...hah3 macam2 ada.....

    ReplyDelete
  3. salam puan siti...
    Exceli kupang tu feberet abah saya...sayur pulak saya nya feberet..hehehe..

    salam nor...
    Memang betul...saya tadi pun yg ni, sambal belacan dan ikan masin....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.