PULUT TAI TAI

Pulut Tai Tai
Salamm semua, apa khabey...Luu orang sudah makan tengah hari kaa, ini hari kan guaa makan lambat tau, sebab apa, tadi guaa dah makan ini pulut tai tai, sedapp sekali, makan dengan seri kaya karamel...tapi guaa rasa lah, luu nak makan dengan apa jenis manisan atau lauk pun bolehh, tak da hal. Arghh penat aku!!...Sebenarnya projek pulut tai tai ni adalah perbincangan mat dengan mamafami tempoh hari. Mula2 plan nak masak sambal daging kat blog mama tu tapi tak de stok daging pulak..So jadi lah projek pulut tai tai, typical peranakan nya kuih. Kalau nak makan dengan kuah durian pun sedap, tapi dah tradisi mereka makan benda ni dengan seri kaya. Berbalik pasal seri kaya tu, kalau malas nak buat, beli je kat kedai....psttt, pulut tai tai ni makan sikit2 jee...kalau koo melantak sekali hadap, mau pingsan!!!!

Pulut Tai Tai
Tapi satu keunikan pulut tai tai ni ialah penggunaan "Bunga Telang" sebagai pewarna asli, yelah zaman dulu2 kan, mereka ni guna bahan2 semula jadi, zaman sekarang ni kemudahan dah melambak, tak payah susah2 pi cari bunga telang, koo curah je kaler biru....dah dapat kaler biru...tapi jgn curah "nila" baju sudah lahhh!!!....Kali ni mat buat sedikit perubahan, 1/2 bahagian pulut mat rendam dengan jus bunga telang dan 1/2 lagi biar kaler asal...cun leerr, bila dah siap, kaler biru dia lite2 manja dan nampak menawan jeee....jadi kalau ada kelapangan boleh lah cuba, ini resipi warisan orang2 Malaysia, kalau tak kita yang sibuk2 promosi, sapa lagi nak buat....

Bunga Telang
Ini lah rupa bunga telang pada sapa yang tatau, femes juga di pantai timur, pewarna yang diperah dari bunga ni digunakan sebagai bahan memasak nasi untuk mendapatkan nasi berwarna kebiruan. Tiba2 teringin nak try nasi kerabu pulak..itu projek akan datang, insya allah jika dipanjangkan usia...ok jom pantun kejap, dah nama masakan nyonya...tak gitu..

BUNGA TELANG BEWARNA BIRU,
TUMBUH MELATA DI ATAS TANAH,
PULUT TAI TAI BUKAN RESIPI BARU,
NAMPAK RUMIT BUATNYA MUDAH,

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras pulut
35 kuntum bunga telang
2 keping asam gelugor
1 1/4 cawan santan + 3/4 camca teh garam (atau secukup rasa), kacau rata
1 helai daun pandan, disumpul



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bunga telang dicuci bersih, toskan dan tumbuk hingga lumat, bancuh dengan 2 camca besar air dan tapis untuk mendapatkan warna biru. Beras pulut dicuci bersih dan bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian direndam dengan air biasa, letakkan 1 keping asam gelugor dan 1 bahagian lagi, direndam dengan air bercampur jus bunga telang dan 1 keping asam gelugor, kacau rata dan biar kan pulut2 tadi berendam semalaman atau sekurang2nya 8 - 9 jam.
  2. Panaskan kukusan. Alas dasar kukus dengan daun pisang, cucuk daun pisang tadi. Beras pulut ditoskan kemudian gaul beras pulut biru dan putih hingga rata. Tuang dalam kukus, letak daun pandan dan kukus 10 - 12 minit. Keluarkan pulut tadi dan isi ke dalam bekas, tuang 1/2 bahagian santan, kacau rata dan tuang balik dalam kukusan dan kukus lagi 10 minit. Laku kan kaedah sama dan tuang baki santan, kacau rata dan kukus kembali 10 minit atau sehingga mendapat pulut yang lembut.
  3. Sementara itu siapkan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci, sapu dengan sedikit minyak makan dan alas dasar tin dengan aluminium foil, sapu sedikit minyak (atau guna daun pisang pun boleh), seperti dalam gambar. Alih pulut tadi dalam tin, buang daun pandan dan ratakan, ratakan dan tekan2 biar padat.
  4. Lipat lebihan aluminium foil tadi seperti dalam gambar dan letakkan tin yang kecil sedikit atasnya (mat guna tin 7 x 7 inci) dan hempap dengan benda berat (mat guna lesong batu, kalau nak guna batu bata pun boleh, janji berat). Biar kan macam tu untuk 2 - 3 jam sehingga pulut padat.
  5. Kemudian boleh lah dipotong dan hidangkan bersama seri kaya karamel. Untuk mendapat potongan licin, sarung pisau tadi dengan plastik bersih dan potong dengan cara menekan ke atas pulut tadi....selamat mencuba yeaa!!!!

Post a Comment

12 Comments

  1. Cik Mat,

    Kalo kat Melaka, tak panggil pulut Tai Tai, tapi Pulut Tetal

    ReplyDelete
  2. menarik sungguh ya cik Mat. sy x pernah jumpa ni~

    ReplyDelete
  3. Memang pun Mat, akak baru nak cakap yg akak xda bunga telang ni, ingat nak curah nila baju jek..tp ko dah sound awal2 hik, hik...xpun mmg bkn sebab pengsan mkn byk, tp sbb terlebih nila..hehe

    ReplyDelete
  4. mat! lesung ko lagik ensem la dr lesung aku! sok sok aku nk wat kenduri pinjam er! kikiki......

    ANAK AYAM DALAM REBAN,
    ANAK ITIK LUAR REBAN,
    KUIH APA TUH AKU TK PENAH MAKAN,
    APA KATA KO TULUN BUATKAN! hihihi..

    ReplyDelete
  5. Ish Mat, bunyi cakap ko ni... perbincangan dengan MamaFaMi... macam serious benau aa. Walhal bersembang merapu meraban je! Muahahaha...

    Mmm bilalah nak buat ni, memang suka makan pulut ni sebab arwah nanny dulu buat jual. Selalu dia kasi rasa secoet je.. tak puas makan, tapi nak mintak seganlah pulak... Tak pe tak pe, take it easy.. wait I selo selo folo eh...

    Okay dengau ni, mama nak pantun gak...
    Hana Jepun tayang lesung batu,
    Mat Sedenak pun tayang lesung batu,
    Mama pun nak keluarkan lesung batu,
    Tapi nak tunjuk apa dengan lesung batu!


    Mesti leh dapat A+ pantun macam ni sebab 100% rhyming punyaaaa!!! Hahaha...

    ReplyDelete
  6. slm mat,

    mak oii birunya si bunga telang ni...satu masa dulu pernah ditanam pokoknya telang ni...itu dulu..le ni jgnkan bunga, akarnya pun tah mana2....baguslah mat tanam pokok ni..jaga elok2 jgn mati pulak ..almaklum musim kemarau ni...nanti kalau dah pupus si telang, habis pulak nila kat umah tu nanti hihihihikk...

    ReplyDelete
  7. salam yumiko...
    Memang setau saya kalau org melayu panggil pulut tetal, tapi baba nyonya panggil pulut tai-tai..

    salam Ju...
    adaa, kalau u jalan ke melaka, cuba perati, meati ada org jual..

    salam kak ummi...
    Uikk, akak ni pun, tau lah tak sehat...hehe, ni kang jadi kes pulak pulut tai tai aku menyebabkan laki bini dari kuantan masuk sepital..choiiii!!!!

    salam hana...
    wawawaaa..pulang paku buah keras nampak...nak kena jawab ke pantun, aku malass laaa...hahaha..

    DARI SEDENAK KE KOTA TINGGI,
    SAKIT KAKI TERCUCUK DURI,
    OOOO BELUM PERNAH MAKAN LAGI,
    HABIS TU TAK RETI2 KE BUAT SENDIRI!

    mintak amponn yea hana, ter"laser"..hahaha

    salam mamafami...
    Hahaha, betulah lah ma, perbincangan kita serius tu merangkum pelbagai isu, termasuk isu pulut tai-tai....

    MAMAFAMI CANTIK BERSERI,
    DUDUK DI TANGGA SEORANG DIRI,
    LESUNG TU SIMPAN JE DALAM ALMARI,
    ASYIK MENUMBUK KASAR SEMUA JARI,
    LUU KENA PIKIR SENDIRI,
    TAKUT ABG PEGANG NANTI DIA LARI...

    Hahaha..tu dia, ambik koo 6 kerat pantun...tatau lah ma, saya main belasah jeee...

    salam kak nor...
    Kak, pokok tu kalau dah membiak, adehhh, mcm tak makan pil perancang u, tumbuh sehendak hati, kalau dibiarkan penuh sekebun!!!

    ReplyDelete
  8. salam saudara mat gebu,

    Best nyer blog u ni. I baru terserempak. Kalau I tau keujudan blog ni lebih awal, tentu I dah lama follow. Tahniah sdra mat gebu. keep up the amazing works.

    ReplyDelete
  9. salam rosmawati...
    Terima kasih sudi singgah blog saya yg tak seberapa ni....salam kenal juga yea dari saya...

    ReplyDelete
  10. Salam En Mat... Pulut ni time i kecik2 dulu klau gi kenduri mesti ada, tapi namanye pulut impit, mkn dgn santan durian(time musim le)kdng partenernya seri kaya le... Tpi i x suka kembang tekak le mkn dgn benda manis pulut ni.. klau dgn sambal suka sangat...
    Apa yg I tau bagi orang Lombok pulut ini dipanggil tujak n dimakan dgn tapai... time Raya makanan wajib they all... mcm kite plak wajib ada lemang n ketupat

    ReplyDelete
  11. salam mat...akak tak pernah try pulut tai tai tu!!! ni lah 1st time akak dgr. kalau bunga telang tu akak tau lah. bunga tu cantik!!

    ReplyDelete
  12. salam bittersweetflavour..
    Yep, kalau makan dengan sambal pun sedap, saya pun dah mencubanya...terima kasih yea sudi kongsi info..

    salam ain...
    kak, dulu saya pun tak pasti, ingat kan mcm mana rupa pulut tai tai ni...Bunga telang kalau dah merebak,,tak terkawal...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.