BEN ASHAARI

Wednesday, March 31, 2010

PENTING!!!...HARUS BACA!!....

TERKINI!!! - DIN BERAMBOI DISYAKI DENGGI BERDARAH...BUKAN DIJANGKITI VIRUS KENCING TIKUS SEPERTI YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN......KLIK SINI UNTUK BERITA LEBIHH LANJUT.......

Mati kerana air kencing tikus

Tarikh: Tuesday, February 13 @ 17:57:58 MYT
Tajuk: Kisah Benar


Hati-2 jgn kita terima musibah seperti di bawah ini.
Punca kejadian kecil aje; tapi akibat yang kita
kena tanggung begitu besar.

Subject: Air kencing tikus...

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang
kawan saya di Bangi

untuk berbual kerana dah lama tak berjumpa.
Dia bagitahu yang dia baru jer
balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair
kerana salah seorang bapa kawannya telah
meninggal dunia kerana disyaki
keradangan otak.

Menurut beliau sukar dia nak
percaya kejadian yang
berlaku kepada arwah kawan bapanya. Kerana
arwah nie sihat sepanjang
hari sebelum meninggal.

Tiba-tiba jer kena macam
strok masa kat umah
dia.

Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri
sehinggalah ke akhir hayat
beliau.

Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker
klinik. Doktor yang periksa
arwah nie bagi tahu dia kena strok.
Dia terus refer
kes ni ke hospital besar.
Sampai jer ke hospital terus kes nie
dirujuk ke bahagian ER.
Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak
tanda-tanda kena strok.
Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ semua terkejut
sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah.
Bila diaorang check pun check diaorang
dapati ada sejenis cairan di dalam otak arwah.

Doktor amik sample apa yang patut pada arwah.
Tapi saya tak pasti samada dia amik
kat kepala jer atau kat bahagian lain.
Bila dibuat ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana
cairan sample yang dia amik tu mengandungi peratusan
tertinggi kandungan asid yang
sering terdapat pada air KENCING TIKUS.

Semua orang heran macam mana kencing tikus nie
boleh ada pada sistem otak arwah.
Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil
apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie.

Mengikut family arwah, arwah nie bukan lah jenis yang
suka makan kat luar.

Dia nie suka makan apa yang masak oleh isterinya jer.
Tikus pun tak penah nak ada dalam
umah diaorang.
Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat
yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa air
minuman dalam tin.

kalau tak silap saya air tin bergas.
Doktor minta pagawainya ke umah arwah
bawa sample dalam air tin tu untuk diuji.

Setelah diuji, kandungan air dalam tin tu
tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing.

AKAN TETAPI pegawai makmal menguji sampel pada
permukaan air tin tu.
Doktor pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie
kena jangkitan pada otaknya.

Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang
tercemarnya adalah
permukaan air tin tue jer.
Mengikut doktor tu mungkin tikus telah
merayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing
pada air tin yang arwah beli.

Kalau dilihat secara fizikal manalah
mata kasar kita nie boleh
nampak kesan air kencing tikus nie kalau air
kencing tu dah kering.

Jadi kepada semua rakyat malaysia,
berhati-hatilah bila saudara dan saudari
membeli mana-mana barangan jenis tin atau
berbentuk makanan yang dipack
dari mana-mana kedai atau supermarket kerana
dikhuatiri perkara nie
berulang.
Pasti bekas tin atau makanan
dipack yang dibeli dicuci sebelum
digunakan atau diminum atau dimakan.

Kita semua pun tahu bahawa tikus nie keje dia merayap
kita tak boleh nak salahkan
dia dah fitrah dia macam tu.....dan
kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit.

Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli
barangan untuk
keperluan nutrien dan diet kita seharian.

Akhir sekali kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah
semoga roh arwah dicucuri Rahmat
dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.




PENGGUNA BIJAK PASTI MELAHIRKAN KELUARGA YANG SIHAT.

Terima kasih pada "Puan Hidayatt" kerana sudi berkongsi info, kalau tak sebab insiden "Din Beramboi"..pasti kita tak jangka dan terfikir tentang ni....artikel ini pada asalnya dapat di sini...

9 comments:

PALATABLE said...

Salam CMG, terima kasih tolong sebarkan artikel ini, nampak remeh tapi ada yang sudah kehilangan nyawa...

http://treatntrick.blogspot.com

Ummi said...

Mat, dulu akak pun penah dapat email yang menyuruh kita basuh dulu segala permukaan tin2 makanan atau minuman sebelum dibuka penutup tuh! Memang lah makanan dalam tin ni disimpan stok dalam gudang2 besar yang dah tentunya byk tikus buat party menari2 tiap2 hari ditambah dengan tempat yang mmg gelap dan kurang diberi perhatian oleh pemilik. Hadoiii..sejak tuh, akak mmg basuh dulu segala jenis permukaan tin makanan yang dibeli sebelum digunakan..seriauuu gak dgr ni kan?? Eh Din Beramboii ni pun terkena kuman hancing ni jugak yaa..alahaaiiii...igt sakit apa! Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit yg x tau jenis camni..huhuuu

hana said...

ngerinyerrr matt....... binatang nih mmg faling aku tk suker! adusss.. mintak2 djauhkannnn....

Fiza Nordin said...

salam cik mat...sblm ni kite dah banyak kali gak la terima email pasal ni...bahse org putih ade,bahse melayu ade gak termasuklah cerita yg ni...

lepas dari tu mmg kite amik tau jgklah pasal kebersihan permukaan makanan/minuman dalam tin ni...

plus kite ni mmg penggeli/penakut kat binatang yg satu ni...maunye kite melompat2 meremang segala bulu klu nampak binatang ni dari jauh pun.mmg takut & geli sungguh!

mase kite tinggal kat rumah arwah mak dulu, mmg banyak binatang ni.beso2...silap2 pandang ingatkan anak kucen. bayangkan le...jalan pun lenggok2 je montotnye maklum le beso...haishhhh cerite ni pun dah geli geleman!

kpd family pak din, moga tabah menerima ujian & dugaan ini. kepada pak din sendiri, semoga melepasi tahap kritikal dan kembali sembuh...amin!

nino said...

mat akak nak kopipes masuk blog akak boleh?

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

thanks abg mat kongsi info dgn ayu...ayu pun nak copy mcm permintaan kak nino...boleh?....

jalilah_jy said...

dah lama jg akak baca cerita ni kira2 3 thn lepas kalu x silap.. sejak tu akak mmg amalkan membasuh kesemua tin minuman mahupun bungkusan2 tepung gula dan sebagainya lagi demi kesihatan. kesemua buah2 pun direndam dlm garam selama 5 minit. botol2 kicap dan sos jg akak tak lupa.. hehehee akak ni pengeli sikit org nye.. sebab pernah nampak depa buat kerja men letak jer kat lantai..
al kisah lagi satu sayuran pun sama.. pernah sorang jiran lama di taiping dia terbersalin dlm lori sayur.. habis air ketuban kena sayuran..toke cina tu baik hati nak bawa dia kesepital...hubby dia tak ada umah g outstation...tak lojik tapi itulah kebenaranya..mcm2 kemungkinan yg kita x nampak kan kan...

Chempaqa said...

salam cik mat..
tq 4 sharing info..last year my X student meninggal sbb makan roti yg tkena kencing tikus nieh..every time if sy dgr pasal kencing tikus mesti tringat kat dia..he was an orphan yg disisihkan adik bradik..masa form 4, pkl 3-7pg-kerja pasar borong, then pkl 8am bru sampai sek..so..setiap hari tido kat kelas..dia bsemangat nak blajar tapi x mampu..sedihkan..he supported himself utk blajar..very sad story..smoga dia ditempatkan di sisi orang2 yg beriman ..AMIN..

Bittersweetflavours said...

Moral of the story..... sentiasa jaga kebersihan... so bila beli air tin ke... botol ke... kotak ke... apa2 je le, bersihkan dahulu bekasnya untuk memastikan kebersihannya. Bukan tu je segala pelatan dapur pun kena cuci dulu sblum digunakan bgi memastikan kebersihannya...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.