BEN ASHAARI

Saturday, March 20, 2010

MEE SANGGUL KUAH KICAP

Mee Sanggul Kuah Kicap
Salam Sabtu semua, hari ni cuaca dingin sepanjang hari, hujan rahmat membasahi bumi di kampung kami.... dah lama juga tak rasa sejuk macam ni (duduk dalam bilik ada air-con, tak sama okeyyy!). Sebenarnya mat cuti masak hari ni, malas lahh, tapi kan sudah menjadi tebiat mat, tak boleh kalau tak pegang periuk belanga walau pun sehari, rasa kitaran hidup ku tak lengkap...hahaha, rasanya aku ni normal ke tak ek?....Ok, petang ni sebagai makan petang, mat masak satu resipi ala2 mee hailam tapi ada sedikit berbeza. Mat guna mee sanggul (tapi kan rupa tak macam sanggul punn). Sedap juga petang dalam cuaca sejuk, duduk menghirup kuah mee sambil bergebang sakan dengan ahli keluarga...kopi jangan pulak lupa yeaa.... Ok jom intai resipi mudah ini...

BAHAN KUAH :-)
250 g daging lembu, hiris nipis*
1 inci halia, hiris*
2 ulas bawang putih, diketuk*
7 - 8 ekor udang besar (mat guna udang galah)
1/2 batang lobak merah
2 batang putik jagung
1 pelepah kobis cina
1 biji tomato
1 batang leek
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos "hoi sin"
2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap cair
1 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh cuka makan
4 titik minyak bijan
Sedikit gula

BAHAN LAIN :-)
3 keping mee sanggul (contoh mee mat guna seperti dalam gambar dibawah)
Hirisan daun bawang/daun sup
Hirisan cili padi (optional)
Bawang goreng



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan bertanda (*) dan rebus hingga daging lembut. Asingkan daging dan air rebusannya. Udang dibersihkan dan buang kotoran dikepalanya (jika guna udang galah...kalau udang biasa boleh kupas kulitnya). Lobak merah, dibelah 2 dan hiris serong setiap belahan. Leek dihiris halus dan rendam dalam air. Putik jagung dihiris serong, begitu juga kobis cina tadi. Tomato dibelah 6. Ketepikan semua bahan2 tadi.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali masukkan minyak bijan, tumis bawang putih dan leek (toskan dulu) hingga harum, masukkan sos tiram dan sos hoisin, kacau rata dan masukkan air rebusan daging (anggaran 1500ml). Tuang kicap cair, kicap pekat dan lada sulah. Masukkan hirisn lobak merah, putih jagung dan udang. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan sedikit gula dan cuka. Tambah kobis dan tomato. Biar mendidih dan rasa jika kurang masin, tambah kicap cair sedikit lagi. Bila dah ok boleh matikan api.
  4. Mee sanggul di celur dalam air panas selama 2 minit, toskan. Ambil kuantiti secukupnya dan letak dalam bekas sesuai. Tuang kuah secukupnya bersama isi2nya sekali. Hias dengan hirisan daun bawang/daun sup, cili padi hiris dan bawang goreng. Hidangkan segera.....

6 comments:

umialya said...

bertuah ibu ngandungkan awak mat.. rajin, kreatif.. macam2 lg le..

kalau le jadi menantu akak, bertuahnya tp.. anak kecik lagik. tarik balik le kata2 kt atas tu, tak sanggup le menantu sama baya ngn mak..hehe

mee ni sedaplah.. nak cuba masak nnt!

Chempaqa said...

salam cik mat..wahhhhhhhhh udang galah tuh yg mengancam & mengoda tuh...nie makan vitamin ape..rajin wat n3..hahahhaha...happy cookingggggggggggg

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

alahai... abg mat, ayu anggap normal lah tu tiap2x yg abg lakukan...
bila kita dah minat masak...sudip dan belanger lah y jadi teman...

sedapnya hirup kuah mee sambil pekena teh o...rasa cukup idup ku..namun..
tengah DIET...semua tutup sementara sedang pantang

alahai.......

dayang_jack said...

salam Mat...

alahai...udg galah lagiii...mmg x leh tahan dah ni mat oii...esok kene carik gak satu KL...huhu.

mi sanggul kte kat umah dh mcm sanggul mami jarum...lama dah tak terusik...maybe dah expired kot...heheh

Mat Gebu said...

salam umialya...
Terima kasih kak..Terharunya saya...hehehe yg lain tu saya no comment yeaa...tapi mee ni kena cuba...insya allah sedapp...

salam kak chemp...
Alaaa kak, aku frust ni, sekarang ni soping on9 kat blog2 antik pun macam tak dak mood..tapi masih bersemangat kolek teko2 antik...

salam puan siti...
Uikk yee kee..takpe2..nanti saya plan nak buat Penang Assam Laksa..yg tu resipi sihat, main rebus semuanyaa...

salam DJ...
Udang galah tu saki baki abah saya mancing ari tu..jadi lah kan buat penyeri majlis...kalau tak de mee sanggul, guna kue teow pun sedap juga...

tANJUNG pUTERI wARISAN jOHOR said...

Salammat


Aduh tak boleh angkat lah awak punya mee sanggul ni sedap nya akak nak try buatlah. mee sanggul ni kalau goreng gitu pun sedapkan makan kosong alat2