BEN ASHAARI

Saturday, March 27, 2010

LEMPENG PEKAK & KARI DAGING..

Lempeng Pekak & Kari Daging
Salam Sabtu semua, dah tutup lampu ke tadi?.... Mula2 kat FB, mat cakap malas nak masak, tapi memang betul, malas sungguh nak masak. Namun macam tu, seperti biasa lah mulut kata malas tapi hati mesti juga nak masak, walaupun masak air. Excelikan pagi tadi dah siap2 masak kari daging, plan tu untuk makan dengan lempeng pekak...hahaha, mesti ada yang pening dengar nama "lempeng pekak"...tak pe yang tu kita cerita kemudian. Lepas dah siap tangkap gambar kan baru teringat, semalam ada masak sambal tumis kupang...alaaa, rugi boleh lupa nak letak sekali, kalau tak lagi bess dan meletops. Yang ni buat untuk minum petang sat tadi...ehem ehem..


Ok...kenapa lempeng tu kami panggil "Lempeng Pekak?"..sebab ianya hanya guna bahan2 asas saja, tepung, garam, air dan sedikit minyak masak...tak de letak telur dan sebagainya. Kari daging tu rasa2nya semua dah pandai buat..betul tak..Yang tu guna santan, kalau tak suka, boleh guna susu cair atau yogurt, tak de masalah..nak buat plain without coconut milk pun ok, ala2 kari India....terpulang pada citarasa sendiri...tak de paksaan yea...

Lempeng Pekak & Kari Daging
Lagi satu, lempeng pekak ni mat kalau buat suka garing2 sikit macam dalam gambar tu, nampak macam ada gelumbung2 kan...baru lah wangi. Yang ni guna non-stick frying pan 8 inci, dapat dalam 8 - 10 keping. Kalau nak buat kuih gulung atau ketayap, resipi ni pun ok, cuma air tu letak separuh susu cair + air dan sedikit perisa pandan...dan kalau nak sedap, minyak ganti dengan mentega cair...habis laaa kolestrol koo orang naik lepas tu..hehehe...Oh, yea lagi satu kan, kalau mat, nak buat kuih gulung tu, dadar dia tak perlu dibalikkan. Kita dah tuang adunan dalam kuali, ratakan dan masak dengan api sederhana. Bila nampak permukaan jadi warna pucat, ok dadar dah masak, boleh alih dalam pinggan, letak inti kelapa dan gulung kemas. Tapi kalau lempeng pekak ni kena lah masak ke dua-dua bahagian.....

BAHAN-BAHAN KARI DAGING :-)
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
1 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kari daging (mat guna "baba's), bancuh dengan sedikit air
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 camca besar cili kisar
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia tua*
1/2 inci kunyit hidup*(*kisar halus)
3 biji bawang merah, hiris halus#
2 ulas bawang putih#
1/2 inci lengkuas, diketuk#
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#
3 pelepah daun kari#(#rempah tumis)

BAHAN-BAHAN LEMPENG PEKAK :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan air
3/4 camca teh garam
2 camca besar minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KARI :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda (#) hingga harum, masukkan cili kisar dan bahan kisar (*) dan tumis hingga harum. Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak. Tambah kentang dan daging, gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang santan cair dan biar mendidih. Bila kentang 1/2 empuk, masukkan kerisik, asam gelugor, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau rata dan tuang santan pekat. Masak dengan api sederhana hingga kentang empuk dan daging masak (biasanya daging batang pinang ni cepat masak). Rasa dan jika ok, boleh matikan api...
  2. UNTUK LEMPENG PEKAK :- Satukan semua bahan2 untuk lempeng, kacau rata dengan whisk dan tapis. Rehatkan adunan 15 minit, nak senang satukan semua bahan lempeng dalam blender dan kisar hingga halus, ketepikan. Panaskan non-stick frying pan. Lenser dengan sedikit minyak masak (mat cuma sapu dengan paper towel yang bersih yang dicelup dalam minyak masak). Tuang kira2 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan. Bila permukaan kelihatan pucat, terbalikkan lempeng tadi, masak hingga garing sedikit. Alih dalan pinggan. Ulangi proses memasak hingga siap. Boleh hidangkan bersama kari daging tadi....Selamat mencuba!!....

11 comments:

MamaFaMi said...

Ma kalau buat lempeng stail ni, selalu cicah dengan gula je. Sedap gak. Ish ko ni Mat... kan daku dah tirrrguda!

p/s : Ma tutup lampu tadi tau. Actually ma dah tutup sebelum kol 8.30pm tau. Penuh semangat ooo... hahahaha... 'PENUH' ye bukan 'KUS' ye.. hahahaha...

Jamelah Khatun said...

Salaams Cik Mat,first time Kak dengar Lempeng Pekak. Kalau makan dengan sambal tumis so very the sedap..... Mak mentua jalan pun tak nampak.Thx for sharing.

Mat Gebu said...

salam mama..
Hahaha, tirguda tu biasa lahh..benda2 yg mama tayang pun buat ku tirguda juga..saya semalam tutup lampu 1 jam jee, tak leh lama2..

salam jamelah...
Setujuuu, degan sambal tumis pun meletop!!, memang tak nampak mak mertua, lagi2 kalau belum ada mak mertua!!...hahahaha

hana said...

alahaiii kenapalah nama dier pekak! janji yg makan tak pekak sudah la mat yerk! hihihi... psttt pantun ko lom sempat aku bls! .. nnti pree aku bls yea! jgn majuk nunggu kat batu belah sudah! kekekekee....

Ummi said...

Aaah lama x buat lempeng nih..apasal la nama dia lempeng pekak Mat oii? Lempeng bisu ada gak ke? Hehe..akak pgil lempeng bodooo jee..lepas makan rasa cam mengong2 gitu nak tidor..hehe

Mat Gebu said...

salam hana...
Hahahaha....yg pantun tu tak pe..koo jawab dalam hati pun dah ok...lepeng pekak tu kan ada nama lain tau, lempeng "gondol"..hahaha

salam kak ummi...
Exceli, kalau omputeh panggil "pancake" kan, dulu masa baru jajahs Malaya, org2 kita tak reti nak sebut, mereka tukar "pancake" pada "peekek"..lama2 jadi "pekak"...hahaha, pandai kan saya buat sejarah dia...hehehe

Azreena said...

rindunya kat lempeng mak saya. Selalu kami makan dengan sambal tumis telur atau sambal sardin.

Mommy, I miss you & your lempeng!

Mat Gebu said...

salam azreena...
Makanan mengembalikan nostalgia kan...moga bonda puan azreena, sihat sejahtera hendaknya..insya allahh...Air tangan ibu, masak apa2 semua sedap..betul tak?..

Lyza said...

Che Mat,
dah lama rasanya saya tak makan lempeng, dulu kecik2 memang selalu mak buat.. makan dgn sambal tumis jer.. sedap..
ada cerita pasal lempeng nie.. Pernah menangis nak "empeng atang alang" sampai hentak2 kaki.. mak saya dah pening kepala tak tau saya nak apa... rupa2nya saya nak lempeng mcm semalam.. ha.haha..

esok nak buat la.. terliur pulak malam2 buta nie..

Azreena said...

Ameen...terima kasih atas doanya. Ye,memang nostalgik, EN Mat.

Dah lama tak balik kampung...huhu...tiap kali balik, dialog yang mak dok ulang2 ialah...
"hari ni nak makan apa?"
"pagi esok nak sarapan apa?"...
"tengahari nanti nak makan apa..?"

fuzidss said...

alahai teringat arwah oopah saya ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.