BEN ASHAARI

Tuesday, March 23, 2010

GULAI IKAN TONGKOL & UDANG II...

Gulai Ikan Tongkol & UdangAlign Center
Salam Selasa..apa khabar semua, lama juga tak masak gulai ikan tongkol..Masa kemas2kan freezer hari tu, terjumpa lah 2 ekor udang galah, baki dari hari tu..yang ni saiz dia besar kooo, jadi saja mat masukkan dalam gulai ikan tongkol tu...Sebenarnya ada plan nak buat nasi dagang, tu pasal siap2 masak gulai ni. Sebelum tu nak ucapkan terima kasih pada "Kak Maz", sebab berkongsi tips memasak gulai ikan ni. Untuk pengetahuan semua, untuk ikan tu mat masak dalam pressure cooker selama 1 jam, bagi tulang2 dia semua reput macam sardine. Udang tu masuk last sekali, bila lepas ikan tu masak....kalau tak de periuk tekanan, boleh masak seperti biasa...tapi tulang dia tak reput lahh yeaaa....harap maklum.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan tongkol sederhana besar, siang, kerat 3 setiap ekor, cuci bersih dan toskan*
4 keping asam gelugor*
1 camca besar gula melaka*
1 camca teh garam*
1/2 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih, diketuk*(*bahan untuk merebus ikan)
2 - 3 ekor udang galah (optional)
700 ml santan
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
5 -6 biji cili padi, belah 2
1 camca besar kerisik
Garam dan gula
2 camca besar cili kisar
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan putih*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tongkol tadi disatukan bersama bahan2 rebusan, tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ikan tadi). Rebus 15 minit. Asingkan ikan dan stoknya (keluarkan bahan2 lain juga).
  2. Dalam periuk, tuang santan, masukkan bahan kisar halus, stok air rebusan ikan, serai, kerisik, asam geluor dan ikan. Kacau rata dan didihkan. Biar mereneh sehingga terbit minyak dari santan tadi. Kacau sekali sekala.
  3. Masukkan udang (jika guna) dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Biar mendidih dan masuk cili padi belah tadi. Biar mendidih hingga kuah kelihatan pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

2 comments:

TokNabe said...

Ikan tongkol tu orang kelantan panggil 'Gulai darat'. Gulai itulah yg sedap kalau buat makan dengan nasi dagang. Kalau buat kari memang kurang menyengat.

Mat Gebu said...

salam tok nabe...
Kalau di kelantan, mereka ada rempah2 tersendiri...Ikan tu saya masak dalam pressure cooker selama 1 jam, hmm rasa mcm sardine...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.