BEN ASHAARI

Sunday, March 28, 2010

CHICKEN VANDALOO

Chicken Vandaloo
Salam hujung minggu semua....buat apa tu, sambung tidur kee..geng2 antik mesti dok melilau kat amcorp, biasa lah hunting....Ok hari ni nak share satu resipi mudah, cepat dan sedap..."Chicken Vandaloo" ni resipi ala2 India, tapi pada hakikatnya ianya ada pengaruh Portugis yang mereka bawa masa menjajah "Goa" dulu. Resipi ni mat dapat dari fotopage "Muna"...tapi ini FP masa dia dok diam di Belanda dulu...sekarang dia dah pindah ke Denmark. Muna ni kan dia berbakat, kerja2 seni semua dia pandai....dannn yang paling mat suka (mamafami also....) dapur kat rumah dia di Denmark tu....dah lah luas, lapang dan pemandangan kat luar pun lawaaa.....tak caya?..boleh pi FP Muna tu...sendiri tengok kat sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ayam, dikerat sederhana besar
2 biji bawang besar
4 camca besar minyak sapi
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 camca teh jintan manis
2 camca teh ketumbar
2 camca teh halba (mat guna 1 camca teh)
1 camca teh serbuk kunyit
8 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
4 tangkai cili kering (ganti dengan 1 1/2 camca besar cili kisar)
2 camca besar tomato puree (mat ganti dengan 3 biji tomato, cincang halus)
3 camca besar cuka makan
Garam dan gula
Sedikit badam, untuk hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Bawang dihiris kasar dan goreng dengan sedikit minyak hingga kuning keemasan. Toskan dan kisar bersama2 halia, bawang putih, ketumbar, jintan manis, halba dan serbuk kunyit hingga halus. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, cairkan minyak sapi dan goreng ayam tadi hingga kekuningan pada semua bahagian. Masukkan bahan kisar tadi, kayu manis dan buah pelaga. Gaul rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan tomato cincang, cuka dan air secukupnya (anggaran 2 cawan). Masak hingga mendidih dan kuah pekat (kurang lebih 40 - 45 minit, dgn api sederhana). Tambah garam secukup rasa dan gula. Biar mendidih perlahan 4 - 5 minit lagi sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kepingan badam sebelum dihidangkan.....for english version you can click here......

4 comments:

MamaFaMi said...

Ha ah kan Mat, dapur Muna kelesssss gitewwww...dapur impianku! Tapi rasanya, kalau ma dapat dapur dengan pemandangan yang indah macam tu, mau tak jadi masak tau Mat. Asik mengelamunnnn je la kat dapur tu! So, tak yahlah dapat dapur cam tu... ahakss.. ni pujuk diri sendiri sebenarnya.

Mana Mat tahu sejarah Chicken Vandaloo ni? Ko ni betul betullah cikgu Sejarah la Mat! Hahaha... Apa-apa pun, lauk tu nampak amat menyelerakan sekali!

shaiful said...

salam, mmang menyelerakan...Che MAt kalu tukar dri ayam ke itik leh ke? xp mesti taroh rempah ratus bnyak2 cai daging itik ada bau kan...

Mat Gebu said...

salam mama...
Hehehe,betul juga kan, ada kita tak masak nanti,dok melangu kat depan tingkap dapur...Sejarah tu betul maaa...saya mimpi kesah pancake to lempeng "pekak"....

salam shaiful...
Tak pasti juga, tapi boleh cuba.. lebihkan halia n bawang putih, ketumbar juga. Tapi kan biji halba tu agak keras juga bau dia, jadi boleh kurangkan bau si itik tu tadi..

Jamelah Khatun said...

Salaams Cik Mat, resipi2 awak semua menyelerakan. Macam manalah saya nak kurus????? too tempting....