BEN ASHAARI

Saturday, February 6, 2010

RENDANG ALA NYONYA

Rendang Ala Nyonya
As'laikumm, yuu huu buat apa tuu...Hari2 Sabtu ni mesti masing2 ada agenda tersendiri, tapi tak juga, memandangkan anak2 bersekolah ganti untuk Chinese New Year, kena lah hadkan aktiviti luar. Hari ni mat masak rendang mudah, iaitu rendang ala nyonya. Hendak menghabiskan stok ayam dalam peti sejuk dan juga sebagai pelengkap nasi jagung (resipi di bawah). Masakan ni senang, lagi satu kalau lah tak nak guna santan, boleh ganti dengan susu cair, macam resipi hari hari ni mat guna susu cair, baki dari masak nasi jagung tadi. Rasanya tetap meletopssss!!!...

Rendang Ala Nyonya
Kalau diperhatikan masakan peranakan ni tak lari dari penggunaan rempah ratus macam orang2 melayu juga, lepas tu santan, belacan, daun limau purut tu semua boleh dikatakan wajib dalam satu2 resipi. Lagi satu, orang2 peranakan depa tak guna kerisik macam kita, tapi depa guna kelapa parut yang digoreng tanpa minyak hingga kuning keemasan dan ditumbuk kasar. Kalau kerisik, ditumbuk hingga keluar minyak. Yang paling utama, buah keras atau omputeh dok gelar "candle nut"..yang tu mesti ada, tak sah kalau tak letak dalam gulai2 mereka... Jom pantun kejap:-)

BUNGA TELANG BEWARNA BIRU,
MARI DIISI KE DALAM SAKU,
WALAUPUN ZAMAN BERGANTI BARU,
MASAKAN NYONYA TETAP DI HATI KU.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan
250 ml santan (mat guna susu cair jeee)
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 keping asam gelugor
2 camca besar kelapa goreng yang ditumbuk kasar (guna kerisik pun ok)
1 1/2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
700 ml air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 biji cili merah*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci belacan*
3 biji buah keras*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan halus*
1 camca teh jintan kasar*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bahan2 kisar dan daun limau purut. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan (atau susu) dan air, kacau rata. Masak hingga kuah pekat sedikit. Masukkan gula melaka, garam secukup rasa, asam gelugor dan kelapa goreng tumbuk. Gaul rata. Kecilkan api dan masak hingga hampir kering.
  3. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi jagung tadi. Sedap dimakan bersama nasi putih, roti dan lain2....

8 comments:

ain said...

sedapnya mat rendang nyonya tu!! sesuai sgt ler nk mkn ngan ns jagung!!

psst..akak pun selalu gak masak gunakan buah keras.

Mat Gebu said...

ain...
salam kak ain...buah keras ni ibarat penambah rasa lemak dalam masakan, kat kebun abah saya ada pokok buah keras ni, tapi tak leh nak berbuah, habih kena makan dgn tupai...

MamaFaMi said...

Mat, pasal pantun Mat tu...
[quote]WALAUPUN ZAMAN BERGANTI BARU,
MASAKAN NYONYA TETAP DI HATI KU[unquote]

Sib baiklah MASAKAN Nyonya yang tetap di hatimu, kot ler kalau Nyonya yang tetap di hatimu, cemana tuh? Kenduri Mat, kita makan nasi jagong dengan rendang nyonya ler gamaknya ye? Hihihi... Jangan marah aaa...nanti kena jual! Timbang kati lagi tawww!

HaSue said...

Asyik sungguh tengok gambar rendang dengan 'model2' yg memperagakan rendang tu skali...hehe..

Tak pernah lg tgk pokok buah keras tu.jenis renik ke rendang ek cikmat?ingatkan pokok utan..ehee

Mat Gebu said...

mama fami...
Hahahaha, mama ni kan adaa je...pstt esok, kenduri nak bagi depa makan roti, pizza, cup cake, apam potong dan air jimi asmara jeee...

Hasue..
alah hai model pun biasa jee..oo pokok buah keras tu bukan jenis renik, tapi kalau dibiarkan boleh jadi pokok balak!!!....nanti saya boh gambar pokok tuu yeaa..kena pi kebun dulu...hehehe

TokNabe said...

Tengah nak fikri nak masak apa tgh ari ni. Tengok ayam masih ada dlm peti ais tu.....emmm, mungkin ini boleh dibuat nanti.

♥LOVE2COOK♥ said...

Halo CMG! Rendang ala Nyonya looks really tempting lor! Love sefamily suka sgt mkn ayam... therefore, I'm adding ur recipe into my diary. Will try it someday. Tks for sharing ya. Tc n have fun with ur beloved family. ;)

cikjah said...

nak bagi pantun :-

BUNGA TELANG BERWARNA BIRU
DITANAM SEBARIS DENGAN PANDAN
HEBAT BLOG ADA ANTIK ADA BARU
ADA JUGA DAPOR TANPA SEMPADAN

salam ziarah ..blog ni , cek mat