PACERI TERUNG TELUNJUK

Paceri Terung Telunjuk
Salam semua, diam tak diam dah hari Khamis dan kita pun hampir berada di hujung bulan Februari. Ok hari ni mat masak paceri terung telunjuk, sebenarnya kan plan hari ni, insya allah, nak masak nasi kebuli, tapi bukan resipi sama yang mat pernah masak dulu, kali ni mat ambik kat rumah kak ummi kuantan, kalau tak de aral melintang, ianya akan menyusul dalam n3 akan datang yea... Terung telunjuk?..pernah ke dengar?..Di Malaysia ni selain terung2 biasa, ada pelbagai lagi terung esotik yang banyak dipergunakan oleh orang dulu kala terutama di kampung2 untuk dimasak. Satu nak kata, terung2 kampung ni tahan pada perubahan cuaca dan tidak mudah diserang serangga perosk, jadi bila secara semulajadi ianya tahan, kita pun tak perlulah sembur racun serangga. Mat pernah diberitahu oleh seorang kenalan, cili merah yang ditanam di kebanyakkan kebun, ada tu disembur dengan 14 jenis racun serangga!!!...Macam
tak percaya kannn?......Serammmmm bebbb!!..

Rupa terung telunjuk, ianya bewarna hijau muda dan ada sedikit belang2 putih terutama di bahagian hujungnya....Abaikan stuktur jari yang "gebu2" itu yeaa....hehehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 biji terung telunjuk
2 biji cili merah
1 keping asam gelugor
1 camca besar kerisik
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 cawan santan
1 cm halia, dititik
2 tangkai daun kari
4 biji bawang merah, hiris
1 biji bawang putih, hiris
1 1/2 camca besar rempah kari ikan + 1/3 cawan air, kacau rata
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang pangkalnya, kerat 2 tapi jangan sampai putus untuk setiap biji terung, rendam dalam air garam. Cili merah juga dibelah tapi jangan putus, rendam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hiris, kayu manis, bunga lawang, halia titik dan daun kari hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan santan dan juga asam gelugor. Tambah kerisik, garam dan gula secukup rasa (lebih sikit gula, sebab paceri manis sedikit). Kecilkan api dan masak hingga pekat dan terbit minyak. Masukkan terung (toskan dahulu) dan gaul rata.
  4. Masak hingga terung lembut sedikit, masukkan belahan cili merah, masak sekejap dan rasa, jika perlu tambah garam atau gula sedikit lagi. Bila paceri pekat dan rasa semua ok, boleh angkat dan hidangkan...

Post a Comment

8 Comments

  1. Salam Che Mat..
    Macam tak pernah nampak plak terung ni di jual kat market...
    Apa-apa pun paceri ni nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Mat.... k.ct ko ni memang jakun dengan kaum kerabat terung ni hehehe. apa tak nya k.ct memang x reti nak makan terung lah mat. amponnnn.. hehehe.

    ReplyDelete
  3. salam cik mat..

    tetiba terasa lapar tgk pajeri terung ni.. saya ni gantu terung.. tak kisah le terung masak apa pun saya telan.. tapi ni 1st time dgr terung telunjuk..

    ni 1st time drop komen sini.. selalu masuk sini...dapur cikmat ni salah satu sumber saya cari resipi..

    ReplyDelete
  4. salam mat..akak ni tak mkn terung, tp bila tengok terung mat tu, rasa mcm teringinn pulakkk!!!

    ReplyDelete
  5. salam mat,

    tau tak terung ni sgt popular kat kg asal akak N9, kalau masak lomak cili api dgn ikan bilis pun sodappp...melekat2 gitu...campur dgn daun kemangi..wangi...tau tak mat..kami panggil terung ni terung pipit...dari kecik dah dengar terung pipit ni..kenape ...jawablah sendiri mat...tapi sejak pindah ni tak berani le kak nak panggil terung pipit takut orang kata akak ni men.... pulak heheh ampun mat.....ini cerita benar ya..bukan rekaan tak de kaitan hidup dan mati hehehehhe

    ReplyDelete
  6. kena cuba ni ... jijah tak penah masak pajeri lagi ...

    ReplyDelete
  7. Salam..
    waduhhhhh..terung tu nampak sedap..
    tapi jari yang gebu tu...mmg lagi cun melecun...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.